Khamis, 19 Januari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Shahrizat fail saman RM100j

Posted:

Shahrizat fail saman RM100j

Shahrizat fail saman RM100j

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


PEGUAM Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Shahrizat Abdul Jalil tiba di mahkamah untuk memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mohd. Rafizi dan Zuraida masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan, Shahrizat selaku plaintif mendakwa Mohd. Rafizi dan Zuraida telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC sedangkan menteri itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Agro-Science yang diterajui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah merupakan syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC.

Tender projek yang mempunyai impak tinggi itu pada mulanya dianugerahkan secara bersama kepada Agro-Science dan sebuah lagi syarikat, Lamberts Agriculture Trade Sdn. Bhd. namun syarikat terbabit telah menarik diri sebelum penyerahan rasmi dibuat.

Sharizat yang sedang bercuti rehat selama tiga minggu mendakwa, ahli-ahli parti politik pembangkang itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di beberapa lokasi termasuk di lobi Parlimen yang dikatakan bertujuan mengecam NFC, suami dan keluarganya.

Kenyataan-kenyataan lisan itu didakwa telah disiarkan di pelbagai laman sesawang termasuk portal propembangkang seperti www.keadilandaily.com.

Mohd. Rafizi juga didakwa telah mengeluarkan beberapa artikel di laman blog beliau, www.rafiziramli.com.

Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat telah memberi gambaran bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFC diserahkan kepada Agro-Science.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan secara lisan yang turut disiarkan di laman-laman sesawang, blog, Twitter, Youtube dan sebagainya, Shahrizat mendakwa beliau telah menanggung kecederaan terhadap reputasi dan nama baiknya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO, menteri, ahli Dewan Negara, individu dan sebagai seorang muslim.

Beliau turut mendakwa terpaksa menanggung malu, keresahan mental, keaiban di dalam dan luar negara ekoran kenyataan-kenyataan berbaur fitnah tersebut.

Oleh yang demikian, menteri terbabit menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta.

Selain itu, Shahrizat memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang kenyataan bertulis atau lisan terhadap dirinya atau lain-lain perkara yang melibatkan NFC mahupun syarikat-syarikat bersekutunya.

Turut dituntut adalah faedah, kos guaman dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada niat jahat - Razak

Posted:

Ada niat jahat - Razak

Ada niat jahat - Razak

PETALING JAYA 19 Jan. - "Ada niat jahat daripada saksi pertama iaitu suami kepada tertuduh pertama (Selamah Sahudin) untuk memerangkap saya dan isterinya.''

Demikian kata pelakon Razak Ahmad hari ini semasa membacakan hujahan bertulis berhubung kes khalwat yang dihadapinya di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Menurut pelakon itu lagi, kejadian itu sengaja diada-adakan sedangkan tidak wujud perkara-perkara tidak bermoral seperti yang didakwa ketika mereka ditangkap.

Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 45, hadir ke mahkamah seorang diri untuk mengemukakan hujahan bertulis di akhir kes pembelaan.

Difahamkan, peguamnya Mohammad Azman Karim tidak dapat hadir kerana ada urusan di Pulau Pinang.

Dalam hujahan tersebut, Razak turut menegaskan bahawa tujuan utama dia ke stor tempat menyimpan pakaian di Seri Kembangan itu dengan niat mencuba pakaian yang ditaja oleh wanita terbabit.

Justeru itu, tidak wujud satu kelakuan atau perbuatan tidak bermoral sebaliknya yang wujud hanyalah pertemuan di antara orang yang ditaja dan orang yang menaja.

"Takkan nak cuba pakaian di kawasan orang ramai, perbuatan itu lagi tidak bermoral," katanya.

Menurutnya lagi, mahkamah perlu mengambil kira bahawa golongan artis sepertinya mempunyai waktu yang tidak tetap dan jadual kerja yang tidak menentu.

"Walaupun waktu ketika kejadian dilihat tidak relevan untuk mencuba dan mengambil baju yang ditaja, namun ia relevan untuk golongan seperti saya yang jadual waktunya tidak menentu," jelasnya.

Razak didakwa berada bersama Selamah, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Ketika pertama kali didakwa pada 14 September tahun yang sama, pelakon itu memohon dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu.

Jika sabit kesalahan, Razak boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Wan Mahyuddin kemudiannya menetapkan 1 Mac depan untuk giliran Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan hujahan bertulis.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan