Khamis, 26 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Flat retak tak selamat

Posted: 25 Jan 2012 10:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 1,500 penduduk terdiri daripada 300 keluarga yang tinggal di blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, dinasihatkan berpindah selepas flat berkenaan dilanda ribut petang, semalam.

Semua keluarga terbabit berlindung sementara di surau dan dewan berhampiran flat berkenaan apabila pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati selain bumbung rosak, terdapat keretakan teruk di dua unit kediaman di tingkat 14 bangunan berkenaan akibat ribut kuat dalam kejadian jam 6.20 petang itu.


Difahamkan, akibat kejadian berkenaan 10 kereta dan lebih 20 motosikal rosak selepas dihempap zink yang diterbangkan angin.

Penghuni blok berkenaan, Halijah Othman, 49, berkata, dia dan beberapa pelanggan di kedainya di hadapan flat berkenaan berlindung di bawah meja selepas angin kuat tiba-tiba menghala ke arah mereka.


"Ketika itu, saya hanya ingat mati kerana angin terlalu kuat," katanya yang berniaga di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.


Menurutnya, walaupun kawasan berkenaan pernah dilanda ribut, kejadian kali ini lebih teruk.

Mohd Izwan Abdul Rahman, 24, pula berkata, rumahnya di tingkat 10 bergegar akibat ribut berkenaan.


"Malah, saya juga melihat angin kuat itu membawa bumbung bangunan ini lalu menghempap kereta Isuzu Trooper saya.

"Saya hanya mampu melihat kerana semuanya berlaku terlalu pantas," katanya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati 12 bumbung di tingkat 17 bangunan berkenaan diterbangkan angin.


"Kami akan membersihkan semua zink dan kayu yang rosak di tingkat 17 bagi memastikan keselamatan penduduk. Jika berlaku ribut lagi, ia akan jatuh dan berkemungkinan terkena penghuni," katanya.


Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 7.05 malam dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.


"Seramai 24 anggota melakukan operasi pembersihan dengan bantuan tiga jentera," katanya memberitahu tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Apartmen Teratak Muhibah 1, Taman Desa di Jalan Klang Lama, di sini, turut dipukul ribut dan mengakibatkan kerosakan bumbung namun tiada kecederaan dilaporkan.



Full content generated by Get Full RSS.

Maut kena hentak

Posted: 25 Jan 2012 10:00 AM PST

KAJANG: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala termasuk di dagu dan mata berhampiran pusat hiburan Ceria Box, Jalan Bukit, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian jam 11 malam itu, mangsa bergaduh dengan rakannya di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan hentakan kuat di kepala mangsa.


"Kami masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa walaupun hasil pemeriksaan mendapati mangsa dipukul dengan senjata tumpul," katanya ketika dihubungi, semalam.

Berikutan itu, polis menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 30-an di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan direman lima hari bermula semalam.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen