Ahad, 29 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pengguna KB lega

Posted:

Pengguna KB lega

Pengguna KB lega

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Bas Cityliner beroperasi semula selepas dihentikan sementara di Stesen Bas Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 28 Jan. – Keputusan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) menyambung semula perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di semua laluan, ternyata melegakan pengguna terutama golongan kurang berkemampuan.

Tinjauan Mingguan Malaysia sekitar Kota Bharu hari ini mendapati, rata-rata pengguna yang ditemui menyambut baik keputusan SKMK itu selepas syarikat berkenaan menghentikan sementara perkhidmatan bas berkenaan berikutan kerugian dialami.

Seorang pengguna, Azimah Dollah, 29, berkata, penyambungan semula perkhidmatan bas henti-henti itu memberikan kelegaan kepada para pengguna di Kota Bharu yang bergantung kepada pengangkutan awam berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu amat wajar kerana kebanyakan pengguna perkhidmatan bas terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

"Saya harap perkhidmatan ini dapat diteruskan, jika tidak ia pasti akan menyulitkan pengguna untuk ke bandar atau ke mana-mana destinasi di negeri ini. Lagipun, tambang bas lebih murah jika dibandingkan dengan pengangkutan awam yang lain seperti kereta sewa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mingguan Malaysia pada 26 Januari lalu melaporkan keputusan SKMK untuk menyambung semula perkhidmatan bas berkenaan di 31 daripada 39 laluan yang telah dihentikan sejak 15 Januari melibatkan perjalanan kira-kira 100 buah bas.

Seorang pelajar, Nur Farah Syafikah Abdullah, 16, berkata, keputusan SKMK itu banyak membantunya menjimatkan perbelanjaan untuk berulang alik dari Kota Bharu ke Jeli.

"Jika naik teksi saya perlu membayar lebih RM20 untuk perjalanan Kota Bharu ke Jeli. Tetapi dengan perkhidmatan bas saya hanya membayar RM11.20 untuk satu perjalanan," ujarnya.

Bagi Che Mat Che Ya, 56, dari Kampung Tujoh, Tumpat pula, dia cukup gembira dengan penyambungan semula perkhidmatan bas tersebut yang merupakan pengangkutan utamanya ke tempat kerja.

"Setiap hari saya menggunakan perkhidmatan ini ke tempat kerja di Kota Bharu. Jika sebelum ini saya hanya membayar RM5 untuk perjalanan pergi dan balik, namun sepanjang ketiadaan bas, saya terpaksa membayar hampir RM15 untuk perjalanan serupa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Askar Wataniah, Felda jalin kerjasama

Posted:

Askar Wataniah, Felda jalin kerjasama

Askar Wataniah, Felda jalin kerjasama

MACHANG 28 Jan. - Rejimen 506 Askar Wataniah yang berada di bawah naungan Markas 8 Briged, menjalin kerjasama dengan Felda untuk menarik minat generasi muda Felda menjadi anggota pasukan sukarelawan itu yang berperanan sebagai benteng pertahanan negara jika diperlukan.

Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Muhammad Ali Baharun berkata, kerjasama itu telah dimulakan antara bahagian perkhidmatan simpanan rejimen dan pengurusan tertinggi Felda bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai.

"Pelancarannya akan diadakan di peringkat negeri Kelantan pada Jun nanti dan fokus kita kali ini adalah untuk menarik penyertaan generasi muda Felda menyertai latihan dan menganggotai rejimen.

"Justeru sebagai persediaan awal, saya mengharapkan semua pihak dapat memainkan peranan menggalakkan penyertaan anak-anak muda ini, begitu juga dengan penjawat awam supaya mereka boleh diberi latihan awal sebelum pelancarannya," katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-49 Rejimen 506 Askar Wataniah di sini semalam.

Majlis tersebut dihadiri Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) Kelantan.

Rejimen tersebut yang kini dianggotai 88 pegawai dan 2,573 anggota lain-lain pangkat sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan Kelantan dan ditubuhkan pada 1 Januari 1963.

Muhammad berkata, cogan kata latihan yang digunakan tahun ini adalah 'Berlatih dan Bersiap Siaga Membantu Ganti Angkatan Tetap' yang diharapkan mampu melatih setiap anggotanya untuk menjadi benteng pertahanan kedua negara.

Full content generated by Get Full RSS.

TM rugi RM2.4j

Posted:

TM rugi RM2.4j

TM rugi RM2.4j

HULU TERENGGANU 28 Jan. - Telekom Malaysia (TM) Bhd. terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM2.4 juta akibat kecurian kabel telekomunikasi milik syarikat itu di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengurus Besar TM Terengganu, Badrul Hisham Bahari berkata, kes kecurian itu dilaporkan berlaku hampir setiap daerah di negeri ini dengan Besut dan Setiu mencatatkan kes tertinggi.

Beliau memberitahu, kejadian itu dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang kemudian menjual kabel curi itu kepada pihak ketiga terutama di kalangan pembeli besi buruk.

Badrul Hisham yang menyifatkan kejadian itu sebagai serius berharap semua pihak termasuk komuniti setempat agar memberikan kerjasama melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan pencegahan.

"Kejadian ini sebenarnya bukan hanya berlaku di sini malah di negeri lain. Bagi negeri ini, daerah Besut dan Setiu lebih banyak berlaku sehingga pihak kami terpaksa menanggung kerugian besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program TM Mesra Sepakat Komuniti Bersama Pemimpin dan Komuniti DUN Ajil di Dewan Sivik Ajil, dekat sini hari ini yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Abdul Wahid.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen