Sabtu, 28 Januari 2012

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Konflik tentera dalam Parlimen

Posted:

Konflik tentera dalam Parlimen

Konflik tentera dalam Parlimen

Ku Seman Ku Hussain


PILIHAN RAYA Mesir yang dianggap demokratik terjejas apabila pemerintah tentera masih menguasai Parlimen.


Parti perikatan Ikhwan Muslimin yang diharamkan pada era rejim bekas Presiden Hosni Mubarak menguasai Parlimen apabila mendapat 47 peratus kerusi Parlimen Mesir. Ini menunjukkan perikatan Ikhwan Muslimin dan parti Kebebasan dan Keadilan memenangi 235 daripada 498 kerusi Parlimen dalam pilihan raya berakhir 23 Januari lalu. Ini merupakan pilihan raya demokratik pertama sejak 60 tahun iaitu selepas era Presiden Anwar Sadat hingga ke era rejim Mubarak.

Pilihan raya ini mempunyai makna sangat besar dalam politik Mesir. Dari satu sudut, ia merintis ke arah pendemokrasian politik selepas era diktator Mubarak. Pada masa yang sama keputusan pilihan raya ini juga mencetuskan konflik apabila tentera masih menguasai Parlimen.

Keengganan pemerintah tentera memberi kuasa penuh kepada Parlimen mencetuskan kemarahan rakyat. Rusuhan anti campur tangan tentera dalam kerajaan mengakibatkan 40 terbunuh pada pusingan pertama pilihan raya November lalu. Tentera melengah-lengahkan peralihan kuasa sepenuhnya kepada Parlimen. Hakikatnya Mesir kini masih bawah undang-undang tentera sekalipun Ikhwan Muslimin telah menguasai Parlimen. Wakil tentera dalam Parlimen baru Mesir menunjukkan Ikhwan Muslimin tidak boleh menjadi kerajaan yang bebas. Buktinya pemerintah tentera, Jeneral Hussein Tantawi telah melantik 10 ahli baru mewakili tentera di Parlimen. Pertembungan kerajaan pilihan rakyat dengan tentera meletakkan Mesir dalam keadaan tegang. Pada masa yang sama golongan liberal akan terus mencetuskan ketegangan apabila golongan salafi perikatan Ikhwan Muslimin yang konservatif Islam menguasai Parlimen.

Mesir terperangkap dalam rusuhan kebangkitan rakyat sejak setahun lalu selepas mendapat semangat dari Tunisia. Dataran Tahrir menjadi mercu tanda perjuangan menuntut demokrasi. Tidak seperti Presiden Libya, Muammar Gaddafi yang sanggup "berjuang hingga mati", Mubarak lebih cepat mengaku kalah. Rakyat Mesir berjaya menumbangkan Mubarak yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan juga Israel. Mesir adalah satu-satunya negara di dunia Arab yang menyokong Israel dan memusuhi Palestin.

Tetapi yang tumbang bersama Mubarak bukanlah AS. Ini kerana apabila melihat kemaraan rakyat menuntut Mubarak dijatuhkan, AS meninggalkan Mubarak walaupun selama ini Mesir sekutu AS dalam agenda penyusunan semula politik Asia Barat. AS beralih menyokong gerakan rakyat dan menyalurkan dana kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan pejuang hak asasi.

Perjanjian

Sebelum ini bekas Presiden, Anwar Sadat meraih Hadiah Nobel Keamanan 1978 kerana menyokong Perjanjian damai negara-negara Arab dengan Israel yang diusahakan oleh bekas Presiden AS, Jimmy Carter. Semua negara Arab menolak pelan damai itu. Anwar Sadat menandatangani perjanjian damai di bawah pelan Camp David dengan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin pada 26 Mac 1979.

Tragedi penutupan sempadan Mesir - Palestin pada 2008 selepas Israel melancarkan serangan atas Palestin membuktikan Mesir menyokong Israel. Ketika itu beribu tan makanan terbiar dan rosak di sempadan kerana pihak berkuasa Mesir menutup laluan ke Palestin. Mubarak adalah orang yang bertanggungjawab atas kekejaman Israel kepada Palestin.

Ini menunjukkan Mesir sejak era Anwar Sadat lagi memusuhi negara Islam terutama Palestin. Maka kemenangan konservatif Islam sudah pasti tidak disenangi AS kerana akan ini memberi tekanan kepada Israel. Mesir akan menjadi negara yang akan ditekan AS kerana kemenangan perikatan Ikhwan Muslimin.

Selepas tercetus kebangkitan rakyat, AS mulai lepas tangan dan Presiden Barack Obama secara terang-terangan mengenepikan Mubarak. Padahal sebelum itu AS menyalurkan tidak kurang AS$1.3 bilion setahun untuk menampung keperluan ketenteraan Mesir.

Maknanya kebangkitan rakyat bukan sepenuhnya kerana kesedaran rakyat. Tetapi ia juga hasil campur tangan asing di sebalik NGO dan kumpulan hak asasi yang dibiaya AS. Menerusi pilihan raya ini AS mengharapkan golongan liberal berjaya membentuk kerajaan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kejayaan golongan salafi perikatan Ikhwan Muslimin bertentangan dengan agenda AS di Mesir.

Cabaran Ikhwan Muslimin untuk mengubah Mesir juga besar. Mesir terperangkap dalam krisis ekonomi berpanjangan sejak era Mubarak lagi. Pada 2010 misalnya kadar pengangguran di Mesir mencatatkan kadar 9 peratus sementara 20 peratus rakyat berada bawah paras kemiskinan. Kadar inflasi pula mencapai 11.1 peratus.

Gerakan kebangkitan rakyat mulanya diterajui oleh pejuang demokrasi Mohamed El Baradei yang pernah memenangi Anugerah Nobel dan bekas diplomat. Sebelum ini banyak pihak membayangkan Mohamed akan menggantikan Mubarak. Malah Mohamed berkempen di seluruh negara sebagai calon Presiden. Tetapi menjelang pilihan raya Mohamed menarik diri kerana protes campur tangan tentera. Tentera tidak mahu melepaskan kuasa sekaligus menjadikan pilihan raya Mesir kali ini tidak bebas dan imej Mesir sebagai "negara tentera" tidak dapat dipadamkan.

Inilah konflik baru yang didepani Mesir selepas merana bawah rejim Mubarak. Penganalisis membayangkan konflik tentera dalam Parlimen akan meletakkan Mesir dalam kedudukan tegang selain menjejaskan tumpuan memulihkan ekonomi. Apa lagi selepas tokoh seperti Mohamed tidak berada dalam senarai ahli Parlimen baru Mesir. Ini belum lagi penentangan terhadap golongan konservatif Islam oleh puak liberal. Parti liberal seperti Al Wafd dan Blok Mesir walaupun hanya meraih 14 peratus undi atau 69 kerusi Parlimen tetapi mampu mencetuskan keadaan tidak stabil.

kempen

Suasana politik yang menyelubungi Mesir ketika ini tidak memberi jaminan wujud kestabilan sekaligus melangkah ke tahap baru. Tidak ada maknanya rakyat memilih pemimpin menerusi sistem yang demokratik tetapi akhirnya tentera menggunakan kuasa veto untuk ke Parlimen. Pada akhir November lalu ketika kempen pilihan raya pusingan pertama, rakyat marah dengan poster di ibu pejabat pemerintah tentera dengan slogan Egypt Above All.

Walaupun jeneral tentera itu menafikan terlibat dengan kempen pilihan raya tetapi banyak pihak percaya tentera akan terus menguasai Parlimen. Buktinya pada pengundian pusingan pertama 28 November lalu, Hussein Tantawi menegaskan, kedudukan tentera dalam Parlimen tidak akan berubah walaupun selepas perlembagaan yang baru digubal.

Persoalannya mampukah perikatan Ikhwan Muslimin mengatasi wakil tentera di Parlimen? Sekiranya tidak, Mesir tidak akan berubah dan demokrasi tidak dapat dipulihkan sekalipun Mubarak telah dijatuhkan dan kini sedang dibicarakan. Setahun telah berlalu tetapi sinar demokrasi masih belum menjelma di Mesir. Adakah ini hukuman kepada Mesir yang mengkhianati jirannya, Palestin?

Full content generated by Get Full RSS.

Rasis dan kroni

Posted:

Rasis dan kroni

Rasis dan kroni

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya.

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua.

DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.

Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen