Selasa, 24 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


45 peneroka terima insentif

Posted:

45 peneroka terima insentif

45 peneroka terima insentif

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanpahang@utusan.com.my


Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Ismail Mohamad (tiga dari kiri) bagi insentif tanam semula kelapa sawit di Felda Neram Satu, Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN 23 Jan. – Seramai 45 peneroka Felda Neram Satu menerima bayaran insentif tanam semula pokok sawit daripada kerajaan Pusat melalui Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), semalam.

Setiap seorang menerima kira-kira RM4,000 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di penempatan mereka dekat sini.

Wakil peneroka, Ismail Mohamad, 65, yang menerima replika cek bernilai RM181,248 pada majlis itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana nasib peneroka sentiasa mendapat pembelaan.

Baginya, kerajaan serius dalam membantu masyarakat peneroka dan tiada sebab untuk menggagalkan segala usaha tersebut.

Menurutnya, penerima kali ini merupakan kumpulan terakhir daripada lebih 400 peneroka yang terpilih untuk tanam semula.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya MPOB di atas pemberian skim bantuan RM1,000 bagi setiap hektar.

"Jadi setiap peneroka akan mendapat RM4,000 bagi menampung keperluan ketika program tanam semula ini," kata Ismail.

Menurutnya, peneroka sepatutnya berterima kasih di atas insentif itu dan tidak seharusnya menggunakannya bagi tujuan lain yang boleh merugikan mereka sendiri.

Abdul Ghani Ismail, 66, pula berkata, pemberian itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu peneroka.

"Terima kasih kerana membantu kami menanam semula kelapa sawit ini dan insya-Allah dalam masa tiga tahun lagi, kami akan dapat menikmati hasilnya.

"Bantuan ini perlu dihargai kerana ia akan membolehkan peneroka menikmati kehidupan yang lebih baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM6.5 juta jayakan Projek Azam Tani di Kelantan tahun lalu

Posted:

RM6.5 juta jayakan Projek Azam Tani di Kelantan tahun lalu

RM6.5 juta jayakan Projek Azam Tani di Kelantan tahun lalu

PASIR MAS 23 Jan. - Kerajaan Pusat melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta untuk menjayakan Projek Azam Tani (PAT) di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah LPP negeri, Md. Zahari Abdullah berkata, peruntukan tersebut melibatkan seramai 650 peserta dalam kalangan golongan kurang berkemampuan dengan hasrat membantu mereka menambah pendapatan seterusnya keluar daripada kemiskinan.

Menurutnya, antara projek yang diusahakan oleh para peserta PAT ialah ternakan ayam kampung, ikan keli, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tanaman sayuran, perusahaan sarang burung walet serta perniagaan kecil menggunakan motosikal roda tiga.

"Setiap peserta mendapat peruntukan RM10,000 untuk melaksanakan projek yang diminati. Kesemua peserta ini akan diberi bimbingan berterusan bagi memastikan matlamat pelaksanaan PAT tercapai dan peserta yang terlibat akhirnya mampu berdikari.

"Alhamdulillah kesemua peserta yang mengikuti program ini telah berjaya menambah pendapatan mereka antara RM200-RM300 sebulan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan PAT Fasa I dan III 2011 di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chetok dekat sini hari ini.

Terdahulu Md. Zahari Abdullah menyampaikan sijil dan dua buah motosikal roda tiga kepada 16 peserta PAT di kawasan berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM160,000.

Md. Zahari memberitahu, 14 daripada 16 peserta PAT di kawasan berkenaan mengusahakan projek ternakan ayam kampung dan selebihnya berniaga menggunakan motosikal roda tiga.

Full content generated by Get Full RSS.

Teruskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum

Posted:

Teruskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum

Teruskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum

KOTA BHARU 23 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap, masyarakat Tionghua terus memberi kerjasama terbaik kepada kerajaan negeri untuk meneruskan program pembangunan masyarakat.

Beliau turut berharap, semua masyarakat di negeri ini akan meneruskan keharmonian hidup bersempena sambutan perayaan itu yang merupakan tahun Naga Air mengikut kalendar Cina.

"Sukacita saya mengingati balik apa yang saya utuskan semasa sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini, kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.

"Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah," katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina melalui laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menteri Besar berkata, masyarakat di Kelantan sudah terbukti hidup dengan penuh harmoni, sejahtera dan berkebajikan yang dinikmati oleh semua kaum.

"Ia ibarat air yang menjadi pendorong bagi masyarakat Tionghua untuk lebih maju menyumbang dalam apa jua bidang, terutama dalam sosioekonomi yang boleh memberi kebaikan untuk seluruh masyarakat Kelantan.

"Demikian pula, simbolik hidangan jamuan raya 'Yee Sang' yang mempunyai nilai keagungan dan kehebatan institusi kekeluargaan, ia juga suatu simbolik dalam mengharmonikan persefahaman antara masyarakat selain Tionghua.

"Semoga Allah SWT memberkati seluruh hidup masyarakat Kelantan yang telah terbukti sejarahnya begitu hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia sesuai dengan semangat kekeluargaan yang dipupuk sempena musim Tahun Baru Cina," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen