Rabu, 25 Januari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Alasan penghakiman bertulis kes liwat belum siap

Posted:

Alasan penghakiman bertulis kes liwat belum siap

Alasan penghakiman bertulis kes liwat belum siap

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Alasan penuh penghakiman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, masih belum siap.

Peguam utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh mengesahkan perkara tersebut kepada pemberita selepas beliau menemui setiausaha kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini.

Menurut Karpal, perkara tersebut dimaklumkan oleh setiausaha berkenaan yang juga tidak tahu bila alasan penuh penghakiman itu akan disiapkan.

Mengulas lebih lanjut, Karpal memberitahu, hakim tersebut berkewajipan menyediakan alasan penuh penghakimannya dalam tempoh lapan minggu dari tarikh notis rayuan difailkan.

Beliau bagaimanapun berkata, Jabatan Peguam Negara mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan dalam kes tersebut selepas meneliti alasan penuh penghakiman yang diterima.

Ini kerana, menurutnya, mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964, jabatan berkenaan perlu memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan yang mengandungi nota keterangan, eksibit-eksibit dan alasan penuh penghakiman secara bertulis.

Pada 20 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, empat tahun lalu.

Hakim Mohamad Zabidin memutuskan demikian pada 9 Januari lalu selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau menetapkan demikian setelah berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Dalam penghakiman lisannya, hakim tersebut menyatakan, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini, menurut Hakim Mohamad Zabidin, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Namun beliau berkata, di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes hasutan: Karpal fail rayuan

Posted:

Kes hasutan: Karpal fail rayuan

Kes hasutan: Karpal fail rayuan

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Peguam Karpal Singh hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Notis tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Putrajaya pagi ini.

Karpal yang ditemui pemberita di sini memberitahu, kes itu dibawa ke peringkat mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan atas alasan Mahkamah Rayuan telah salah arah dan bertindak melampaui apa yang sepatutnya mahkamah itu lakukan.

Beliau turut berkata, semasa sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Februari ini, pihaknya akan memohon agar perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu memerintahkan Karpal yang juga Pengerusi DAP membela diri atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tanpa dipanggil membela diri.

Peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Karpal diperintah membela diri di hadapan hakim yang sama.

Hakim Ahmad (kini hakim Mahkamah Persekutuan) ketika membacakan penghakiman bertulisnya berpendapat, Karpal wajar dipanggil membela diri selepas panel itu berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada hemat beliau, perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.

Ujar Hakim Ahmad, ini kerana ia cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen