Ahad, 29 Januari 2012

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mahu tapak, sanggup bayar

Posted:

Mahu tapak, sanggup bayar

Mahu tapak, sanggup bayar

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusan.com.my


Mohd. Ali Khan Amir Khan (kiri) bersalaman dengan Eu Hong Chew selepas mengadakan perbincangan antara pihak i-City dengan 30 peniaga Melayu mengenai tapak niaga di Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 29 Jan. - Kira-kira 30 peniaga Melayu yang menjual lampu lampu mainan LED berkumpul di i-City di sini Jumaat lalu bagi membantah langkah pihak pengurusan destinasi pelancongan itu yang tidak membenarkan mereka berniaga di kawasan tersebut.

Mereka meminta pihak pengurusan i-City memberikan mereka tapak perniagaan dan sanggup membayar sewa agar dapat berniaga secara sah.

Para peniaga yang diwakili Ketua Biro Keselamatan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKPM), Mohd. Ali Khan Amir Khan kemudian telah diminta menyertai sesi dialog dengan pihak i-City yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Eu Hong Chew.

Semasa sesi dialog berlangsung, beberapa peniaga telah mengemukakan soalan dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing selain memohon diberikan tapak niaga yang sah.

Bagaimanapun, suasana menjadi tegang apabila Hong Chew enggan memenuhi permintaan para peniaga dengan alasan i-City adalah kawasan persendirian sehingga memaksa perbincangan tertutup dibuat antara wakil peniaga dan pihak i-City.

Hong Chew yang ditemui selepas perbincangan itu berkata, pihak i-City bercadang memberikan tiga buah kedai kepada para peniaga tetapi akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak pengurusan sebelum membuat keputusan yang dijangka pada Isnin ini.

"Saya akan jumpa pihak pengurusan dan akan memberikan keputusan selepas berbincang nanti," katanya.

Sementara itu, Mohd. Ali Khan pula berharap agar keputusan yang diberikan pihak i-City Isnin ini akan menggembirakan para peniaga.

"Kita akan tunggu Isnin ini dan harap pihak i-City akan memberikan pertimbangan yang wajar," katanya yang turut diiringi hampir 50 ahli PKPM.

Seorang peniaga, Firdaus Ismail (gambar) pula memohon i-City memberikan lokasi tapak kedai yang strategik untuk para peniaga menjual barang dagangan masing-masing.

"Janganlah bagi kami berniaga di kawasan yang tiada orang atau berdekatan dengan tempat sampah seperti sebelum ini," katanya sebelum kesemua peniaga bersurai.

Full content generated by Get Full RSS.

i-City diurus seperti pusat beli-belah

Posted:

i-City diurus seperti pusat beli-belah

i-City diurus seperti pusat beli-belah

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Mengelak daripada persaingan tidak sihat antara peniaga adalah antara pendekatan yang digunakan oleh i-City di Shah Alam dalam menguruskan kawasan pelancongan tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, i-City memberitahu, kawasan tersebut diuruskan umpama sebuah pusat beli-belah yang besar yang mempunyai pelbagai penyewa.

Ia bertujuan memastikan pengunjung mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli-belah dan dalam masa yang sama, peruncit tidak bersaing sesama sendiri.

"Semua peniaga mempunyai lesen yang sah dan kewujudan peniaga tidak berlesen akan menjejaskan operasi peniaga yang berniaga secara sah.

"Dari perspektif i-City, matlamat kami adalah untuk mencipta persekitaran yang berorientasikan keluarga dan bukannya persekitaran seperti bazar," kata kenyataan itu.

Jumaat lalu, kira-kira 30 peniaga berhimpun bagi membantah tindakan pengurusan i-City yang mengambil tindakan terhadap mereka kerana berniaga di kawasan tersebut.

Selain itu, i-City memberitahu, kawasan tersebut adalah tanah persendirian yang sudah diluluskan sebagai satu komuniti berpagar dan berkawal.

"Jangan hanya kerana tiada pagar atau tembok pemisah dibina, orang ramai beranggapan ia adalah tanah awam yang boleh dimasuki secara sesuka hati," kata kenyataan itu lagi.

Kata kenyataan itu, tindakan terhadap peniaga itu diambil bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung dan bagi mengelak daripada berlakunya aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang di kawasan itu.

Komuniti i-City hari ini terdiri daripada kakitangan 100 buah syarikat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan dikunjungi lebih 400,000 pelawat setiap bulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga asing proses sampah di rumah, buang merata

Posted:

Warga asing proses sampah di rumah, buang merata

Warga asing proses sampah di rumah, buang merata


REAKSI seorang warga asing apabila ditegur kerana menjadikan rumahnya sebagai tempat memproses sampah di Taman Melur, Ampang baru-baru ini.


AMPANG 29 Jan. - Penduduk Taman Melur di sini meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertindak terhadap warga Myanmar dan Nepal yang membuang sampah secara sesuka hati sehingga mengotorkan kawasan perumahan itu.

Kata mereka, warga asing itu menjadikan rumah mereka sebagai tempat pengasingan sampah sebelum membuang sampah yang tidak diperlukan berhampiran laluan masuk ke kawasan itu.

Selain itu, mereka juga kecewa dan kesal kerana MPAJ dilihat masih gagal menguruskan soal kutipan sampah di kawasan perumahan di situ dan sekitar Ampang dengan berkesan.

Kata mereka, masalah itu mula berlaku sejak pengurusan sampah di kawasan itu diuruskan sendiri oleh MPAJ dan bukan lagi oleh Alam Flora.

Seorang penduduk Taman Melur, Zurinah Mohd. Yusoff, 48, berkata, masalah sampah yang dilonggokkan berhampiran laluan masuk taman perumahan itu yang berpunca daripada warga asing itu seperti tidak kesudahannya.

Katanya, bukan itu sahaja, sampah domestik yang sepatutnya dikutip tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat juga tidak dilaksanakan mengikut jadual.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Rahman A. Bakar, 47, berkata, kehadiran warga Myanmar dan Nepal yang mengutip barangan kitar semula menyumbang kepada masalah sampah itu.

Menurutnya, golongan itu akan membawa pulang sampah ke rumah mereka untuk memilih apa yang mereka mahu dan membuang apa yang tidak dikehendaki di merata tempat terutama di laluan masuk itu.

"Malah mereka juga pernah membakar longgokan sampah di sini bagi mengambil besi-besi dari tilam dan sebagainya untuk dijual. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan kawasan perumahan malah membahayakan keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Ben Liew berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual.

Beliau berkata, sejak kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan sampah pada Oktober lalu, pelbagai masalah pengurusan sampah berlaku di negeri ini.

"MPAJ dan kerajaan Selangor perlu bertindak segera kerana sampah yang tidak diuruskan dengan baik akan menyumbang kepada masalah lain terutama penyakit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen