Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


1,713 barang makanan dirampas

Posted:

1,713 barang makanan dirampas

1,713 barang makanan dirampas

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my


Ismail Ali (kiri) bersama pegawai penguat kuasa kesihatan Melaka Tengah memeriksa barangan makanan di sebuah pasar raya menjelang sambutan Tahun Baru Cina di Melaka, semalam.


MELAKA 21 Jan. - Sejumlah 1,713 jenis barangan makanan bernilai RM7,694 dirampas pada hari terakhir operasi sempena Tahun Baru Cina oleh Unit Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan negeri.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam negeri, Dr. Ismail Ali berkata, antara kesalahan dilakukan ialah tin makanan kemek dan berkarat, pembungkusan rosak dan pecah, makanan yang berkulat dan berserangga, tamat tarikh luput dan kesalahan cara penyimpanan.

"Biarpun operasi sebegini telah diadakan setiap tahun, namun tahap kesedaran dalam kalangan pihak pengurusan pasar raya masih tidak memuaskan dan jenis kesalahan dilakukan berulang setiap tahun," katanya kepada pemberita di Pejabat Kesihatan Melaka Tengah di sini hari ini.

Turut hadir pada operasi itu ialah Pegawai Kesihatan Jasin, Dr. Nooraizam Mohd. Said dan Pegawai Kesihatan Melaka Tengah, Dr. Rusdi Abdul Rahman.

Menurutnya, sepanjang operasi itu, 27 daripada 150 premis perniagaan makanan telah diarahkan menutup operasi atas kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Ini disebabkan pelbagai kesalahan, termasuk peti sejuk yang kotor, penyimpanan makanan yang bertindih, pencemaran, urungan lipas dan tikus serta pembuangan sampah yang tidak teratur di mana tahap penilaian kebersihan yang diperoleh kurang daripada 71 peratus," ujarnya,

Beliau berkata, 80 notis melibatkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 diberikan kepada peniaga terbabit.

Katanya, ia merangkumi 65 notis bernilai RM15,650 atas kesalahan merokok di kawasan larangan serta enam notis bernilai RM3,000 kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis atau kenderaan serta menjual pada harga rendah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ops Khas JPJ sita 60 kenderaan

Posted:

Ops Khas JPJ sita 60 kenderaan

Ops Khas JPJ sita 60 kenderaan

SEREMBAN 21 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bertindak menyita 60 buah kereta termasuk motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas yang dijalankan sekitar negeri ini malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, operasi tersebut yang membabitkan 50 anggota dijalankan bermula pukul 8 sehingga 11.30 malam di sekitar bandar ini, Pedas dan Bahau.

''Antara kesalahan yang dilakukan pesalah jalan raya terbabit termasuk tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan serta tiada perlindungan insurans.

''Dalam operasi itu kita telah menyita 50 buah kereta serta 10 motosikal atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai kenderaan daripada spesifikasi asal," katanya.

Jelasnya, daripada 300 buah kenderaan yang diperiksa, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 207 saman terhadap pemilik kereta dan motosikal kerana melakukan kesalahan teknikal.

''Saman ini membabitkan 136 pemilik motosikal serta 71 kereta kerana didapati melakukan kesalahan teknikal termasuk menggunakan cermin gelap.

''Operasi menyeluruh di negeri akan diteruskan dari semasa ke semasa termasuk pemeriksaan kenderaan persendirian dan perdagangan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi," ujarnya.

Tambahnya, kesemua kesalahan itu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes kebakaran meningkat di Sarawak

Posted:

Kes kebakaran meningkat di Sarawak

Kes kebakaran meningkat di Sarawak

KUCHING 21 Jan. – Statistik kes kebakaran di negeri ini meningkat 49 peratus apabila mencatatkan sebanyak 1,478 kes pada tahun lalu berbanding hanya 988 kes dalam tempoh yang sama pada 2010.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, peningkatan tersebut disifatkan agak kritikal dengan kerugian yang direkodkan agak besar malah bilangan kematian turut meningkat.

Menurutnya, kebakaran belukar merupakan penyumbang besar bilangan kes yang dicatatkan sepanjang 2009 hingga tahun lalu iaitu 1,492 kes atau 36.5 peratus manakala kebakaran bangunan berada di tempat kedua dengan 1,007 kes (24.6 peratus).

''Jumlah kerugian keseluruhan akibat kebakaran pada 2009 adalah sebanyak RM78 juta, namun menurun kepada RM67 juta (2010) sebelum meningkat semula sebanyak RM80 juta pada tahun lalu," katanya selepas Majlis Perhimpunan Tahunan 2012 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di sini semalam.

Nor Hisham menambah, elektrik merupakan penyumbang utama kepada kebakaran di negeri ini dengan mencatatkan 214 kes pada tahun lalu berbanding 137 kes (2010) dan 132 kes (2009).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan