Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


129 saman dikeluarkan

Posted:

129 saman dikeluarkan

129 saman dikeluarkan

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 21 Jan. - Sebanyak 129 notis saman dikeluarkan kepada pengguna kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Tahun Baru Baru Cina oleh pihak berkuasa malam tadi.

Operasi bersepadu yang disasarkan di tujuh lokasi itu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, notis saman itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 408 buah kenderaan yang telah ditahan.

''Terdapat 55 kes yang melibatkan kesalahan berkaitan lesen memandu, 31 kes berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lain-lain kesalahan yang berjaya dikesan pula sebanyak 297 kes.

"Empat buah motosikal turut disita dalam operasi yang bermula dari pukul 8 hingga 12 malam itu dan pihak AADK juga berjaya mengesan 16 pengguna kenderaan yang disyaki terlibat dengan pengambilan dadah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan operasi sekatan jalan raya berhampiran Pantai Batu Burok di sini malam tadi.

Operasi juga ditumpukan di Kampung Batas Baru, Kampung Wakaf Beruas, Dewan Sivik Pasir Panjang, Jalan Tok Kaya, Masjid Durian Burung, Jalan Panji Alam dan jalan berhampiran Hotel Grand Continental di sini.

Ia melibatkan 100 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada 50 anggota JPJ, 40 anggota trafik serta 10 anggota AADK.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Alias Hashim ketika ditemui berkata, sebanyak enam kes kemalangan maut berlaku sepanjang Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina di negeri ini sehingga semalam.

Katanya, sebahagian besar daripada kes itu melibatkan pengguna yang memandu terlalu laju sehingga mengakibatkan kenderaan sukar dikawal sebelum terbabas.

"Justeru, saya nasihatkan kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal supaya sentiasa berhati-hati terutamanya pada waktu kemuncak ini Tahun Baru Cina.

"Ini kerana jumlah kenderaan akan menjadi berlipat kali ganda khususnya di jalan negeri dan jalan bandaran pada waktu berkenaan," ujar beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Beberapa kampung dilanda banjir kilat

Posted:

Beberapa kampung dilanda banjir kilat

Beberapa kampung dilanda banjir kilat


Kanak- kanak bermain air banjir di sebuah kampung selepas Sungai Golok melimpah di Rantau Panjang, kelmarin.


RANTAU PANJANG 21 Jan. - Beberapa buah kampung di daerah ini dilanda banjir selepas air Sungai Golok melimpah melepasi tebing di beberapa tempat sejak petang semalam.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Kajang, Kampung Limau Purut, Kampung Bechah Kaki, Kampung Rahmat dan Kampung Baru Lubok Setol yang dinaiki air sedalam 0.3 hingga 1 meter.

Seorang penduduk, Mohd. Yusof Abdul Rahman, 41, memberitahu, air mula menaiki kawasan sekitar rumahnya di Kampung Bechah Kaki kira-kira pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, kebiasaannya 'air pasang' itu akan mengambil masa selama kira-kira seminggu untuk kembali surut.

"Ini kali keempat kawasan rumah saya dinaiki air tahun ini dan paras air hari ini tidaklah teruk berbanding sebelum ini yang mencecah hampir dua meter," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan sekitar daerah ini pula mendapati, keadaan banjir kilat turut menjejaskan kegiatan harian kebanyakan penduduk di kampung terbabit.

Bencana itu juga menjejaskan kawasan tanaman termasuk kebun sayur-sayuran, sawah padi, getah dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk sebagai punca rezeki.

Bagaimanapun, tinjauan sekitar pekan bebas cukai Rantau Panjang mendapati, aktiviti perniagaan di kawasan itu berjalan lancar berikutan paras air Sungai Golok berhampirannya masih belum melepasi tebing sepenuhnya.

Paras air yang semakin meningkat turut menjejaskan operasi bot-bot penambang yang mengangkut orang ramai berulang-alik menyeberangi Sungai Golok bagi pelbagai urusan.

Full content generated by Get Full RSS.

JPJ akan adakan lebih banyak operasi

Posted:

JPJ akan adakan lebih banyak operasi

JPJ akan adakan lebih banyak operasi

KOTA BHARU 21 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan lebih banyak Operasi Bersepadu Khas sempena musim perayaan ini terutama terhadap penunggang motosikal yang didapati paling banyak melanggar undang-undang jalan raya.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Ghani Che Kasim berkata, operasi membabitkan empat lagi agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu bagi memberi kesedaran kepada penunggang motosikal mengenai aspek keselamatan.

Sementara itu, dalam operasi pertama yang diadakan di beberapa tempat termasuk berhadapan Akademi JPJ Wilayah Timur di sini malam tadi, sebanyak 100 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pelbagai jenis kesalahan.

"Pihak penguat kuasa membuat pemeriksaan terhadap 921 motosikal dan hasilnya 166 diambil tindakan, daripada jumlah itu sejumlah 100 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Kebanyakan kesalahan membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta kesalahan teknikal seperti tiada cermin sisi dan ekzos tidak mengikut peraturan," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.

Operasi bersepadu itu diadakan di beberapa jalan utama sekitar bandar ini iaitu Jalan Kuala Krai, Jalan Pengkalan Chepa menghala pusat bandar dan Kampung Chica di Kubang Kerian.

Pemeriksaan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam itu membabitkan sejumlah 98 anggota daripada lima agensi terlibat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan