Isnin, 23 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


2 anak lemas

Posted: 22 Jan 2012 10:17 AM PST

KUANTAN: "Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.

"Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja," kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.


Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.


Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku.

"Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata enam orang lemas dalam kejadian itu dengan dua daripada mereka maut.

Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian.



Full content generated by Get Full RSS.

Aib hari pernikahan

Posted: 22 Jan 2012 10:05 AM PST

GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar 'Datuk' dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini.

Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu.

Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.


Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan