Khamis, 19 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Awie disantau tuju-tuju

Posted: 18 Jan 2012 10:34 AM PST

IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar 'santau tuju-tuju' kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

"Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.


"Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.


"Saya dimaklumkan ia angkara 'buatan orang' yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Bookie umpan RM100,000

Posted: 18 Jan 2012 10:33 AM PST

KANGAR: Sembilan daripada 11 pemain bola sepak Perlis yang beraksi pada perlawanan pertama menentang Majlis Perbandaran Muar, 9 Januari lalu, dikatakan mengadakan pertemuan dengan seorang ejen bookie yang juga bekas pemain bola sepak tempatan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan perkara itu berkata, dalam pertemuan itu pemain terbabit termasuk awang import baru pasukan Perlis musim ini turut ditawarkan RM100,000 setiap seorang sebagai imbuhan menjual perlawanan.

"Semua pemain itu membabitkan pemain baru dan lama mengadakan pertemuan dengan ejen berkenaan di Alor Setar, Kedah, pada malam sehari sebelum perlawanan pertama menentang MP Muar," katanya pada sidang media di pejabat Yayasan Pok Kassim, di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat itu diperoleh hasil mesyuarat PFA bersama pemain dan pihak pengurusan selepas kekalahan mengejutkan 2-7 Perlis kepada MP Muar.


"Kita mendapat pelbagai maklumat selepas mesyuarat, antaranya pemain termasuk pemain import ditawarkan RM100,000 bagi menjual perlawanan berkenaan, namun mereka menolak tawaran itu.


"Justeru itu, kami tidak menolak kemungkinan semua sembilan pemain yang bertemu dengan ejen bookie itu ada berbincang sesuatu yang mencurigakan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan