Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Janji pembangkang resipi kehancuran negara - PM

Posted:

Janji pembangkang resipi kehancuran negara - PM

Janji pembangkang resipi kehancuran negara - PM

ARAU 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan negara hanya untuk mencari keuntungan jangka pendek seperti meraih undi pilihan raya.

Perdana Menteri berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, pihaknya sentiasa memastikan kepentingan negara dipelihara dan pada masa sama memastikan usaha jangka pendek dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Kata beliau, dalam mahu meraih sokongan rakyat, kerajaan tidak akan mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan berjanji melakukan segala-galanya seperti dilakukan pembangkang.

''Mungkin kita akan senasib, sebaris dengan beberapa negara lain (di Eropah yang berhadapan masalah ekonomi) jika berjanji (seperti pembangkang).

"Kita bukan hanya nak raih sokongan dalam pilihan raya tetapi tidak mahu merosakkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Kita tadbir negara dengan cekap, membina kekuatan dan kemudian memberi keuntungan kepada rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Tinjauan Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di padang Simpang Empat di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perdana Menteri berkata, kecekapan kerajaan mengurus ekonomi menyaksikan pendapatan negara pada tahun lalu bertambah sebanyak RM26 bilion.

Katanya, prestasi ekonomi yang memberangsangkan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan membolehkan cukai tidak dinaikkan.

''Malah, kita kurangkan lagi (cukai). Bantuan kita tak potong, kita tambah lagi. Subsidi kita kekalkan,'' ujarnya.

Perdana Menteri menambah, ini berbeza dengan parti pembangkang yang hanya boleh berjanji, malah janji mereka tiada hadnya.

Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.

Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.

"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.

"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.

Menurut Najib, dengan pertambahan hasil negara, kerajaan mampu mengagihkan keuntungan kepada rakyat menerusi pelbagai program tanpa perlu membuat pinjaman sama ada dari dalam atau luar negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Nasihat Pas tentang Islam perlu mendapat perkenan MB

Posted:

Nasihat Pas tentang Islam perlu mendapat perkenan MB

Nasihat Pas tentang Islam perlu mendapat perkenan MB

SHAH ALAM 27 Jan. - Penglibatan Pas dalam urusan hal ehwal Islam di Selangor hanya boleh dilakukan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini memegang portfolio berkenaan membenarkannya berbuat demikian.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman menafikan kedudukan parti itu dalam soal perjuangan Islam terjejas berikutan tiada lagi pemimpin mereka diberikan tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam ekoran rombakan portfolio tersebut baru-baru ini.

Kata beliau, situasi sedemikian tidak timbul sama sekali kerana pihaknya masih boleh terlibat dalam urusan hal ehwal Islam di negeri ini daripada segi memberi nasihat atau pun pandangan.

"Tidak ada masalah Menteri Besar memegang jawatan Exco agama. Saya masih ingat kenyataan Abdul Khalid sebelum ini yang menyatakan akan merujuk kepada Pas sekiranya beliau mahu mendapatkan nasihat tertentu.

"Soal sokongan orang Melayu terhadap Pas terjejas, ia tidak timbul kerana keputusan rombakan portfolio itu bukan keputusan Menteri Besar, ia mendapat persetujuan daripada pimpinan Pas pusat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Pas telah kehilangan keyakinan dan sokongan khususnya daripada orang Melayu apabila tiada lagi pemimpinnya memegang pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Ia berikutan pengguguran Dr. Hasan Ali daripada Exco Kerajaan Negeri selepas dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.

Ekoran itu ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi menggantikan Hasan tetapi tidak lagi memegang portfolio Hal Ehwal Islam.

Beliau hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri.

Sebaliknya, tanggungjawab melibatkan Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri diambil alih oleh Abdul Khalid yang ketika ini turut memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan dan Majlis Tindakan Ekonomi negeri.

Dalam pada itu, mengulas tindakan Hasan yang ketika ini aktif mengadakan ceramah umum mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor setelah dipecat daripada Pas, Abdul Rani berkata, ia juga tidak memberi kesan kepada kedudukan Pas di negeri ini.

"Contohnya apabila Hasan buat ceramah di Meru pada 21 Januari lalu, yang datang dekat 1,000 orang. Tetapi kebanyakan yang datang adalah penyokong kita yang nak dengar sendiri apa Hasan cakap dan tidak semestinya mereka menyokong beliau," katanya yang juga ADUN Meru.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd. Ridzwan ketika membaca kenyataan rasmi pada sidang akhbar itu mengecam tindakan Hasan yang didakwanya berpunca selepas ADUN Gombak Setia itu tidak berpuas hati apabila hilang jawatan dan kedudukan dalam Pas.

Beliau mendakwa, oleh kerana tidak mendapat tempat di dalam parti itu, termasuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang, Hasan sanggup menidakkan segala yang pernah disokongnya sebelum ini, termasuk membuat tuduhan tidak berasas kepada Pas.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan