Selasa, 31 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Buruh ladang ‘ustaz’

Posted: 30 Jan 2012 10:29 AM PST

KUALA LUMPUR: "Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu," kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.

Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.

Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Hasil daripada aktiviti perladangan dan derma yang dikutip pelajar tahfiz itu dimasukkan ke sebuah tabung khas yang dikendalikan bahagian sumber manusia pusat itu.


Mendedahkan kekayaan luar biasa pengasas pusat tahfiz itu, Kamal berkata dia antara pelajar terawal direkrut untuk mengumpul dana hasil kutipan derma daripada masyarakat termasuk menjual produk, hiasan ayat al-Quran, herba, kalendar dan minyak gosok kepada orang ramai di merata lokasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Beri salam bedil perut

Posted: 30 Jan 2012 10:29 AM PST

PASIR MAS: Seorang daripada empat lelaki bertopengkan kain pelekat memberi salam sebelum melarikan barangan berharga dan sebuah kereta dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang perompak turut melepaskan satu das tembakan terkena bahagian kanan perut seorang penghuni rumah berkenaan.

Mangsa tembakan, Che Asmah Che Awang, 50, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suami mangsa, Mohamad Lawi Dollah, 53, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama empat ahli keluarganya termasuk isteri, anak lelaki berusia 26 tahun, menantu serta seorang cucu berusia tiga tahun berada di rumah.


Katanya, sebelum kejadian, dia sedang tidur, namun terjaga selepas mendengar bunyi orang memberi salam di luar rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan