Ahad, 22 Januari 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


2 pemuda maut, motosikal bertembung lori

Posted:

2 pemuda maut, motosikal bertembung lori

2 pemuda maut, motosikal bertembung lori

22/01/2012 6:27pm

SUNGAI PETANI — Dua pemuda maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Batu 13, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata, kejadian berlaku pada 8.05 pagi apabila motosikal dinaiki Muhamad Shamrin Rojali, 19, dan Mohamad Izhar Che Saad, 16, bertembung sebuah lori yang membawa tong ikan dari arah bertentangan setelah melalui selekoh tajam.

"Motosikal datang dari arah Sungai Petani menghala ke Kuala Ketil dan ketika sampai di selekoh tajam, ia telah termasuk ke laluan lori di arah bertentangan.

"Penunggang dipercayai gagal mengelak sehingga berlaku pertembungan dengan bahagian depan sebelah kanan lori berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Hashim berkata mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita Thai cuba seludup ganja

Posted:

Wanita Thai cuba seludup ganja

Wanita Thai cuba seludup ganja

22/01/2012 6:25pm

ALOR SETAR — Polis mematahkan satu lagi cubaan wanita Thai menyeludup dadah menerusi stesen bas Shahab Perdana di sini.

Ini berikutan penahan seorang wanita Thai berumur 31 tahun bersama-sama 23.7 kilogram ganja bernilai RM67,000 kira-kira 8.45 malam tadi.

Ini merupakan kes ketiga dalam tempoh dua bulan di mana wanita Thai ditahan kerana cuba menyeludup ganja menerusi stesen bas yang sama.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam kes terbaru itu, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri ketika dipercayai hendak menaiki bas ke Kuala Lumpur.

"Suspek masuk ke negara ini melalui sempadan Bukit Kayu Hitam dan menaiki bas dari Changlun ke Shahab Perdana, dipercayai hendak menukar bas untuk ke Kuala Lumpur.

"Polis menemui 24 ketulan mampat dipercayai ganja dalam dua beg yang dibawa suspek dan percaya dadah ini hendak dibawa ke Lembah Klang untuk diserahkan kepada sindiket di sana," katanya dalam sidang media di sini hari ini. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Cermin kereta dipecah penyamun

Posted:

Cermin kereta dipecah penyamun

Cermin kereta dipecah penyamun

22/01/2012 3:23pm

SEREMBAN — Penduduk rumah pangsa Lobak, Jalan Tan Sri Manickavasagam, di sini, mengalami kerugian apabila sekumpulan lelaki memecahkan cermin kereta milik mereka yang diletakkan di tepi jalan, dalam satu kejadian awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, penduduk mendakwa kumpulan terbabit dikatakan mencari seseorang di rumah pangsa terbabit namun apabila gagal menemuinya, mereka bertindak memecahkan cermin 28 buah kereta yang diletak di tepi jalan berhampiran rumah pangsa berkenaan.

Seorang penduduk, Liew Yoon Tiam, 36, mendakwa ketika kejadian dia sedang tidur, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Dia kemudian melihat keluar rumah dan mendapati sekumpulan lelaki sedang memecahkan cermin kenderaan penduduk.

"Ada lebih kurang 20 hingga 30 orang naik motosikal datang ke kawasan ini macam sedang mencari orang. Kemudian mereka pecahkan cermin kereta penduduk," katanya yang mengalami kerugian kerana cermin keretanya turut dipecahkan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen