Selasa, 31 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


COMBI kurangkan kes denggi

Posted:

COMBI kurangkan kes denggi

COMBI kurangkan kes denggi

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 30 Jan. – Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) di bawah Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan di semua kawasan rukun tetangga (KRT) dan taman perumahan berjaya menurunkan kes denggi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kadar kes yang dilaporkan sejak beberapa bulan lalu hanya mencatatkan kurang dari 10 kes seminggu.

''Berdasarkan laporan, kes denggi yang dilaporkan menurun berbanding sebelum ini. Kita ambil purata seminggu 20 kes seminggu dan jika lebih dari itu, kita akan ambil tindakan serius untuk membanterasnya.

''Bagaimanapun kerajaan negeri berharap, masyarakat terus berwaspada dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kes ini dapat dikurangkan ke tahap minimum," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau juga menjelaskan, penurunan kes denggi itu juga disumbangkan oleh program dan kempen yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri selain penyertaan orang ramai melalui COMBI di setiap KRT dan taman perumahan.

Sementara itu, Mohamad turt menjelaskan, semua klinik-klinik swasta di negeri ini memberikan kerjasama dengan melapor kes denggi kepada pihak Jabatan Kesihatan.

Katanya, sehingga kini tidak ada laporan mengenai klinik-klinik swasta yang dikenakan tindakan oleh Kementerian Kesihatan kerana gagal melaporkan kes denggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Mohon tembok dinding madrasah dibaiki

Posted:

Mohon tembok dinding madrasah dibaiki

Mohon tembok dinding madrasah dibaiki


Seorang ahli kariah menunjukkan tembok dinding Madrasah Al-Hidayah yang hampir roboh di Kampung Pendamar, Ayer Molek, Melaka, semalam.


MELAKA 30 Jan. - Kira-kira 60 kariah Madrasah Al-Hidayah, Kampung Pendamar, Ayer Molek di sini merayu kerajaan negeri supaya segera membaik pulih tembok dinding madrasah itu yang membahayakan keselamatan mereka.

Menurut kariah madrasah itu, masalah itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu, sehingga tembok dinding setinggi 2.5 meter dan 30 meter panjang itu mulai retak.

Bilalnya, Jasmi Hussin, 62, bimbang sekiranya tembok dinding dan pagar besi surau itu runtuh dan mengenai kariah terutamanya kanak-kanak yang kerap menggunakan surau itu setiap hari.

Menurutnya, boleh dikatakan hampir setiap malam surau yang dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada November 2002 itu dipenuhi 60 hingga 70 kariah yang mengikuti ceramah agama di situ.

Jasmi mendakwa, sebahagian dinding itu pernah roboh dan mengenai kanak-kanak pada Ogos tahun lalu namun ia tidak dibaiki dan dibiarkan condong sehingga kini.

"Kalau tembok dinding ini ditolak ramai-ramai pun boleh runtuh kerana tanah tebing longkangnya yang semakin mendap.

"Sedangkan orang dewasa dihempap pagar rumah pun boleh menyebabkan kematian, apatah lagi dihempap tembok batu konkrit setinggi 2.5 meter dan panjang 30 meter," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan Jasmi ada asasnya apabila tembok dinding itu bukan sahaja condong malah mulai retak manakala pagarnya juga condong.

Menurut beliau, masalah itu pernah diadukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung namun jawapan yang sama diberikan sejak tiga tahun lalu.

"Sejak tiga tahun lalu jawapannya sama iaitu peruntukan sudah diluluskan tetapi tembok ini tidak pernah dibaiki walaupun surau ini sentiasa digunakan," katanya.

Baru-baru ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia maut dihempap pintu pagar seberat 200 kilogram ketika mencuci lantai di luar kediaman majikannya di Larkin Jaya, Johor.

Full content generated by Get Full RSS.

Sara 1Malaysia dapat sambutan, orang ramai serbu bank

Posted:

Sara 1Malaysia dapat sambutan, orang ramai serbu bank

Sara 1Malaysia dapat sambutan, orang ramai serbu bank

JEMPOL 30 Jan. - Tidak sampai beberapa jam selepas dibuka jualannya, borang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) habis diedarkan kepada orang ramai melalui beberapa buah bank di sini hari ini.

Tinjuan Utusan Malaysia di beberapa institusi kewangan di sekitar bandar ini mendapati orang ramai telah mula berkumpul di bank sejak awal pagi untuk mendapatkan borang berkenaan yang diedarkan secara percuma.

Berdasarkan maklum balas daripada orang ramai, mereka berpendapat skim yang diperkenalkan itu ternyata memberikan keuntungan bagi jangka masa panjang selain menyuburkan minat mereka untuk menabung.

Seorang pemohon, Mohammad Idham Bidin, 34, berkata, dia gembira apabila berjaya mendapatkan borang tersebut biarpun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan borang yang diedarkan.

''Saya berada di sini sejak pukul 10 pagi lagi. Walaupun terpaksa beratur dan menunggu giliran, akhirnya saya berjaya mendapat borang sejam kemudian.

''Bagi saya skim seperti ini memberikan pulangan yang menarik untuk tempoh jangka masa panjang malah golongan yang berpendapatan rendah juga menerima manfaatnya dengan skim yang diperkenalkan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemohon, Lily Goh, 26, pula terpaksa pulang dengan hampa apabila gagal untuk mendapatkan borang di semua bank yang terpilih.

''Memang rasa terkilan sedikit kerana tidak dapat mengambil borang ini, namun saya akan berusaha untuk datang lebih awal bagi mendapatkan borang itu esok.

''Saya harap pada masa yang sama, pihak bank juga dapat mengedarkan lebih banyak borang supaya orang ramai tidak pulang hampa nanti," katanya.

Seorang lagi yang cuba mendapatkan borang berkenaan, Mohd. Afandi Abd. Razak, 25, juga pulang dengan tangan kosong apabila gagal mendapatkan borang.

''Skim ini sangat bagus terutama untuk belia seperti saya. Ia merupakan landasan bagi menyemai sikap dan amalan menabung untuk masa depan.

''Walaupun tidak mendapat borang pada hari ini, saya tidak akan berputus asa dan akan datang semula esok," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen