Ahad, 29 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


200 ahli Pas keluar parti

Posted:

200 ahli Pas keluar parti

200 ahli Pas keluar parti

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my


Mohd. Isa Samad menerima 200 borang permohonan bekas ahli Pas daripada Rasidi Sobri sambil diperhatikan Mohd. Tajudin Abdulah (tiga dari kanan) untuk menyertai UMNO di Sik, Kedah, kelmarin. – BERNAMA


SIK 28 Jan. - Seramai 200 ahli Pas Felda Teloi Timur di sini mengambil tindakan keluar parti selepas kecewa dengan perjuangan parti itu yang dianggap tidak lagi berteraskan perjuangan asal menegakkan syiar Islam.

Bekas Setiausaha Cawangan Pas Felda Teloi Timur, Shahril Yahya, 43, yang mewakili ahli tersebut berkata, mereka juga kecewa dengan janji-janji kosong pemimpin parti berkenaan.

Beliau menegaskan, kebanyakan ahli parti bosan dengan janji untuk mempertahankan agama Islam sebaliknya bersekongkol dengan parti pembangkang lain.

"Kami kecewa kerana Pas tidak lagi mahu memperjuang dan mempertahankan kesucian Islam sebaliknya sanggup bersama DAP," katanya pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO yang disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdulah seterusnya kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad di Dewan Serbaguna Felda Teloi Timur dekat sini, semalam.

Tambah Shahril, mereka memilih UMNO kerana sedar dan yakin hanya parti itu mampu membawa kemajuan dan pembangunan Islam di negara ini dan bukannya Pas.

Shahril turut mendedahkan selama 18 tahun berada dalam parti Pas sudah sampai masanya ahli Pas keluar dan menyokong UMNO.

Ketua Penerangan Pas cawangan itu, Rasidi Sobri, 35, berkata, dia berasa dipermainkan apabila Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP semata-mata.

Katanya, kebanyakan pemimpin Pas tidak lagi memperjuangkan prinsip Islam dan tidak konsisten dengan perjuangan asal parti itu kerana terikut-ikut dengan parti pembangkang lain sekali gus menyebabkan ahli Pas begitu kecewa.

"Sebaliknya tindak tanduk UMNO yang mampu membawa perubahan besar kepada perjuangan memartabatkan Islam dapat dilihat dengan jelas," katanya.

Sementara itu, Mohd. Tajuddin berkata, sejak sebulan lalu, beberapa ahli Pas di Parlimen itu termasuk melibatkan saudara terdekat Ahli Parlimen Pas kawasan itu, Che Uda Che Nik membuat keputusan keluar parti.

"Kekesalan dengan Pas amat nyata dan seramai 61 ahli saudara terdekat Ahli Parlimen berkenaan bertindak keluar parti baru-baru ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perda peruntukan RM300,000

Posted:

Perda peruntukan RM300,000

Perda peruntukan RM300,000


JAHARA Abdul Hamid (dua dari kiri) bertanya kepada salah seorang penerima bantuan ekonomi kecil selepas menerima khemah dan peralatan perniagaan di Pulau Pinang, kelmarin.


TASEK GELUGOR 28 Jan. – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membantu 93 penerima bantuan ekonomi kecil di seluruh negeri pada tahun lalu.

Pengarah Pembangunan Insan Perda, Zolkhifli Mohamad berkata, ia meliputi pelbagai jenis bantuan termasuk peralatan dan mesin yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi setiap penerima yang kebanyakannya adalah golongan miskin.

"Setiap bantuan yang diberikan berbentuk bantuan kecil bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan kita berharap mereka akan dapat menambah jumlah pendapatan dari semasa ke semasa.

"Selain itu, Perda dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan berkunjung semula ke premis dan rumah penerima bantuan bagi memantau perkembangan mereka," katanya pada program Tanya Khabar di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid dan Penolong Pegawai Pertanian RISDA negeri, Nurul Haida Mohd. Nordin.

Antara objektif utama program itu adalah mengenalpasti bentuk bantuan tambahan yang diperlukan oleh penerima tersebut bagi mengembangkan perniagaan mereka pada masa depan.

Zolkhifli berkata, pihaknya mensasarkan untuk membantu 120 lagi penerima bantuan sepanjang tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM500,000 namun, jumlahnya bergantung kepada bentuk bantuan yang diperlukan oleh setiap penerima.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat lelaki hampir reput ditemui

Posted:

Mayat lelaki hampir reput ditemui

Mayat lelaki hampir reput ditemui

TASEK GELUGOR 28 Jan. - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Tepi Sungai, Padang Menora di sini sejak 10 hari lalu akhirnya terungkai apabila mereka menemui mayat yang hampir reput di dalam sebuah rumah di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, berdasarkan keadaan mayat, pihaknya percaya lelaki itu meninggal dunia lebih 10 hari lalu.

"Mayat itu ditemui pada pukul 12.15 tengah hari. Pemeriksaan mendapati lelaki itu tinggal seorang diri di rumah pusaka milik keluarganya.

"Menurut maklumat ahli keluarganya, mangsa menghidap penyakit jantung dan kita percaya kematiannya tiada unsur jenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan