Selasa, 31 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


LPP sasar lahirkan peladang jaya

Posted:

LPP sasar lahirkan peladang jaya

LPP sasar lahirkan peladang jaya

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

MARANG 30 Jan. – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri menyasarkan untuk melahirkan golongan peladang berjaya yang mampu meraih pendapatan RM3,000 sebulan setiap seorang.

Pengarahnya, Shamsuddin Mat Rani berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyasarkan seramai 10 orang peladang seumpama itu dapat dilahirkan di negeri ini pada tahun ini.

Menurutnya, mereka adalah dari kalangan 350 peladang negeri yang dikenal pasti berpotensi mencapai tahap itu dan akan diselia menerusi program usahawan pelaburan peladang yang disediakan oleh kerajaan.

Kata beliau, ketika ini terdapat peladang yang berjaya memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM2,500 sebulan hasil kegiatan perladangan masing-masing.

"LPP akan bantu meningkatkan pendapatan peladang dan sasaran kita ialah untuk melahirkan peladang berpendapatan RM3,000 sebulan melalui penggunaan teknologi serta panduan yang disediakan LPP, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan sebagainya," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Pemimpin Bersama Ahli Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong, dekat sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk Abd. Rahman Bakar.

Pada majlis itu, kira-kira 300 peladang menerima sijil akuan penerima projek kambing, sijil akuan penerima projek Tabung Usaha Niaga Peladang, pengagihan zakat Pertubuhan Peladang selain Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Shamsuddin berharap agar usaha LPP melahirkan peladang berpendapatan RM3,000 sebulan itu dapat dijadikan contoh kepada peladang lain di negeri ini untuk turut sama berjaya dalam sektor tersebut.

"Kita harap mereka ini menjadi contoh serta mentor agar dapat membantu peladang kecil lain dalam meningkatkan pendapatan mereka pada masa akan datang," katanya.

Bagi tujuan itu, jelas beliau, pihaknya turut menyediakan pinjaman maksimum RM50,000 selain kemudahan pinjaman melalui dana kerajaan yang disalurkan menerusi Agro Bank untuk projek ternakan ikan sangkar, ikan hiasan dan penanaman sayuran.

Full content generated by Get Full RSS.

Kelab basikal fixie KFN.21 tarik minat ramai remaja

Posted:

Kelab basikal fixie KFN.21 tarik minat ramai remaja

Kelab basikal fixie KFN.21 tarik minat ramai remaja


Rozi Mamat (bertopi, tengah) bersama sebahagian ahli Kelab Fixie N.21 Telemong yang melakukan kayuhan dari Kampung Kepah ke Dataran Kuala Ping sempena pelancaran kelab itu di Kuala Ping, Hulu Terengganu, baru-baru ini.


HULU TERENGGANU 30 Jan. - Kelibatnya di atas jalan raya sering menjadi tumpuan kerana warna dan bentuknya yang menjadi tarikan sehingga ia menjadi kegilaan remaja.

Aktiviti berbasikal itu kini cuba dihalakan sebagai satu kegiatan yang sihat dan bermanfaat melalui Kelab Fixie Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong (KFN.21), baru-baru ini.

Penasihat kelab itu, Rozi Mamat berkata, penubuhan KFN.21 bagi menarik remaja untuk beriadah secara berkumpula dan mempromosikan aktiviti rekreasi serta menarik mereka dalam gerak kerja kemasyarakatan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri memberitahu, sempena pelancaran kelab itu, pelbagai aktiviti selama dua hari dilakukan seperti kayuhan fixie melalui beberapa kampung.

"Kemeriahan ini turut disertai oleh 120 peminat fixie dari Kelab Ngayoh Kuala Nerus yang turut menyertai program keluarga angkat di Kampung Kepah dan Kampung Tengkawang selama dua hari.

"Mereka turut terlibat dalam program gotong-royong membersihkan kawasan kampung yang pernah dilanda banjir," katanya pada majlis pelancaran kelab itu di Dataran Kuala Ping, dekat sini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ketua UMNO Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Menurutnya, usaha mengumpulkan peminat-peminat aktiviti berbasikal itu berjaya apabila kini sudah mengumpulkan lebih 300 ahli di bawah KFN.21

"Kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada pelajar. Setiap petang mereka akan berkumpul di kampung masing-masing untuk melakukan aktiviti bersama-sama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Program Jom Ngail Geger Sekampung meriah

Posted:

Program Jom Ngail Geger Sekampung meriah

Program Jom Ngail Geger Sekampung meriah


Penduduk memenuhi kawasan tali air berhampiran sawah padi ketika menyertai program Jom Ngail Geger Sekampung di Kampung Air Terjun, Besut, kelmarin.


BESUT 30 Jan. - Kawasan sawah di Kampung Air Terjun/Gong Penaga yang lazimnya sunyi, kelmarin dimeriahkan dengan program Jom Ngail Geger Sekampung.

Lebih 300 peserta pelbagai peringkat usia termasuk wanita memenuhi kawasan tali air yang merentang di sawah bagi menyertai pertandingan memancing itu.

Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Cawangan Besut.

Dalam program riadah itu, mereka mencuba nasib mendapatkan ikan puyu, sepat, haruan dan juga keli.

Pengerusi JKKK berkenaan, Nik Yusuf Nik Lah berkata, program itu sebenarnya diadakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Katanya, selain memancing, turut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan dam aji bagi dewasa.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen