Sabtu, 21 Januari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki tidur di surau rentung

Posted: 20 Jan 2012 03:00 PM PST

GOMBAK: "Amir baru seminggu datang dari Indonesia untuk melawat abangnya dan tinggal di dalam surau di kedai perabot saya. Namun dia gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam selepas terperangkap," kata Hermanto, 26, pemilik kedai yang musnah dalam kebakaran di Taman Industri Bolton, Gombak, dekat sini, pagi semalam.

Dia berkata, Amir yang berusia 20-an, menumpang sementara di surau itu namun tidak menyangka dia rentung dalam kebakaran itu.


Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi pekerja yang menyedari kebakaran itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, tujuh kedai terbakar malah dua kereta dan empat motosikal yang diletakkan berhampiran turut musnah dalam kebakaran itu.


Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Ali, 20-an berkata, ketika kejadian itu dia sedang menonton televisyen di belakang salah sebuah kedai itu sebelum terkejut apabila mendapati tiba-tiba api marak.


"Sebaik melihat api marak, saya terus melarikan diri kerana bimbang terperangkap dalam kebakaran itu," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.35 pagi dan tiba di tempat kejadian 12 minit kemudian sebelum mengawal kebakaran jam 5 pagi.



Full content generated by Get Full RSS.

Penganjur perlu hormati Islam

Posted: 20 Jan 2012 03:00 PM PST

SHAH ALAM: "Pihak penganjur sepatutnya menghormati syariat Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat dalam apa jua aktiviti riadah.

"Mereka (penganjur) harus faham yang Islam melarang aktiviti riadah yang mempertontonkan aurat kepada umum dan ia tindakan yang betul apabila kanak-kanak itu menutup aurat sewaktu menyertai pertandingan renang," kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.


Beliau berkata, peserta pertandingan renang itu juga bercampur antara lelaki dan perempuan selain apa-apa jua unsur pendedahan aurat adalah haram sama sekali.

"Dalam Islam sendiri menegah umatnya menyertai apa jua kejohanan jika memerlukan mereka membuka aurat kerana perkara itu haram dan berdosa," katanya sewaktu dihubungi semalam.


Beliau berkata, jika terdapat unsur pendedahan aurat dikhuatiri akan mendorong kepada perkara maksiat melibatkan pihak yang menonton dan peserta kejohanan renang itu.



Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen