Sabtu, 28 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Pelantikan AC Mizal dipertikai

Posted: 27 Jan 2012 11:37 AM PST

IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.


"Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tembak kaki kawan

Posted: 27 Jan 2012 11:37 AM PST

BACHOK: Gara-gara perselisihan faham dengan rakan sekampung, seorang remaja berusia 17 tahun parah di kaki kanan selepas dipercayai ditembak rakannya itu menggunakan senjata api dalam kejadian di Kampung Kuchelong, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Nik Mohamed Baihaki Nik Mahmud dikatakan ditembak dua das dengan satu daripada tembakan itu terkena pergelangan kaki kanannya sehingga menembusi tapak kaki.


Mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan.

Bapa mangsa, Nik Mahmud Nik Mat, 45, berkata, sebelum kejadian, dia menyedari ada dua pemuda menaiki motosikal datang ke rumah mengambil anaknya.


Menurutnya, ketika itu, dia berada di belakang rumah dan menyangka mereka bertiga mahu keluar minum.


"Saya memang mengenali suspek, tetapi tidak rapat walaupun dia tinggal hanya satu kilometer dari rumah kami.

"Saya benar-benar tidak menyangka kejadian ini menimpa anak saya selepas mereka berdua mengambilnya di rumah.


"Anak saya turut memberitahu dia diacu dengan senjata api oleh suspek supaya mengikut ke rumah suspek sambil memberi alasan untuk berbincang," katanya.

Ibu mangsa, Hanani Mamat, 40, pula berkata, ketika kejadian, dia berada di HUSM melawat anak saudaranya.


Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya dikejarkan ke hospital sama akibat ditembak. "Sepupu memaklumkan perkara itu dan saya memang tidak menyangka suspek tergamak menggunakan senjata api dan berani menggunakannya untuk mencederakan orang lain," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan mendapati suspek melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena kaki mangsa.


"Namun, polis belum mengenal pasti jenis senjata digunakan dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen