Selasa, 24 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


BN amal semangat kekitaan

Posted: 24 Jan 2012 12:50 PM PST

Nasional

NAJIB disambut meriah ketika hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Peringkat Pulau Pinang di Tanjung City Marina, semalam.

NAJIB disambut meriah ketika hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Peringkat Pulau Pinang di Tanjung City Marina, semalam.

Rasa kebersamaan dipupuk kukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum

GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip semangat kekitaan dan rasa kebersamaan bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari berbilang kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

Saya tak lihat muka yang muram hari ini... saya tidak lihat mereka yang mukanya monyok. Saya lihat orang Pulau Pinang mukanya ceria. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di sini, semalam.

Najib berkata, kerajaan akan terus memberi pertimbangan yang adil bagi membolehkan rakyat mempunyai dua prinsip berkenaan.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri yang bangga dengan kehadiran lebih 20,000 pada majlis itu berkata, sambutan berkenaan membuktikan rakyat gembira dengan kehidupan hari ini kerana mereka berada dalam keadaan aman dan negara makmur.
"Saya tak lihat muka yang muram hari ini... saya tidak lihat mereka yang mukanya monyok. Saya lihat orang Pulau Pinang mukanya ceria," katanya sambil menambah beliau melihat keadaan yang sama pada majlis rumah terbuka yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Perdana Menteri berkata, banyak sebab yang membolehkan rakyat ceria, termasuk ekonomi negara yang baik dan perniagaan juga terus berkembang.

"Kalau perniagaan tidak dapat pulangan, pelaburan merugikan, pasaran saham semakin mengecil, sudah pasti ramai yang tidak ceria dan tersenyum lebar seperti hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu, di ibu negara kelmarin Perdana Menteri dan isteri bersama pemimpin BN turut menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA dan GERAKAN.

Selain dihadiri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut meluangkan masa menghadiri majlis itu.

Najib berkata, beliau amat gembira kerana sambutan Tahun Baru Cina kali ini terus dikekalkan dengan tradisi rumah terbuka yang disertai pelbagai kaum daripada semua lapisan masyarakat negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Syor menteri isytihar harta baik

Posted: 24 Jan 2012 12:48 PM PST

Nasional

Maklumat diserah kepada SPRM perlu dirahsia elak fitnah: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menteri Kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini menteri Kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri.

Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan soal perpaduan dan pembangunan negara. - Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri

"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan berkecuali," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk Menteri Kabinet menyerahkan salinan fail perisytiharan harta mereka dan keluarga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat itu tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.
Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk tidak mahu mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan