Khamis, 19 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Tender terbuka untuk selenggara jalan persekutuan mulai tahun ini: Shaziman

Posted: 19 Jan 2012 02:36 AM PST

Mutakhir

TAMPIN: Bermula tahun ini, kerja menyelenggara jalan persekutuan yang baru dibina di seluruh negara akan dibuka kepada semua kontraktor berkelayakan menerusi tender terbuka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata langkah itu bagi memberi peluang kepada syarikat lain menguruskan tugas berkenaan yang pada masa ini hanya dilakukan tiga syarikat konsesi.

"Setakat ini, semua kerja menyelenggara jalan persekutuan yang melibatkan jarak 14,100km di seluruh Semenanjung hanya dijalankan oleh tiga syarikat konsesi yang dilantik sejak 2001," katanya kepada pemberita selepas penyerahan Baucar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia, di sini hari ini. Shaziman berkata langkah itu bagaimanapun hanya membabitkan jalan persekutuan yang baru atau akan dibina, manakala jalan sedia ada masih diselenggara syarikat konsesi terbabit.

"Kontraktor yang mampu memberikan harga terbaik serta berupaya menjalankan kerja dengan baik dan berkualiti, kita akan memberikan kerja ini kepada mereka. Pada masa yang sama syarikat konsesi sedia ada ini pun layak memohon sekiranya harga mereka berpatutan," katanya.

Shaziman berkata bagi tempoh 10 tahun ini, sekitar 2,300 kilometer jalan persekutuan telah dibina dan perlu diselenggara.

Tahun lalu sahaja kerajaan membelanjakan hampir RM500 juta kepada tiga syarikat konsesi sedia ada yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan secara berjadual dan berkala, katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Warga India ditahan cuba seludup ketamin

Posted: 19 Jan 2012 02:36 AM PST

Mutakhir

GEORGETOWN: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) hari ini menahan seorang warganegara India di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana cuba menyeludup masuk dadah.

Lelaki berumur sekitar 30-an itu ditahan sebaik tiba di lapangan kira-kira jam 8 pagi tadi.

Dipercayai suspek terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Dadah itu dianggarkan bernilai melebihi RM100,000. Sumber KDRM memberitahu suspek ditahan untuk pemeriksaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Pihak kastam kemudiannya mendapati beg pakaian yang dibawa suspek melebihi daripada berat biasa dan apabila diperiksa ditemui ketamin seberat 3 kilogram di ruang khas di dalam beg yang diubah suai itu.

Timbalan Pengarah KDRM Pulau Pinang, R Mariappa mengesahkan kes berkenaan.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan