Isnin, 16 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pengguna terima kesan buruk

Posted:

Pengguna terima kesan buruk

Pengguna terima kesan buruk

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


HAZNAH Mohammad terpaksa menggunakan teksi untuk menghantar anaknya, Muhammad Fahmi Faizul Azmi ke sekolah setelah SKMK tidak lagi menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di Bachok, semalam.


BACHOK 15 Jan. - Krisis pengangkutan bas awam di negeri ini mula memberi kesan kepada orang ramai, terutama yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan tersebut setiap hari.

Krisis berlaku selepas pengendali bas Cityliner, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd. (SKMK) memberitahu, operasi di 31 daripada 37 laluannya akan tergendala bermula hari ini, berikutan kerugian teruk dialami syarikat itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di perhentian bas Bachok di sini pagi ini mendapati, ramai pengguna yang terkejut dengan keputusan drastik tersebut menyebabkan ada yang tidak dapat ke tempat kerja selain ramai yang mengalami kelewatan.

Perbezaan tambang yang lebih tinggi sekiranya menaiki teksi berbanding bas turut menjadi faktor paling kritikal sehingga menimbulkan kerisauan kepada mereka yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah.

"Pagi tadi saya tunggu bas, tapi tidak ada satu pun yang lalu sehinggalah ada kawan datang beritahu bas tidak ada lagi, saya pun menumpang keretanya untuk ke tempat kerja.

"Petang ini masa nak balik rumah, saya tidak tahulah mahu tumpang siapa. Saya ada motosikal tetapi tidak ada lesen sebab itulah saya naik bas setiap hari," kata Rosnani Mat Yusof, 25, seorang jurujual yang berasal dari Kampung Pasir Kasar, Sering di sini.

Menurut Rosnani, ibunya, Siti Bidah Hassan juga tidak dapat berniaga di pasar Bachok pagi ini kerana tidak ada kenderaan, malah mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan bas awam untuk ke mana sahaja.

"Mak saya terpaksa tumpangkan sayur kepada makcik saya untuk dijual. Masalah ini juga boleh menggugat pendapatan keluarga saya semoga esok sudah ada bas semula.

"Selalu kalau naik bas cuma perlu bayar tambang RM2 tapi kalau naik teksi tambang boleh sampai RM4 dan bagi orang berpendapatan rendah macam kami memang susah," ujarnya.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim bahawa keputusan itu dibuat berikutan kerugian teruk yang dialami oleh SKMK, anak syarikat KTB.

Tengku Hasmadi turut mendakwa, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri gagal, malah bantuan bulanan RM100,000 kepada SKMK yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah diterima.

Seorang jurujual yang bekerja di Kota Jembal, Kota Bharu, Wan Fairus Wan Zainuddin, 28 pula memberitahu, dia telah sampai di perhentian bas kira-kira pukul 8 pagi tetapi diberitahu tiada bas.

Berikutan itu katanya, dia terpaksa meminta bantuan suaminya yang juga bekerja untuk ke tempat kerja dan sampai lewat satu jam.

Seorang penduduk Kampung Pulau Belangan di sini, Roslina Ismail, 29, turut meluahkan keresahannya dengan perkembangan itu memandangkan dia selalu menaiki bas Cityliner untuk pulang ke kampung asalnya di Tanah Merah.

Full content generated by Get Full RSS.

Yayasan Sultan Kelantan bina tiga rumah keluarga miskin

Posted:

Yayasan Sultan Kelantan bina tiga rumah keluarga miskin

Yayasan Sultan Kelantan bina tiga rumah keluarga miskin


ZAINUDDIN Ibrahim (tengah) melakukan pecah tanah pembinaan rumah Siti Aminah Teh di Kampung Kolam, Gelang Mas, Pasir Mas, semalam.


PASIR MAS 15 Jan. - Yayasan Sultan Kelantan menyalurkan peruntukan RM99,000 untuk pembinaan tiga rumah keluarga miskin dengan kerjasama Malaysia Building Society Bhd. (MBSB).

Tiga keluarga terlibat masing-masing dari daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, bantuan itu merupakan salah satu program kebajikan yang telah dirancang untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, sehingga hari ini masih terdapat 3,000 orang miskin tegar di Kelantan yang perlu dibantu.

"Pembinaan rumah ini akan dilakukan secara berperingkat dan sehingga hari ini Yayasan Sultan Kelantan mempunyai dana RM4.9 juta," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Siti Aminah Teh di Kampung Kolam, Gelang Mas di sini hari ini.

Beliau berkata, yayasan itu juga telah mengadakan kerjasama membina bandar agropolitan di Kesedar Rantau Manis, Gua Musang melibatkan 300 unit rumah serta 300 unit lagi di kampung nelayan Kandis, Bachok.

Selain itu, katanya, yayasan juga mengadakan kerjasama dengan Yayasan Zainuddin untuk membina 100 unit rumah di kampung Apam Lati, Pasir Mas.

"Kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan tanah 10 hektar untuk projek tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Siti Aminah yang juga ibu tunggal dengan lima orang anak berterima kasih kepada Yayasan Sultan Kelantan kerana telah menyumbangkan sebuah rumah kepadanya sekeluarga.

"Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu saya sehingga berjaya memperolehi rumah ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

UMNO Bachok bantu tingkat kecemerlangan pelajar

Posted:

UMNO Bachok bantu tingkat kecemerlangan pelajar

UMNO Bachok bantu tingkat kecemerlangan pelajar

BACHOK 15 Jan. - UMNO Bahagian Bachok akan terus kerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar di daerah itu.

Ketua UMNO bahagian, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerjasama itu termasuk mencari dana untuk pelaksanaan kelas tambahan melibatkan mata pelajaran tertentu, terutama Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, agenda membangunkan pendidikan adalah perjuangan berterusan parti bagi memastikan pelajar di daerah ini mendapat pendidikan sempurna, selaras dengan aspirasi negara melahirkan rakyat berilmu pengetahuan.

Menurutnya, UMNO Bahagian Bachok sejak 2004 berusaha mendapatkan derma bagi mengumpul dana khas untuk mengadakan kelas tuisyen Bahasa Inggeris di 34 sekolah rendah setiap hujung minggu atau di luar waktu persekolahan wajib.

"Langkah ini dilaksanakan selepas mendapati penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan pelajar menjadi punca kemerosotan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kita membelanjakan RM80,000 setahun bagi tujuan itu dan hasilnya Bachok berada di tangga keempat dengan peningkatan 542 pelajar mendapat 5A, manakala 874 pelajar pula memperoleh A dalam mata pelajaran berkenaan.

"UMNO bahagian juga bangga dengan pencapaian cemerlang daerah ini dengan menduduki tangga kedua di negeri ini dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan intensif kepada pelajar cemerlang pada Majlis Jejak Permata Pintar di Kampung Perupuk dekat sini hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tumpuan terhadap pembangunan pendidikan awal persekolahan turut diberikan melalui program motivasi keibubapaan dan penyampaian sumbangan insentif kepada murid-murid prasekolah.

Beliau berkata, bagi memastikan matlamat tersebut dicapai, pemimpin UMNO bahagian dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) sudah diberi taklimat khusus mengenai usaha membangunkan pendidikan di daerah itu.

"Ini usaha yang amat penting untuk membangunkan taraf masyarakat petani dan nelayan di kawasan ini. Perubahan sosio ekonomi dan tahap pemikiran masyarakat akan berubah apabila anak-anak mereka berjaya dalam bidang akademik.

"Usaha ini juga selaras dengan misi Bachok Baru dan Bachok Maju yang merupakan moto perjuangan UMNO bahagian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan