Selasa, 31 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


MAS umum pelantikan pengurusan kanan

Posted: 31 Jan 2012 02:48 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan dua pelantikan ke dalam pasukan pengurusan kanannya.

Azhari Mohd Dahlan, berpengalaman tinggi dalam kejuruteraan profesional dengan pengetahuan mendalam industri penerbangan, menyertai MAS Aerospace Engineering (MAE) sebagai ketua pegawai eksekutif, berkuat kuasa esok.

Sementara itu, Ketua Modal Insan pada masa ini, Raja Azura Raja Mahayuddin, akan meninggalkan MAS pada pertengahan bulan depan. Beliau akan diganti oleh Zahrah Zaid yang akan memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif Modal Insan, berkuat kuasa 8 Februari depan.

Zahrah berpengalaman selama 20 tahun dalam sumber manusia di Asia Pasifik dan Eropah dalam Sime Darby, British American Tobacco dan Danone Group.

Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Pembelajaran & Pembangunan Asia Pasifik di Danone Asia Pte Ltd.

"Kami berharap keupayaan kepimpinan strategik Azhari akan membawa MAE ke puncak yang lebih tinggi dengan memajukan dan menterjemahkan segala strategi menjadi satu keputusan yang paling maksimum.
"Begitu juga, Zahrah dipertanggungjawab untuk menetapkan penanda aras baru untuk Modal Insan MAS memanfaatkan keseluruhan tenaga kerja ke arah mencapai paras tertinggi kejayaan seiring dengan pelaksanaan Rancangan Perniagaan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Harga saham KL ditutup tinggi

Posted: 31 Jan 2012 02:43 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan minat belian lewat.

Peniaga berkata, bursa tempatan ditutup selari dengan pasaran serantau yang lebih tinggi selepas kenyataan menggalakkan oleh Perdana Menteri Greece, Lucas Papademos, bahawa kemajuan ketara sudah dicapai dalam rundingan bersama pemberi kredit swasta dalam menangani krisis hutang negara itu.

"Pasaran kini menunggu pengesahan rasmi bahawa perjanjian mengenai penstrukturan semula hutang sudah dicapai dengan pelabur swasta, dan pakej pembiayaan penyelamat kedua akan disediakan kepada Kerajaan Greece," kata seorang peniaga. FBM KLCI melonjak 7.74 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,521.29 selepas dibuka 3.47 mata lebih tinggi pada 1,517.02 berbanding penutupan semalam.

Indeks Kewangan menokok 17.58 mata kepada 13,442.67, Indeks Perladangan menambah 1.43 mata kepada 8,729.42 dan Indeks Perusahaan meningkat 20.4 mata kepada 2,803.82.

Indeks FBM Emas menokok 46.25 mata kepada 10,587.2 dan Indeks FBM Mid 70 melonjak 25.15 mata kepada 12,159.88 namun Indeks FBM ACE susut 24.9 mata kepada 4,496.59.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 415 berbanding 394 manakala 353 kaunter tidak berubah, 315 tidak diniagakan manakala 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 1.78 bilion saham berbanding 2.307 bilion saham manakala nilai jualan meningkat kepada RM2.18 bilion berbanding RM1.841 bilion semalam.

Bagi saham aktif, Coastal-CA menokok enam sen kepada 9.4 sen dan DRB Hicom-CG meningkat empat sen kepada 22.5 sen manakala Compugates Holdings tidak berubah pada 8.5 sen

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok satu sen kepada RM8.20 dan RM6.67, CIMB menambah dua sen kepada RM6.91 dan Sime Darby menambah lima sen kepada RM9.14.

Dagangan Cybertowers dihentikan mulai 4.12 petang hari ini dan akan disambung pada Khamis.

Sementara itu, Greenyield akan berpindah ke Pasaran Utama daripada Pasaran ACE pada 8 Februari.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 952.52 juta saham benilai RM2.05 bilion berbanding 1.18 bilion saham bernilai RM1.66 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACR turun kepada 229.15 juta unit bernilai RM38.86 juta berbanding 452.77 juta unit bernilai RM75.194 juta.

Waran susut kepada 599.31 juta unit bernilai RM87.96 juta berbanding 670.182 juta saham bernilai RM102.406 juta.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 110.29 juta saham, barangan perusahaan 181.61 juta, pembinaan 48.24 juta, perdagangan dan perkhidmatan 323.01 juta, teknologi 38.01 juta, infrastruktur 38.09 juta, kewangan 81.42 juta, hotel 484,500, hartanah 73.51 juta, perladangan 34.57 juta, perlombongan 25,000, REIT 7.51 juta dan dana tertutup 192,000. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen