Jumaat, 20 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Peluk Islam bukan jadi Melayu

Posted:

Peluk Islam bukan jadi Melayu

Peluk Islam bukan jadi Melayu

Oleh NOOR HANIS HARUNutusanN9@utusan.com.my


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menyampaikan cenderamata kepada saudara baru, Nur Rasyikah Ooi Abdullah selepas melafazkan kalimah syahadah pada majlis perasmian Kompleks Al Saadah di Rahang, dekat Seremban, semalam.


SEREMBAN 19 Jan. - Usaha berdakwah yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bukan bertujuan memecah-belahkan keharmonian keluarga mereka yang memeluk Islam.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memeluk Islam bukannya bermaksud mereka yang terlibat menjadi Melayu dan hubungan dengan keluarga putus.

"Mereka tetap kekal meneruskan kehidupan dengan nama, bahasa dan budaya masing-masing selagi tidak bercanggah dengan Islam," katanya dalam ucapan sempena pelancaran kompleks untuk golongan mualaf, Kompleks Al Saadah di Rahang dekat sini hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melancarkan kompleks itu. Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mohamad turut menjelaskan, dengan wujudnya kompleks berkenaan ia diharap dapat menjadi pusat kecemerlangan saudara baru di negeri ini sebagaimana cemerlangnya penyebaran Islam di negara China suatu ketika dahulu.

"Ini merupakan julung kali satu kompleks khusus bagi keperluan golongan mualaf dibina dalam skala besar di bawah peruntukan Program Pembangunan Hartanah Wakaf Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dilaksanakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan dibiayai bersama melalui peruntukan Dana Zakat MAINS," jelas Mohamad.

Katanya, sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk projek ini di mana RM4.5 juta adalah dari peruntukan di bawah RMK-9 yang disalurkan melalui Jawhar manakala RM3.2 juta daripada peruntukan MAINS.

Mengenai isu murtad pula, Mohamad menjelaskan, di negeri ini ia tidak begitu kritikal sebagaimana dilaporkan.

"Jumlah permohonan yang tinggi disebabkan negeri ini merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai peruntukan penentuan status agama dan sebab itu semua kes didaftar dan direkodkan.

"Sebenarnya jumlah yang berjaya dipulih dan diberi kaunseling jauh lebih ramai daripada jumlah permohonan yang diterima, manakala Unit Rundingcara Akidah di Jabatan Mufti negeri telah ditubuhkan sejak 2002 lagi bagi mengatasi masalah ini," tegasnya.

Kompleks Al Saadah dibina menggunakan reka bentuk bangunan Cina dan kini menjadi pusat agama bagi golongan mualaf yang berjumlah hampir 2,000 orang dengan dua persatuan saudara baru beroperasi di situ iaitu Muslim Revert Association (MRA) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Saudara baru terharu lafaz kalimah shahadah, peluk Islam

Posted:

Saudara baru terharu lafaz kalimah shahadah, peluk Islam

Saudara baru terharu lafaz kalimah shahadah, peluk Islam

SEREMBAN 19 Jan. - Pergaulan dengan rakan sebaya yang beragama Islam sejak dari kecil menjadi dorongan kepada lapan saudara baru melafazkan kalimah syahadah pada majlis perasmian Kompleks Al Saadah di sini hari ini.

Kesemua mereka berbuat demikian dengan disaksikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seorang saudara baru, Mohd. Rosli Tan Abdullah, 38, bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk Islam sejak sekian lama akhirnya tercapai.

"Semua ahli keluarga tidak menyokong keputusan saya untuk bertukar kepada agama Islam. Saya mengenali Islam sejak kecil hasil pergaulan dengan rakan sebaya. Alhamdulillah, kini mereka semua (keluarga) sudah boleh menerima.

"Selain ilmu pengetahuan dan maklumat yang lengkap, dorongan daripada pendidik dari pusat dakwah negeri ini juga banyak membantu saya untuk memeluk agama suci ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Rosli ditemui selepas Tuanku Muhriz berkenan menyempurnakan perasmian kompleks golongan mualaf, Kompleks Al Saadah di Rahang dekat sini hari ini.

Sementara itu pemuda Orang Asli, Suhaimie Akai, 20, memberitahu, hatinya sudah lama terbuka untuk menjadi seorang Islam, namun faktor umur menjadi penghalang.

"Saya memang bertekad memeluk agama Islam lebih awal tetapi untuk membuat keputusan sendiri, usia saya perlu melebihi 18 tahun seperti yang disyaratkan.

"Hari ini saya bersyukur kepada Allah kerana dilimpahkan rahmat memeluk agama Islam. Saya tidak dapat berkata apa-apa, ia seperti dilahirkan semua ke dunia ini," ujarnya.

Dalam pada itu pasangan suami isteri, Mohd. Shah Merican, 55, dan Normala Thevi Abdullah, 36, berkata, usaha yang dilakukan kerajaan mewujudkan pusat mualaf itu dapat membantu orang sepertinya mendekati Islam dengan lebih baik.

"Selepas memeluk Islam, kami perlukan bimbingan cahaya Islam dapat menyerapi hati kami. Di pusat inilah kami dapat mendalami ilmu Islam dengan lebih tersusun dengan iktikad yang betul," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Arah cabut logo halal tidak diiktiraf Jakim

Posted:

Arah cabut logo halal tidak diiktiraf Jakim

Arah cabut logo halal tidak diiktiraf Jakim


Seorang pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya di Seremban 2 menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf selepas premis itu diperiksa pihak berkuasa kelmarin.


SEREMBAN 19 Jan. - Sebanyak lima premis makanan di pusat beli-belah di Seremban 2 di sini diarah mencabut logo halal yang dipamerkan di premis mereka kerana tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas premis berkenaan diperiksa oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jakim dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, kesemua premis yang diperiksa itu didapati menggunakan logo halal swasta dan tidak diiktiraf oleh Jakim.

Menurutnya, notis amaran telah dikeluarkan kepada pengusaha terbabit supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit.

"Kami menjelaskan kepada pengusaha terbabit tentang kesalahan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf kerana menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 yang baru dikuatkuasakan.

"Kami juga telah menasihati mereka supaya memohon logo halal Jakim dan memberi amaran tegas sekiranya mereka masih ingkar dengan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf," katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam pemeriksaan itu semua pengusaha premis makanan terbabit memberi kerjasama yang baik dan mereka berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

"Buat masa ini kami masih lagi dalam proses mendidik pengusaha premis makanan berhubung pentingnya memohon sijil halal Jakim dan memberitahu mereka tentang undang-undang baru ini.

"Kami akan mengambil tindakan tegas selepas berasakan sudah cukup masa diberikan kepada mereka ini termasuk mengheret pengusaha yang degil ke mahkamah," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan