Jumaat, 27 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Pudu ‘merah’

Posted: 26 Jan 2012 11:10 AM PST

KUALA LUMPUR: Busuk, jijik dan kotor. Itu gambaran boleh diberikan di kawasan sekitar Pudu, di sini, apabila beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing dipenuhi sampah-sarap, malah laluan pejalan kaki turut terdapat tompokan merah sisa ludahan sirih.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati timbunan sampah-sarap berlonggok di kaki lima jalan dan longkang meskipun pihak berkuasa tempatan menyediakan tong sampah di sepanjang jalan terbabit.


Dikenali sebagai lokasi bas perantara dan ekspres menerusi Pudu Sentral yang terletak di Jalan Pudu, menjadikan kawasan itu tempat pengumpulan warga asing yang gemar melepak terutama ketika cuti musim perayaan dan hujung minggu.

Difahamkan terdapat warga asing yang mengambil mudah serta sesuka hati membuang sampah di kaki lima jalan dan longkang.


Malah, kegemaran warga negara Myanmar memakan sirih dan meludah sisanya di tempat umum juga antara punca laluan pejalan kaki dan longkang sepanjang Lebuh Pudu menyakitkan mata memandang.


Hasil pemeriksaan Harian Metro juga mendapati lebih lima gerai haram menjual sirih diusahakan warga asing di kawasan terbabit dan lebih menarik perhatian pengunjung apabila ia dijual serendah RM1 untuk empat set sirih.

Pekerja kilang warga Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Aye Tut, 34, berkata sirih makanan tradisi masyarakat negaranya dan mereka mengamalkannya sejak kecil menyebabkan amalan itu terbawa-bawa hingga dia bekerja di Malaysia.


"Saya selalu ke sini dan setiap kali berkunjung pasti membeli beberapa bungkus sirih untuk dibawa balik ke asrama. Lagipun, bukan kami saja yang makan sirih, orang Pakistan pun amalkannya," katanya.

Sementara itu, pekerja restoran di situ, Azlina Mohd Bakri, 28, berkata, dia kurang selesa dengan perbuatan warga asing yang meludah sisa sirih, malah tindakan membuang sampah di merata tempat menyebabkan Pudu sering dilabel kawasan kotor serta menjijikkan.


"Sudahlah meludah, buang sampah pula di merata tempat. Perbuatan mereka itu menyakitkan mata dan kotor pula apabila meninggalkan sisa merah. Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya.


Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, berkata kompaun RM30 dikenakan terhadap individu yang didapati membuang sampah termasuk puntung rokok merata tempat.


"Anggota penguat kuasa DBKL sentiasa membuat rondaan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid India, Chow Kit, Bukit Bintang dan Pudu dari masa ke semasa untuk memastikan kebersihan ibu kota dijaga," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Hanya 3 unit flat terjejas

Posted: 26 Jan 2012 11:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) mengesahkan hanya tiga unit kediaman membabitkan tiga keluarga yang terjejas teruk dalam kejadian ribut di blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Menurut sumber KWPKB, hasil siasatan terperinci pihaknya mendapati kebanyakan rumah di PPR terbabit hanya mengalami kerosakan kecil serta masih boleh didiami namun ia akan dibaik pulih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Hanya tiga unit kediaman terbabit rosak teruk dan tidak selamat diduduki. Keluarga berkenaan akan ditempatkan di unit kediaman blok itu yang masih kosong sehingga proses baik pulih selesai. "DBKL melalui Jabatan Penyelenggaraan memperuntukkan dua bulan bagi membaiki unit kediaman yang terjejas teruk termasuk unit yang mengalami kerosakan kecil. Kerja pembaikan bermula sebaik saja kejadian itu semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, keseluruhan bangunan terbabit dapat dibaik pulih semula dalam tempoh berkenaan memandangkan tidak banyak keretakan berlaku. Kelmarin, 1,500 penduduk terdiri daripada 300 keluarga yang tinggal di blok E, PPR Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, digemparkan dengan kejadian ribut kuat di blok berkenaan.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen