Isnin, 23 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM10j bantu usahawan Pahang

Posted:

RM10j bantu usahawan Pahang

RM10j bantu usahawan Pahang

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


IBRAHIM Ahmad (tengah) menyaksikan Mohd. Shafie Apdal menyampaikan beg sekolah sumbangan Yayasan Bank Rakyat kepada pelajar miskin sempena Program Mesra Rakyat di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.


JERANTUT 23 Jan. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM10 juta untuk program keusahawanan dan pembasmian kemiskinan di negeri ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ahmad, berkata, projek itu melibatkan 1,000 peserta yang diberi latihan dan lot perniagaan masing-masing.

"Di daerah Jerantut sahaja, Mara memperuntukkan RM4.2 juta untuk 172 peserta melalui program keusahawanan, Program Basmi Kemiskinan, Program Usahawan Teknikal (Putek) dan pembiayaan perniagaan.

"Ini antara usaha kami untuk memajukan usahawan bumiputera dan komuniti luar bandar menerusi transformasi sosial dan ekonomi yang digariskan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat yang dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di sini kelmarin.

Pada majlis itu juga, Ibrahim turut mengiringi Mohd. Shafie menyampaikan beg sekolah kepada 100 pelajar miskin luar bandar di daerah ini sumbangan Yayasan Bank Rakyat.

Menurut Ibrahim, 550 peserta di negeri ini telah diberi latihan asas pembentukan usahawan dengan melibatkan peruntukan RM545,725.

"Agihan peruntukan terbanyak, iaitu RM8.6 juta untuk bantuan membasmi kemiskinan menerusi program Mikro PBT, Rangkai Niaga, program teknikal, ibu tunggal dan usahawan Bistari Ayamas," katanya.

Ibrahim berkata, program bersepadu keusahawanan Mara bertujuan memacu peluang dalam perniagaan, menyediakan tapak, modal, latihan pemasaran dan juga berperanan sebagai agensi penjenamaan sesuatu produk.

Sehubungan itu, katanya, Mara juga telah melatih 20 peserta yang terlibat dengan Skim Khidmat Nasihat Perniagaan dan Skim Putek sejak tahun lalu di negeri ini.

"Kita juga telah menyewakan 480 lot premis kepada usahawan berkenaan untuk membuka perniagaan masing-masing di bawah khidmat bimbingan Mara dan Persatuan Peniaga dan Penjaja di tempat masing-masing," katanya.

Tambah beliau, Mara juga menawarkan pinjaman untuk 44 peniaga dan penjaja kecil di negeri ini dengan peruntukan RM290,000 di bawah Program Usahawan Kecil Dinamik tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tingkatkan pemahaman sistem Raja Berperlembagaan

Posted:

Tingkatkan pemahaman sistem Raja Berperlembagaan

Tingkatkan pemahaman sistem Raja Berperlembagaan

KUALA LIPIS 23 Jan. - Rakyat negeri ini perlu mendalami pengetahuan mengenai sistem Raja Berperlembagaan kerana ia dapat menyedarkan mereka betapa pentingnya perpaduan, khususnya dalam mempertahankan kedudukan agama dan Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Sharom Osman berkata, institusi raja merupakan kedudukan tertinggi di negara ini bagi melindungi agama Islam dan umat Melayu yang perlu difahami sepenuhnya oleh generasi muda hari ini.

Beliau berkata, selain itu peribadi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan para kerabatnya yang sinonim dengan panggilan 'raja berjiwa rak-yat' kerana kerap 'turun padang' ke kampung dan pedalaman menyelami masalah penduduk antara contoh kedaulatan monarki Melayu yang wajar diteladani oleh semua pihak.

"Perwatakan baginda dan anggota kerabatnya berangkat 'turun padang' dalam semua majlis dan ketika bencana alam, menzahirkan nilai kemanusiaan antara pemerintah dan rakyat.

"Pengalaman dan pengetahuan juga boleh ditajamkan menerusi pembacaan buku-buku biografi berkenaan baginda yang faktanya ditulis mengenai sistem monarki Melayu dan kecemerlangan pemerintahan negeri ini," katanya.

Mohamad Shahrom berkata kepada pemberita selepas majlis penerangan dasar kerajaan dan penyampaian buku 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' kepada 90 ketua kampung dan ketua jabatan kerajaan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Ketua Kampung Daerah Lipis, Datuk Abdullah Sulaiman.

Buku setebal 271 muka surat itu ditulis oleh Datuk Halim Ibrahim yang menceritakan tentang susur galur Kesultanan Pahang yang merupakan kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut beliau, sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diasaskan atas keutamaan kedaulatan raja dan rakyat yang saling memahami dan menghormati cita-cita dan persepsi masing-masing.

"Ruang lingkup peranan istana dengan rakyat perlu lebih dekat lagi dalam kancah global apabila kesultanan Melayu merupakan tunjang yang kukuh membina jati diri bangsa Melayu dan kesucian Islam berasaskan Perlembagaan untuk berdepan dengan cabaran akan datang.

"Konsep Raja dan Rakyat Berpisah Tiada wajar disuburkan khususnya antara segmen yang penting diterapkan menerusi sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah.

"Dalam usaha kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi pembangunan, kedaulatan raja-raja Melayu menjadi panduan serta dorongan untuk membina asas perpaduan dan kerjasama memajukan negeri ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nelayan gembira dapat bantuan baik pulih rumah

Posted:

Nelayan gembira dapat bantuan baik pulih rumah

Nelayan gembira dapat bantuan baik pulih rumah

KUANTAN 23 Jan. - Masyarakat nelayan, terutama di kawasan Perkampungan Nelayan Tanjung Lumpur di sini gembira dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, terutama peruntukan RM5,000 ke RM10,000 untuk membaik pulih rumah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, di Kuantan sahaja, terdapat kira-kira 4,000 nelayan berdaftar yang sememangnya menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

"Melalui Program Ihsan Samudera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tanjung Lumpur kelmarin, masyarakat nelayan terutama di sini telah diberi pelbagai bantuan seperti bot, enjin, pukat dan bantuan baik pulih rumah mereka.

"Mereka cukup gembira dan berterima kasih kepada kerajaan, cuma apa yang diharapkan bantuan yang diberikan itu berterusan bagi memastikan kehidupan mereka terus terbela terutama kumpulan nelayan pesisir pantai atau tradisional," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Perdana Menteri kelmarin melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Perkampungan Tanjung Lumpur di sini yang bertujuan membantu masyarakat nelayan di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Wan Adnan berharap, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat pelbagai inisiatif bagi memastikan bantuan kepada masyarakat nelayan berterusan.

Nelayan yang ditemui, Tuan Zulkarnain Tuan Sulong, 36, berkata, dia bersyukur kepada Allah SWT kerana penantian masyarakat nelayan selama ini, terutama di Perkampungan Tanjung Lumpur tidak sia-sia.

"Sudah lama masyarakat nelayan di sini menantikan bantuan daripada kerajaan dan kini Perdana Menteri telah merealisasikannya," katanya.

Seorang lagi nelayan, Mohamad Abdullah, 70, pula berkata, dia berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin dengan nasib masyarakat nelayan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan