Isnin, 16 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Rumah musnah ketika rai Ponggal

Posted:

Rumah musnah ketika rai Ponggal

Rumah musnah ketika rai Ponggal

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
pengarang@utusan.com.my


LAU Lee (dua dari kanan) menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Batu Satu, Jalan Jerantut-Benta, Jerantut, semalam.


JERANTUT 16 Jan. - Kegembiraan dua keluarga meraikan Pesta Ponggal bertukar duka apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Satu, Jalan Jerantut-Benta tengah malam tadi.

Ketika kejadian pukul 12.05 tengah malam itu, mereka tiada di rumah kerana meraikan Pesta Ponggal bersama keluarga masing-masing di sebuah taman perumahan bandar ini.

Keluarga mangsa yang terdiri daripada enam ahli itu kini tinggal sehelai sepinggang dan merayu bantuan kerajaan negeri untuk membaik pulih kediaman yang musnah.

Seorang mangsa, S. Batumalai, 32, berkata, ketika kejadian dia dan isterinya meraikan Pesta Ponggal bersama ibu bapa mereka di taman perumahan tidak jauh dari kampung tersebut.

"Saya diberitahu mengenai kebakaran ini oleh seorang rakan pada pukul 12.15 tengah malam tadi dan bergegas pulang menyelamatkan harta benda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat api marak memusnahkan rumahnya itu.

Jirannya, S. Prasanna, 33, pula berkata, keluarganya tidak bernasib baik pada tahun baru ini kerana semua harta benda dan dokumen penting musnah dalam kejadian malam tadi.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana tragedi ini tidak meragut nyawa isteri dan dua anak kami kerana sewaktu kejadian, kami berada di rumah bapa di taman berdekatan," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kecemasan bernilai RM5,000 kepada keluarga berkenan.

"Saya juga akan melaporkan kejadian ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini supaya bantuan segera dapat disumbangkan kepada mereka," katanya ketika melawat mangsa kebakaran tersebut hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Syarikat lombong usah lepas tangan

Posted:

Syarikat lombong usah lepas tangan

Syarikat lombong usah lepas tangan

KUANTAN 16 Jan. - Syarikat perlombongan di negeri ini diminta tidak bersikap lepas tangan terhadap aduan penduduk berhubung jalan raya yang rosak akibat aktiviti berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kerajaan negeri memandang serius kerana ia melibatkan kesejahteraan penduduk setelah perbelanjaan yang besar dikeluarkan kerajaan untuk membina jalan berkenaan.

''Kita tidak mahu setelah kerajaan mengeluarkan belanja membina jalan raya termasuk di kawasan kampung, akhirnya ia rosak disebabkan menjadi laluan lori milik syarikat perlombongan.

''Sepatutnya pihak industri peka dengan permasalahan ini. Jika ada yang perlu diperbaiki, maka mereka harus bertindak pantas menanganinya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Kumpulan Syarikat Zhong Cheng di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd. Soffi bersama Presiden Kumpulan Syarikat Zhong Cheng, Datuk Seri Tan Hoe Beng menggaul yee sang sepanjang 666 meter sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Yee sang yang mengambil masa 10 jam untuk disiapkan oleh 40 kakitangan syarikat itu kemudiannya dicatatkan sebagai yee sang terpanjang oleh Malaysia Book of Records.

Dalam hal ini, Mohd. Soffi memuji keprihatinan Kumpulan Zhong Cheng yang sedia memikul tanggungjawab setiap kali timbulnya masalah kepada penduduk akibat aktiviti perlombongan syarikat berkenaan.

Katanya, selain diketahui sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk memperbaiki jalan yang rosak akibat digunakan lori syarikat mereka, Zhong Cheng sentiasa bekerjasama dengan penduduk setempat.

''Sebelum ini sebuah kolam di lombong bijih besi milik Zhong Cheng pecah di Sri Jaya. Ini di luar kawalan semua. Namun, mereka bertindak pantas membaiki kerosakan yang berlaku,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan