Selasa, 31 Januari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Wilayah Persekutuan cermin wajah Malaysia

Posted: 31 Jan 2012 03:53 PM PST

Nasional

Najib ajak rakyat berganding lonjak pembangunan

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan sebagai 'penampilan' negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Wilayah Persekutuan adalah cermin wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.

"Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara. "Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat.

"Wilayah Persekutuan bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari," katanya dalam perutusan Hari Wilayah 2012 yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, semalam.

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap 1 Februari.

Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak dan keluarga mereka.
"Marilah kita jadikan impian ini satu realiti. Bagi menggarap masa depan itu, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama bergerak ke arah apa direncanakan," katanya. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

CUEPACS ancam buat sendiri

Posted: 31 Jan 2012 03:52 PM PST

Nasional

KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan.

Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam. "Kertas kerja itu amat penting kerana ia adalah berdasarkan lima tuntutan utama yang dibangkitkan CUEPACS minggu lalu untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim SBPA.

"Jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan pegawai CUEPACS dan 13 wakil kesatuan gabungan termasuk kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), persatuan akademik dan profesional.

"Jika pasukan petugas khas semakan semula SBPA diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian..., CUEPACS pula akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh tiga minggu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya pada Mac ini," katanya di sini, semalam.

Lima tuntutan CUEPACS adalah mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus serta menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.
Omar berkata, CUEPACS juga akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berhubung penyertaan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan sekerja dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA.

Sementara itu, Pengerusi pasukan petugas khas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan kerajaan dalam menyempurnakan penambahbaikan mengenai skim berkenaan.

"Kita mengalu-alukan sebarang idea untuk penambahbaikan SBPA, jika CUEPACS menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka juga kemungkinan mempunyai pandangan atau idea tersendiri," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan