Rabu, 25 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Enam pencarum didenda kerana tipu pengeluaran KWSP

Posted: 25 Jan 2012 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diambil tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu pengeluaran simpanan antara Oktober dan Disember 2011.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kesemua mereka didapati bersalah dan didenda RM5,900 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991 atas kesalahan melibatkan pengeluaran perumahan dan hilang upaya.

"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata KWSP juga telah menfailkan 52 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah bagi tempoh Januari hingga Disember 2011.


"Pada 2011, sejumlah 47 ahli telah didapati bersalah oleh mahkamah di bawah seksyen yang sama kerana menipu pengeluaran perumahan, hilang upaya dan kesihatan manakala 13 kes lagi sedang dalam tindakan mahkamah," katanya.


Beliau turut mengingatkan ahli-ahli KWSP agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawar untuk membantu mereka mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia adalah kesalahan yang serius dari segi undang-undang. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Lori bawa cecair kimia terbalik

Posted: 24 Jan 2012 11:43 PM PST

JOHOR BAHARU: Sebuah lori tangki seberat 15 tan yang membawa muatan cecair kimia terbalik ketika pemandunya membuat pusingan U di kilometer 19, Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam menghala ke Kulaijaya hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, lori yang dipandu A Hamid Md Said, 56, dalam perjalanan dari Pasir Gudang untuk menghantar cecair kimia jenis 'caustic soda' ke sebuah kilang di Taman Teknologi di sini.

"Pemandu lori berkenaan cedera ringan di kepala dan telinganya. Punca sebenar kejadian masih disiasat," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrir Abu Bakar, Pengurus Pentadbiran dan Akaun, New Port Bulk Terminal Sdn Bhd, syarikat lori tangki itu berkata tiada tumpahan bahan kimia berlaku.


Beliau yang ditemui di tempat kejadian berkata bahan cecair kimia itu kebiasaanya diguna oleh pihak industri untuk merawat air. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan