Isnin, 23 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua lelaki dikenal pasti pecah cermin kereta

Posted:

Dua lelaki dikenal pasti pecah cermin kereta

Dua lelaki dikenal pasti pecah cermin kereta

SEREMBAN 23 Jan. - Polis mengenal pasti dua daripada 30 lelaki yang bertindak memecahkan cermin 28 kereta penghuni di Rumah Pangsa Lobak dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, pihaknya kini giat memburu kumpulan lelaki bermotosikal berkenaan.

"Berdasarkan kepada siasatan polis, kita sudah mengenal pasti dua daripada mereka dan berusaha mengesan serta memberkas kesemuanya.

"Setakat ini, kita belum pasti motif kumpulan berkenaan bertindak demikian dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sekumpulan 30 samseng bertindak seperti orang hilang akal dengan memecahkan cermin 28 kereta milik penduduk di rumah pangsa berkenaan.

Kumpulan lelaki yang menaiki motosikal dan berparang itu bertindak demikian selepas 'naik angin' apabila usaha mereka untuk mencari seorang lelaki bernama Mani menemui jalan buntu.

Difahamkan, suspek yang berusia antara 20-an dan 30-an itu mencari Mani kerana dendam.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan penduduk di kawasan itu berikutan tindakan ganas kumpulan berkenaan kerana kesemua suspek bersenjata.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis nafi ahli perniagaan dipukul

Posted:

Polis nafi ahli perniagaan dipukul

Polis nafi ahli perniagaan dipukul


Zulkifli Bedin menunjukkan gergaji kayu yang digunakan oleh seorang ahli perniagaan dalam pergaduhan di sebuah restoran pada sidang media di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor, kelmarin. - UTUSAN/Afiqzikri


HULU SELANGOR 23 Jan. - Polis menafikan sekumpulan anggotanya telah memukul seorang ahli perniagaan serta mengambil wang tunai milik lelaki itu sebanyak RM1,000 ketika minum dan bermain judi di sebuah restoran di Bukit Sentosa malam kelmarin.

Dakwaan ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, bahawa anggota-anggota yang bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa enggan menerima laporan daripada pihaknya juga tidak benar.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zulkifli Bedin berkata, kejadian bermula apabila lelaki tersebut yang ketika itu mabuk membuat kecoh dan mengamuk di sebuah restoran.

Katanya, keadaan bertambah teruk apabila lelaki itu mengeluarkan sebilah gergaji kayu dari keretanya dan mula bertindak di luar kawalan.

"Dia bukan sahaja memecahkan botol arak dan gelas malah merosakkan meja plastik restoran itu menggunakan gergaji kayu. Polis yang menerima panggilan daripada pemilik restoran itu bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan kekecohan.

"Anggota-anggota itu kemudian membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Sentosa kerana agresif dan dikhuatiri mengancam keselamatan orang lain. Namun berlaku pergelutan menyebabkan dia cedera ringan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan lelaki berkenaan di dalam sebuah portal berita kelmarin, yang mendakwa dipukul sekurang-kurangnya oleh empat anggota polis berpakaian preman di Bukit Sentosa.

Kata Zulkifli, semasa di balai polis itu, anggota bertugas terpaksa menangguhkan untuk mengambil keterangannya kerana keadaannya yang masih di bawah pengaruh alkohol.

"Lelaki itu bagaimanapun dilepaskan selepas persetujuan dicapai dengan pemilik restoran itu yang mahu kes diselesaikan tanpa melibatkan pihak polis.

"Dia kemudian dibawa oleh anggota polis ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan kerana kecederaan dialaminya," ujarnya.

Zulkifli memberitahu, difahamkan lelaki itu telah membayar RM200 kepada pemilik restoran berkenaan sebagai ganti rugi.

Katanya, lelaki itu kemudian hadir semula ke balai polis berkenaan pada pukul 4 pagi semalam untuk membuat laporan kononnya terdapat anggota polis mengambil wang tunainya berjumlah RM1,000 serta memukulnya di kepala.

"Justeru, kami membuat kenyataan hari ini bagi menafikan segala pertuduhan yang berunsur fitnah ke atas pasukan ini.

"Polis masih meneruskan siasatan dengan merakam percakapan saksi dan masih mengesan tiga lagi rakan ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan polis," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan