Khamis, 26 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


15,000 orang terima RM7.5 juta

Posted:

15,000 orang terima RM7.5 juta

15,000 orang terima RM7.5 juta

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Chor Chee Heung (kiri) dan Ahmad Bashah Md. Hanipah mendekati rakyat yang menerima wang bantuan BR1M di Anak Bukit, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 25 Jan. – Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan sejumlah RM7.5 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seramai 15,000 penerima di negeri ini sejak 16 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses penyerahan sebanyak RM500 kepada 350,000 keseluruhan penerima yang layak di Kedah sedang berjalan di setiap peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pertengahan Mac ini.

"Setiap hari, enam DUN membuat penyerahan wang bantuan berkenaan dengan setiap satu melibatkan kira-kira 1,000 penerima.

"Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan, 15,000 penerima di negeri ini telah mendapat wang berkenaan sehingga kini," katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penduduk dalam DUN Kota Darul Aman di Dewan Serbaguna Kompleks Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Ahmad Bashah berkata, orang ramai yang belum mendapat maklum balas mengenai status permohonan bantuan wang berkenaan diminta bersabar, prosesnya mengambil masa ekoran jumlah penerima yang ramai.

Katanya, kerajaan memahami kegelisahan orang ramai yang belum mendapat maklum balas mengenai tarikh penyerahan wang tersebut meskipun permohonan telah dibuat.

"Mereka yang telah memohon diminta bersabar kerana proses mengeluarkan surat pemberitahuan sedang berjalan secara berperingkat. Kita harus faham ia melibatkan seramai 350,000 orang, lagi pun tempoh penyerahan wang adalah sehingga 15 Mac ini," ujar beliau.

Bagi mereka yang belum memohon, katanya, masih ada lagi waktu kerana tarikh tutup pengisian borang telah dilanjutkan sehingga 10 Februari ini.

Bagaimanapun tegas beliau, orang ramai yang membuat permohonan mestilah bersikap jujur iaitu hanya mereka yang benar-benar layak dengan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar mesti tolak ketaksuban melampau

Posted:

Pelajar mesti tolak ketaksuban melampau

Pelajar mesti tolak ketaksuban melampau


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puterinya berkenan melawat taman orkid selepas merasmikan Taman Teknologi Hijau di SMSTSP di Kangar, kelmarin.


KANGAR 25 Jan. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta golongan pelajar menolak ketaksuban melampau dengan terlibat dalam melibatkan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti pergaulan bebas dan jenayah.

Titah baginda, ibu bapa, guru serta masyarakat perlu membantu membentuk pemikiran pelajar dengan sentiasa memberi penjelasan sebenar mengenai setiap perkembangan semasa.

"Mereka tidak boleh melarang atau mengkritik para pelajar dan golongan remaja tanpa memberi penjelasan yang dapat membuka fikiran mereka," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan program Titian Kasih Mega Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP) di sini, baru-baru ini.

Sempena program bertemakan Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama itu, Raja Muda Perlis yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut melancarkan Kelab Woodball SMSTSP atas inisiatif alumni sekolah itu.

Turut dirasmikan ialah dua rumah rehat yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Baginda juga berkenan merasmikan Taman Teknologi Hijau yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar sekolah itu melalui bimbingan guru-guru. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Peladang Perak bina kilang tapis sawit

Posted:

Peladang Perak bina kilang tapis sawit

Peladang Perak bina kilang tapis sawit

IPOH 25 Jan. - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak akan membangunkan sebuah kilang penapisan minyak kelapa sawit bernilai RM44 juta di Kampung Tengah, Beruas dekat sini yang dijangka mula beroperasi hujung tahun ini.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Datuk Nadzri Ismail berkata, keputusan itu sudah dimuktamadkan oleh lembaga pengarah baru-baru ini dan kerja-kerja pembinaannya akan dimulakan dua bulan lagi.

Menurut beliau, kilang yang akan dibina di atas tanah seluas 24 hektar itu mampu menampung bekalan kelapa sawit dari seluruh negeri Perak.

"Kita telah mendapat kelulusan untuk membina kilang ini dan kerja-kerja pembinaan akan bermula Mac depan, namun ia bergantung kepada agensi yang terlibat bagi mempercepatkan pembinaannya.

"Melalui pembinaan kilang ini nanti, semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan menghantar kelapa sawit mereka ke kilang ini untuk diproses, selain kita cuba menyakinkan ladang anak syarikat negeri lain untuk turut berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis meraikan jabatan dan agensi yang terlibat dalam sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di sini hari ini.

Nadzri memberitahu, pembinaan kilang itu nanti melibatkan pengagihan saham sebanyak 51 peratus kepada PPN, 30 peratus (PPK) dan 19 peratus (ahli-ahli peladang).

"Melalui pengagihan saham ini, semua pihak akan terlibat dalam pembinaan kilang dan setakat ini kita mempunyai hampir 90,000 ahli peladang dan 30 kawasan PPK seluruh negeri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan