Ahad, 22 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


DJ wanita kaki ganja

Posted: 21 Jan 2012 03:39 PM PST

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang juga penyampai stesen radio swasta berbahasa Inggeris, di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, tengah malam, penyampai radio berusia 26 tahun itu dilihat berhibur bersama beberapa rakannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.


Difahamkan, selepas ditahan, penyampai radio itu dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap wanita berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.

Berikutan itu, penyampai stesen radio terbabit yang masih bujang ditahan di IPD Kota Kinabalu bagi membantu siasatan. Dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, 33 orang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun diperiksa dan hasil ujian air kencing mendapati tiga positif dadah iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an didapati positif ganja.


"Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan beberapa individu yang positif dadah itu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, tiga suspek dibawa ke IPD Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.



Full content generated by Get Full RSS.

8 GRO dicekup

Posted: 21 Jan 2012 03:38 PM PST

GEORGETOWN: Lapan wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang berehat di kondominium mewah di Jalan Persiaran Gurney, di sini, Khamis lalu, terkejut apabila diserbu polis.

Operasi dikenali Ops Noda itu yang dilakukan jam 5 petang, membabitkan sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri hasil intipan dan maklumat awam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, sebuah kondominium mewah dijadikan penginapan wanita warga China berusia antara 20 hingga 30-an diperiksa.

Beliau berkata, sebelum itu polis terpaksa menunggu 15 minit untuk masuk kerana tidak mendapat kerjasama penghuni.


Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita warga China bersembunyi di belakang pintu masuk utama, selain empat lagi di bawah katil dan tiga lagi di bilik air.


"Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala yang lain ada pasport dan visa perjalanan sah," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen