Selasa, 31 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Keselesaan, keberkesanan pembelajaran sentiasa jadi keutamaan kerajaan

Posted:

Keselesaan, keberkesanan pembelajaran sentiasa jadi keutamaan kerajaan

Keselesaan, keberkesanan pembelajaran sentiasa jadi keutamaan kerajaan

KUALA KRAU 31 Jan. - Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk pendidikan yang terbaik supaya pelajar dapat mengikuti pengajian dengan berkesan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketika ini terdapat 60 universiti awam dan swasta termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan pelbagai program di peringkat diploma dan ijazah kepada pelajar di negara ini.

"Statistik itu tidak termasuk pelajar mengikuti pengajian lain seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain institusi yang menyediakan kursus lanjutan kepada pelajar.

"Pencapaian itu membuktikan kejayaan kerajaan membangunkan prasarana pendidikan terbaik dengan menjadikan Malaysia hab pendidikan bertaraf dunia," katanya ketika merasmikan Program Selangkah Ke Universiti (SKU) peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang di Bandar Tun Abdul Razak di sini semalam.

Program anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi serta UiTM Pahang itu membabitkan penyertaan 200 pelajar cemerlang dari sekolah terpilih di seluruh negeri ini.

Saifuddin juga memuji usaha Bakti yang menganjurkan program membabitkan pelajar sekolah menengah sebagai motivasi dan memantapkan azam mereka bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui percambahan ilmu, motivasi dan model kejayaan tokoh.

"Program itu secara langsung akan menyediakan maklumat dan peluang kepada mereka dalam memilih bidang yang sesuai mengikut minat serta kelulusan yang mereka perolehi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anugerah Kualiti UiTM jadi milik Pahang

Posted:

Anugerah Kualiti UiTM jadi milik Pahang

Anugerah Kualiti UiTM jadi milik Pahang


Hilmi Ab. Rahman (depan, dua dari kiri) bersama para pensyarah dan kakitangan universiti menunjukkan tanda bagus setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor di UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.


KUALA KRAU 31 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat sejarah apabila dinobatkan juara keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM di kampus induk Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, kejayaan itu dicapai sempena sambutan Bulan Inovasi UiTM yang merupakan program tahunan bagi membina budaya inovasi serta kreativiti pensyarah dalam pelbagai cabang disiplin ilmu.

Menurutnya, pembentangan akhir produk inovasi itu diadakan di kampus induk tersebut membabitkan semua wakil UiTM dari seluruh negara.

"Kejayaan itu meletakkan UiTM Pahang lebih disegani," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, antara anugerah yang diterima oleh kampus itu ialah juara keseluruhan AKNC dengan menerima hadiah RM20,000 serta juara AKNC di peringkat kampus negeri.

Selain itu tambahnya, UiTM kampus Shah Alam turut menerima Anugerah Inovasi, Anugerah Hasil Pencapaian dan Anugerah Tumpuan kepada tenaga kerja.

Jelasnya, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Pahang turut muncul juara keseluruhan KIK Optima, juara KIK Inovasi Proses Terbaik dan juara KIK Inovasi Kaedah P&P terbaik.

"Kejayaan mencapai status juara keseluruhan AKNC dan muncul tempat pertama dalam beberapa pertandingan itu dianggap luar biasa dan memberi kebanggaan kepada warga UiTM Pahang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen