Isnin, 16 Januari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Eksekutif berdepan tuduhan palsu cek

Posted:

Eksekutif berdepan tuduhan palsu cek

Eksekutif berdepan tuduhan palsu cek

SHAH ALAM 16 Jan. - Seorang eksekutif akaun wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 26 pertuduhan memalsukan cek milik sebuah syarikat dan 26 lagi menggunakan cek yang dipalsukan, membabitkan transaksi berjumlah RM1.7 juta.

Bagaimanapun, Aliah Fadzillah Wan Abdullah, 38, kini mengandung tujuh bulan, yang didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 10 Feb dan 27 Mei 2009, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, dia memalsukan cek Syarikat Orion Orchard Sdn. Bhd. yang beralamat di Jalan Tiara, Bandar Baru Klang dan menggunakannya di cawangan Maybank Berhad dan RHB Bank Berhad di sini.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan Aliah Fadzillah diikat jamin sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Beliau juga mengarahkan tertuduh melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan mulai Februari di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Shah Alam.

Bagaimanapun, Aliah Fadzillah dikecualikan daripada berbuat demikian selama dua bulan mulai tarikh dia bersalin namun penjaminnya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abd Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM500,000.

Tertuduh kemudian meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa menyara tiga orang anak.

Aliah Fadzillah juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini, dia didakwa di Mahkamah Sesyen lain dan dikenakan ikat jamin RM200,000.

Bagaimanapun, Asma Nadiah berkata, kes tertuduh di mahkamah lain adalah kes berbeza.

Mahkamah kemudiannya bersetuju menerima jaminan dalam bentuk cagaran hartanah milik bapa saudara Aliah Fadzillah.

Bagaimanapun, tertuduh terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Seksyen 6 di sini kerana kaunter pembayaran di Pejabat Pendaftar Mahkamah telah ditutup. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan