Ahad, 29 Januari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


20,000 dapat rumah

Posted: 28 Jan 2012 02:41 PM PST

MukaDepan

Penyewa DBKL bakal miliki kediaman: Najib

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memiliki rumah yang disewa apabila Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) beroperasi mulai 1 Mac.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka, di sini, semalam, mengumumkan skim khas itu bagi mengatasi masalah keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan pinjaman, sekali gus membantu mereka memiliki rumah.

Katanya, Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu bersetuju dengan skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. "Skim ini akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Saya yakin dengan skim ini, penyewa akan lebih mudah membeli dan memiliki rumah serta dapat mengatasi pelbagai kerenah dalam memperoleh pinjaman yang dihadapi selama ini," katanya.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalannya, Datuk M Saravanan; dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Mengulas pembangunan pada peringkat Kuala Lumpur, Najib berkata, peruntukan bagi pelaksanaan beberapa projek di ibu negara di bawah inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley mencecah RM1.49 bilion, tahun ini.
"Melalui Program Transformasi Ekonomi, kerajaan bertekad merubah wajah Kuala Lumpur dan Lembah Klang sehingga muncul antara 20 bandar raya dunia yang berdaya huni pada 2020 melalui inisiatif Greater Kuala Lumpur/Klang Valley," katanya.

Secara keseluruhan, katanya, Wilayah Persekutuan adalah cerminan wajah masa depan Malaysia, dan ia perlu menjadi contoh terbaik atau `showcase' kepada bentuk perancangan pembangunan yang menyeluruh dan bertanggungjawab, serta pelaksanaan pembangunan dengan amalan terbaik.

"Gejala negatif yang sering dikaitkan dengan proses urbanisasi harus dielakkan. Kreativiti dan inovasi perlu menjadi `hallmark' kepada falsafah pembangunan di wilayah ini. Pembangunan tidak harus sesekali dilihat secara satu dimensi, sebaliknya bersepadu mengambil kira persoalan manusiawi, alam sekitar dan nilai estetika," katanya sambil menyeru pembabitan semua pihak untuk melonjakkan kemajuan serta menjayakan usaha mengukuhkan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pula, katanya, kerajaan menetapkan hala tuju pembangunan berasaskan tiga teras utama, iaitu sebagai hab atau pusat perdagangan industri minyak dan gas; pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa; serta destinasi pelancongan tersohor.

Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya akan terus mengekalkan ciri bandar pintar hijau, terurus serta tersusun dengan sistem perbandaran moden dan efisien, malah beliau bangga kawasan itu bukan saja pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, tetapi juga terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan.

Sementara itu, Datuk Raja Nong Chik berkata, kebanyakan penyewa rumah DBKL adalah warga tua yang tiada pendapatan tetap dan sesetengahnya sudah disenarai hitam institusi kewangan, menyebabkan tidak layak mendapat pinjaman bank.

"Kementerian dengan bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan akan menjadi orang tengah bagi membantu mereka menguruskan pinjaman menerusi skim ini. Pembiayaan akan diberi secara mudah tanpa memerlukan pembayaran pendahuluan, selain kadar faedah

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lim kim peu

Saya sokong penuh penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dibenarkan membeli rumah yang mereka sedang sewa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semua penyewa adalah miskin kerana tidak mampu menyewa rumah-rumah swasta dan tidak mampu membeli rumah-rumah swasta kerana mahal. Dengan pelaksanaan kerajaan membenarkan semua penyewa rumah PPR / PA dibenarkan membeli rumah-rumah adalah baik dan dialu-alukan kerana semua penyewa boleh memilik rumah murah masing-masing. Impian semua penyewa rumah PPR / PA untuk memiliki rumah masing-masing tercapai dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada Hari Wilayah Persekutuan.

mohd sharol nyizam

salam,ini adalah satu usaha yang baik,tahniah kami ucapkan buat pm kita di atas segala usaha yang beliau usahakan.


Full content generated by Get Full RSS.

Anak sangka ibu tidur dalam bilik

Posted: 28 Jan 2012 02:38 PM PST

MukaDepan

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut  dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.

MELAKA TENGAH: Seorang ibu yang keluar berjalan kaki mencari dua anaknya yang belum pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam, maut dalam keadaan menyayat hati dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tun Teja, Cheng dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Rosmariah Mohamad, 34, ibu empat anak berusia antara 12 hingga 16 tahun, mati di tempat kejadian selepas kepalanya pecah dan cebisan otak tercampak dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Rumah Pangsa Cheng Mutiara selepas bimbang keselamatan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bermain futsal di pusat sukan, kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada jam 10.30 malam kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah, berkata siasatan unit forensik terhadap kes itu menemui cermin sisi kenderaan yang tercabut dipercayai selepas melanggar mangsa selain beberapa pokok patah berhampiran lokasi.

"Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok dan pagar berhampiran, sebelum terhumban ke dalam longkang.

"Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian, apabila suami mangsa, Samad Saliman, 37, duduk di sebelah jenazah isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yassin.
Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, mangsa meninggalkan dua lagi anak, Mohd Isyazwan Firdaus, 16 dan Mohd Nor Syarin, 13.

Samad berkata, dia yang tidur hanya menyedari isterinya tiada di rumah pada kira-kira jam 4 pagi dan keluar mencarinya.

"Saya gagal menemuinya dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 5 pagi. Ketika bersiap untuk keluar mencarinya semula pada jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran ada mayat dalam longkang.

"Saya terus berlari ke tempat kejadian dan sedih sungguh apabila melihat mayat itu adalah isteri saya," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anaknya yang keluar bermain futsal pulang ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi, tidak menyangka Rosmariah keluar mencari mereka dan beranggapan ibu mereka tidur di bilik.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan