Rabu, 25 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Polis cari pemandu kes langgar lari kanak-kanak

Posted: 25 Jan 2012 02:54 AM PST

Mutakhir

IPOH: Polis sedang mengesan seorang pemandu kenderaan bagi membantu siasatan berhubung kes langgar lari membabitkan kematian seorang kanak-kanak 10 tahun dalam satu kemalangan di Jalan Gula, Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, meminta saksi kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7210566 untuk membantu siasatan.

Mohd Aizat Haikal Yakob dipercayai dirempuh dari belakang sebuah kereta ketika dia sedang menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya pada jam 7 malam. "Mangsa cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian," katanya ketika di hubungi hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Km7, Jalan Siakap, Bagan Serai, seorang warga emas terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal mereka bertembung antara satu sama lain pada 8 malam tadi.

Abdul Razak Mohd Nor, 69, yang berasal dari Kuala Kurau meninggal di tempat kejadian sementara seorang lagi penunggang, Ramli Abdullah, 47, berasal dari Kamunting cedera parah.

Mat Fauzi berkata, nahas berlaku apabila motosikal yang ditunggang Abdul Razak dari Kuala Kurau ke Bagan Serai dikatakan membelok ke kanan jalan dan dirempuh motosikal yang ditunggang Ramli yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Sebutan semula kes Kugan 13 Februari

Posted: 25 Jan 2012 02:25 AM PST

Mutakhir

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 13 Februari depan untuk menyebut semula kes Konstabel V Navindran yang diperintah membela diri atas dua pertuduhan pilihan mencederakan tahanan, A Kugan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, memohon tarikh sebutan baru.

Kes itu akan disebut semula di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Aslam Zainuddin, yang mendengarnya sebelum ini di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Navindran, 30, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di bilik soal siasat D9, Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009 mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Januari 2009, Aslam melepas dan membebaskan Navindran daripada pertuduhan utama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan, suspek kes curi kereta mewah yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen