Isnin, 23 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Trafik lancar di semua lebuh raya

Posted: 23 Jan 2012 02:35 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan lancar di kedua-dua laluan namun perlahan di beberapa tempat sehingga 5.30 petang.

Menurut Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), terdapat kemalangan di Kilometer 177.9 arah utara dari Bukit Merah ke Bandar Baharu, namun tidak ada penutupan lorong dan trafik bergerak lancar.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik masih perlahan dari Senawang menghala ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah Kuala Lumpur kerana hujan lebat selain dari Sedenak ke Kulai, manakala keadaan dari Putra Mahkota ke arah Seremban sesak. PLUS juga melaporkan trafik bergerak lancar dari Sungai Besi ke Nilai, Seremban, Air Keroh, Yong Peng serta Skudai manakala keadaan di bangunan Sultan Iskandar dan dari Pagoh menuju ke Tangkak adalah semakin lancar.

Selain itu, satu kemalangan di Kilometer 139 dari Pagoh ke Yong Peng menyebabkan trafik bergerak perlahan sehingga tiga kilometer dan pengguna dinasihatkan bersabar dan sentiasa berhati-hati memandu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

BN tidak bincang kepimpinan di Pulau Pinang: Dr Koh

Posted: 23 Jan 2012 02:03 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini berkata isu penyusunan barisan kepimpinan parti gabungan itu di Pulau Pinang, termasuk siapa yang akan menjadi ketuanya, tidak dibangkitkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) November lalu.

Beliau berkata, mengikut perlembagaan parti gabungan itu, sebarang keputusan berhubung perkara tersebut perlu dibuat melalui perundingan dalam kalangan anggota Dewan Tertinggi BN.

"(Perkara) ini tidak dibangkitkan pada mesyuarat November lalu," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini. Dr Koh berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengumumkan barisan kepimpinan BN Pulau Pinang, esok.

Najib dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang di Georgetown, petang esok.

Laporan portal berita berkenaan mendakwa BN akan menamakan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow, sebagai ketua parti gabungn itu di Pulau Pinang, manakala Dr Teng Hock Nan akan terus menyandang jawatan ketua Gerakan negeri dalam usahanya menawan negeri itu daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen