Ahad, 15 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Yakin kilang Lynas selamat

Posted:

Yakin kilang Lynas selamat

Yakin kilang Lynas selamat

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 15 Jan. - Majlis Belia Daerah Kuantan yakin pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) selamat serta tidak berbahaya terutama kepada penduduk berhampiran Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan, Md. Jamil Pauzi berkata, ini kerana penjelasan mengenai kadar radiasi kilang tersebut dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa badan bertanggungjawab dan bukannya bersifat kenyataan politik.

"Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara juga telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat.

"Isu ini telah diputarbelitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat kilang tersebut di sini hari ini.

Selain melawat tapak pembinaan kilang tersebut, kesemua 160 ahli Majlis Belia Kuantan diketuai Md. Jamil turut diberi penerangan mengenai projek itu oleh Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Ismail Bahari.

Mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mempolitikkan isu pembinaan kilang tersebut, Md. Jamil berkata, kerajaan negeri pasti akan mengutamakan soal keselamatan rakyat terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Tahap radiasi yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan nadir bumi itu adalah jauh lebih rendah dan selamat dari segi kuantitinya berbanding hasil sampingan dari loji-loji jana kuasa nuklear," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Dr. Ismail kepada mereka.

"Ia cukup lengkap dengan fakta-fakta dan hasil kajian yang menjelaskan mengenai keselamatan kilang tersebut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

700 keluarga di Kemayan kembali tiada air

Posted:

700 keluarga di Kemayan kembali tiada air

700 keluarga di Kemayan kembali tiada air


Penduduk Kampung Pasal terpaksa menggunakan air yang dipam dari telaga yang dibina oleh Kementerian Kesihatan apabila bekalan air dari telaga tiub dipotong oleh pihak kontraktor di Bera, semalam.


BERA 15 Jan. - Kegembiraan 700 keluarga di enam kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan dekat sini menikmati bekalan air bersih sejak setahun lalu kembali suram apabila bekalan air di kawasan mereka dihentikan empat hari lalu.

Bekalan itu dihentikan oleh sub-kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan projek air bawah tanah di kampung berkenaan apabila membuka semula sistem penyaluran air yang disalurkan dari tangki utama ke rumah penduduk.

Kampung yang terbabit dengan masalah itu adalah Kampung Pasal dan lima buah kampung Orang Asli iaitu Kampung Kuin Lanjut, Kampung Pathir, Lubuk Perah, Kuala Serting dan Lubuk Tembangan serta sebuah lagi kampung Orang Asli di Kampung Bukit Ngeri, Lanchang, Temerloh.

Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di Kampung Pasal difahamkan, kontraktor terbabit membuka semula sistem itu kerana kontraktor utama gagal membuat pembayaran tertunggak RM2.9 juta.

Timbalan Batin, Darus Lambak berkata, beliau mewakili 40 keluarga dan penduduk yang mendiami kampung itu sejak dibuka pada 1970 membuat laporan polis terhadap kontraktor tersebut.

Beliau kecewa kerana penduduk kampung dijadikan ''kambing hitam' berikutan masalah pembayaran tertunggak yang tidak ada kaitan dengan mereka.

''Sepatutnya mereka berunding dengan kontraktor utama bagi mendapat semula bayaran kerja-kerja membina saluran air bawah tanah bagi membekalkan air kepada kami di sini.

''Saya berharap mereka dapat menyambung semula peralatan dan sistem bekalan air di tangki utama dan juga saluran paip yang disambungkan ke rumah-rumah kami," kata Darus kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Darus, penduduk kampung berkenaan yang bersempadanan dengan Negeri Sembilan dan Johor hidup menderita kerana sebelum ini mereka tidak pernah menikmati bekalan air bersih sejak 40 tahun lalu.

Katanya, kerajaan negeri tidak dapat membekalkan air bersih berikutan kedudukan kampung yang dilindungi tanah ladang milik individu sejauh enam kilometer daripada jalan utama Muadzam Shah - Bahau, Negeri Sembilan.

Jelasnya, pemilik ladang itu hanya membenarkan kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad memasang tiang elektrik bagi menyalurkan bekalan elektrik ke kampung mereka.

Sebagai penyelesaian, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengeluarkan peruntukan bagi membina telaga tiub di kampung tersebut dan di enam buah kampung lagi.

''Malah, saya diberitahu kementerian terbabit telah menjelaskan semua pembayaran kepada kontraktor yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.

''Sebelum ada sumber air bawah tanah, kami menggunakan air yang dipam dari lima buah telaga yang dibina oleh Kementerian Kesihatan dan juga air Sungai Palong," katanya.

Bagaimanapun air sungai dan telaga kini telah dicemari oleh sisa kimia yang dilepaskan oleh kilang kelapa sawit dan getah di kawasan berhampiran.

Full content generated by Get Full RSS.

Penuntut politeknik terima BB1M

Posted:

Penuntut politeknik terima BB1M

Penuntut politeknik terima BB1M


MAZNAH Mazlan (kiri) menyampaikan baucar BB1M bernilai RM200 kepada salah seorang pelajar di Politeknik Muadzam Shah, baru-baru ini.


MUADZAM SHAH 15 Jan. - Seramai kira-kira 1,500 penuntut Politeknik Muadzam Shah di sini menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM200 kelmarin.

Majlis penyerahan BB1M itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Maznah yang ditemui kemudiannya berkata, pemberian baucar tersebut kepada setiap pelajar adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam membudayakan ilmu di peringat institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, baucar itu juga adalah 'hadiah istimewa' kerajaan kepada penuntut universiti agar mereka dapat membeli bahan rujukan untuk tujuan pembelajaran.

''Rakyat di negara ini ternyata sungguh bertuah kerana mereka mempunyai kepimpinan kerajaan yang sentiasa peka dengan segala keperluan rakyat termasuk dalam kalangan penuntut di IPT.

"Pemberian baucar ini juga merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan budaya cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan penuntut universiti,'' katanya.

Menurut Maznah, walaupun kebanyakan penuntut terdedah kepada teknologi Internet, buku rujukan turut membantu mereka mendapatkan maklumat.

Katanya, buku rujukan amat penting kepada setiap penuntut universiti kerana banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh daripada laman web.

"Saya percaya bahawa buku rujukan tidak akan pupus selagi penuntut terus menggunakannya sebagai bahan ilmiah dan sumber pengkajian kerana di dalamnya mengandungi pelbagai segala cabang ilmu yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, penuntut seharusnya belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan kerana mereka merupakan kumpulan pelajar yang bertuah dan tidak dilupakan dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara.

"Kerajaan memandang golongan ini adalah sebahagian daripada kumpulan yang perlu digerakkan serta diberi tumpuan kerana golongan ini bakal menentukan hala tuju dan masa depan negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan