Jumaat, 20 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pengguna jangan panik

Posted:

Pengguna jangan panik

Pengguna jangan panik

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 19 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa akan berlaku kekurangan bekalan minyak masak sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Timbalan Pengarahnya, Ab. Ghani Harun berkata, ini kerana barangan kawalan itu masih mencukupi sehingga hujung bulan ini.

"Kita (PPDNKK negeri) telah menerima bekalan tambahan (untuk minyak masak) 10 peratus iaitu kira-kira 20 tan metrik yang ditawarkan oleh kerajaan untuk perayaan ini dan bekalan mencukupi serta harganya pula kekal sama iaitu RM2.50 (untuk minyak masak paket bersubsidi).

"Justeru, tidak timbul sama sekali masalah kekurangan barangan tersebut serta barang-barang lain terutamanya barang kawalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Pasa Raya Giant Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Skim itu akan berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 30 Januari ini dengan melibatkan 12 barangan kawalan antaranya ayam (hidup & standard), telur (tiga jenis), kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal, udang besar dan dua jenis daging babi.

Bagaimanapun, daging babi di negeri ini hanya boleh diperoleh di perkampungan masyarakat Tionghua di kampung Cina dan juga di Wakaf Tapai.

Full content generated by Get Full RSS.

550 pelajar prauniversiti terima BB1M

Posted:

550 pelajar prauniversiti terima BB1M

550 pelajar prauniversiti terima BB1M


SEBAHAGIAN daripada pelajar prauniversiti menunjukkan BB1M yang diterima di SMKA Falahiah, Tumpat, semalam.


TUMPAT 19 Jan. - Seramai 550 pelajar prauniversiti dari 11 sekolah menengah di jajahan ini menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM200 seorang bagi meringankan beban ditanggung oleh ibu bapa.

Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, BB1M melibatkan peruntukan RM110,000 itu mula diagihkan kepada pelajar prauniversiti di jajahan ini bermula kelmarin.

"Agihan ini dibahagikan kepada dua kumpulan kerana jumlah penerima yang ramai. Kumpulan pertama melibatkan 300 pelajar dari enam sekolah. Kumpulan kedua pula melibatkan 250 pelajar dari empat sekolah, termasuk sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

"Bantuan ini diberi bagi meringankan beban keluarga pelajar berkenaan. Bantuan ini diharapkan membantu pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan BB1M di Dewan Haji Wan Adam, SMKA Falahiah di sini hari ini.

Noor Zahidi berkata, bantuan tersebut membuktikan kerajaan begitu telus dalam membantu rakyat selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Sekiranya ada peruntukan kita akan terus memberikannya kepada rakyat dan tidak perlu sehingga pilihan raya untuk bagi bantuan," ujarnya.

Sementara itu seorang penerima dari SMKA Falahiah, Siti Nor Haniff Farhana Mohd. Salleh, 18, memberitahu, sumbangan itu dapat membantu meringankan beban keluarganya.

Menurutnya, bantuan berkenaan juga membolehkannya mendapatkan rujukan terbaik sebagai persediaan menghadapi STPM.

"Walaupun jumlah ini agak kecil, namun ia cukup bermakna buat saya. Terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKK Fikri bantu mangsa kemalangan

Posted:

JKKK Fikri bantu mangsa kemalangan

JKKK Fikri bantu mangsa kemalangan


CHE Wahab Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mahusin Ishak yang menderita akibat kemalangan di Kampung Fikri Setiu, baru-baru ini.


SETIU 19 Jan. - Keperitan hidup seorang nelayan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira dua bulan lalu mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Fikri yang menghulurkan sumbangan RM300 bagi keperluannya.

Akibat kejadian itu, Mahusin Ishak, 32, yang mempunyai seorang anak, tidak mampu berjalan dan sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan hidupnya sekeluarga.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Fikri, Che Wahad Ahmad bersama beberapa ahli jawatankuasanya di rumah Mahusin di Kampung Fikri dekat sini kelmarin.

Che Wahab berkata, bantuan itu adalah hasil Tabung Khas yang tubuhkan oleh JKKK dengan kerjasama jawatankuasa masjid kampung berkenaan sejak tahun lalu.

Menurutnya, wang tabung itu akan diagihkan kepada para penduduk kampung yang tidak berkemampuan dan yang memerlukan bantuan seperti mangsa kemalangan selain bagi rawatan hospital dan persekolahan.

"Dengan bantuan ini, sekurang-kurangnya kami dapat juga berbakti serta memberi sedikit sumbangan bagi menampung sebahagian perbelanjaan keluarga mereka yang terlibat," ujarnya yang juga Bendahari Masjid Kampung Fikri.

Sebelum itu, pihaknya menyumbang bantuan makanan kepada lapan warga emas yang uzur dan penghidap penyakit kronik.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan