Isnin, 23 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


‘Kami mahu berunding’

Posted: 22 Jan 2012 09:52 AM PST

KUALA LUMPUR: "Walaupun pengenalan laluan kontra bas dan teksi itu diwujudkan atas permintaan penduduk, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengambil pandangan peniaga di kawasan ini.

"Mereka tidak pernah berbincang dengan kami sehinggakan kami mengalami kerugian hampir 60 peratus selepas laluan kontra ini diperkenalkan. "Sepatutnya perbincangan perlu dilakukan dan kami bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa untuk menyelesaikan masalah ini," kata pemilik Klinik Medic City, Dr S Narkunam.


Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan laluan bas di Brickfields masih dalam tempoh percubaan dan KWPKB mengkaji lebih terperinci sebelum keputusan muktamad dibuat.

Menurut Narkunam, tempoh percubaan tiga bulan yang diberikan terlalu lama menyebabkan peniaga menanggung kerugian termasuk sewa kedai yang mencecah hampir RM15,000 setiap bulan.


Katanya, terdapat peniaga yang terpaksa menutup perniagaan mereka selepas Tahun Baru Cina akibat tidak mampu menyewa kedai berkenaan kerana pulangan yang diperoleh tidak setimpal.


"Lebih baik mereka buat laluan dua hala daripada mewujudkan laluan kontra bas dan teksi ini yang menyusahkan peniaga termasuk membahayakan orang ramai yang ingin menyeberang jalan untuk ke kedai ini.

"Persatuan Orang Buta juga membantah pengenalan laluan kontra ini kerana membahayakan mereka yang melalui kawasan ini kerana bas bergerak laju. Saya rasa KWPKB dan DBKL perlu mengadakan perbincangan dengan peniaga atau mengubah kembali laluan seperti biasa," katanya.


Wakil Persatuan Orang Buta, G Gunabalan, berkata dia mengetahui terdapat penduduk meminta untuk mengadakan laluan kontra itu namun bukan semua penduduk yang menyetujuinya kerana mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan laluan baru berkenaan.

"Saya rasa tidak relevan pembinaan laluan ini kerana banyak kemalangan berlaku di kawasan ini selepas ia diperkenalkan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Anak hilang cermin mata tak pulang rumah

Posted: 22 Jan 2012 09:49 AM PST

SHAH ALAM: Teguran seorang bapa terhadap anaknya kerana menghilangkan cermin mata di sekolah menyebabkan murid yang berusia 11 tahun tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu selepas ke sekolah, pada 19 Januari lalu.

Muhammad Faiz Nasrullah Faizal Naim, murid tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di sini, dipercayai menghilangkan diri selepas tamat waktu persekolahan, jam 2 petang.


Bapanya, Faizal Naim Ahmad, 35, berkata dia memarahi anaknya kerana cuai meletakkan cermin mata yang baru dibeli di merata tempat sehingga hilang sebelum meminta anaknya mencari cermin mata itu sehingga jumpa jika tidak mahu dirotan.

Faizal Naim berkata, anaknya tidak menunjukkan reaksi seperti merajuk atau takut.


"Malah, ketika saya menghantarnya ke sekolah pagi hari kejadian, saya dan isteri sedikit pun tidak menyangka yang dia akan lari kerana ketika itu dia berpakaian sekolah dan bersalaman dengan saya seperti biasa.


"Saya dimaklumkan pemandu van sekolah yang anak saya tidak hadir ke sekolah agama pada sesi petang dan ia semakin merisaukan kerana anak saya hilang sejak tengah hari," katanya. Faizal Naim yang juga kakitangan kerajaan berkata, anak lelaki sulung daripada lima beradik itu turut mengalami masalah alahan yang serius terhadap kacang parang dan kacang hijau serta memerlukan rawatan jika didapati terkena alahan.

Faizal Naim merayu orang ramai yang terserempak atau mengetahui di mana anaknya, menghubunginya di talian 019-3953797 atau menghantar anak ke balai polis berdekatan.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen