Isnin, 16 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kastam rampas dadah bernilai RM4.87 juta di KLIA dari 1-15 Januari

Posted: 16 Jan 2012 03:11 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Sebanyak 19.5 kilogram dadah bernilai RM4.87 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh 1 Januari sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib, berkata enam warga asing terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan sepanjang tempoh tersebut.

"Keadaan seperti ini jelas menimbulkan kerisauan kepada pihak Kastam kerana hampir setiap hari berlaku penyeludupan dadah di KLIA, oleh itu kami sangat berharap supaya orang ramai dapat bekerjasama dan membantu kami dalam memberikan maklumat bagi menangani perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Zainul berkata, kira-kira 8 pagi semalam, dadah jenis Syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 yang diletakkan di dalam empat botol Sea Salt dirampas daripada lelaki warga Iran dan Kazakhstan, masing-masing berusia 24 tahun.

Katanya, anggota Kastam yang melihat kedua-dua suspek membawa sebuah beg bersaiz sederhana dan apabila diminta untuk diimbas serta diperiksa, mereka menafikan beg itu milik mereka.

"Selepas diimbas ia menampakkan imej yang meragukan dan hasil pemeriksaan anggota Kastam kemudian mendapati terdapat empat botol Sea Salt dan satu bungkus plastik berisi dadah jenis syabu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kastam turut merampas dadah seberat 16.07 kilogram dalam kes berasingan membabitkan penahanan tiga lelaki warga Turki pada 1 Januari dan seorang wanita warga Iran pada 7 Januari lalu, katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Zambry serah kepada polis siasat kes bakar poster

Posted: 16 Jan 2012 02:49 AM PST

Mutakhir

PARIT BUNTAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di sini, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

Beliau berkata, tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).

"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir'. Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat. "Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di sini hari ini.

Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad, pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan