Rabu, 18 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UUM edar 27,020 baucar buku

Posted:

UUM edar 27,020 baucar buku

UUM edar 27,020 baucar buku

KUBANG PASU 17 Jan. - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengedarkan 27,020 baucar buku kepada para pelajarnya di Dewan Penginapan Pelajar di kampus masing-masing di UUM di sini, semalam.

Pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Simpanan Nasional (BSN), Shahrin Ahmad berkata, baucer bernilai RM200 seorang itu diberikan kepada pelajar tempatan yang berdaftar dan masih aktif antara 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

"Setiap pelajar menerima empat baucar RM50 yang mempunyai tempoh sah sehingga 31 Mac 2012," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian baucar itu.

Shahrin berkata, pelajar DPP BSN seramai 714 orang adalah antara 27,020 pelajar kampus itu yang telah dikemukakan oleh pihak UUM untuk menerima baucer buku itu.

Beliau berharap, pelajar yang menerima baucar ini akan menggunakan sebaik mungkin untuk membeli buku berdasarkan keperluan mereka.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan baucar itu bagi meringankan beban kos untuk membeli buku untuk pembelajaran mereka.

Muhammad Irfan Saharzam, 19, pelajar semester satu Program Sarjana Muda Undang-Undang berkata, baucer berkenaan akan membantunya bagi membeli buku yang akan digunakan dalam pelajarannya nanti.

"Buku undang-undang kebanyakannya terlalu mahal dan baucer RM200 ini cukup melegakan untuk digunakan membeli buku kegunaan saya nanti," katanya.

Pelajar lain, Vaani Ulaganathan, 22, berkata, baucer berkenaan pastinya akan membantu beliau untuk menambah koleksi buku bagi dalam pembelajaran.

"Sebelum ini saya terpaksa meminjam buku di perpustakaan dan kini dengan baucer itu memudahkan saya untuk membeli buku yang diperlukan," kata pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Antarabangsa itu.

Pelajar semester lima Program Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan), Luar Kooi Gai 22, pula berkata, baucer RM200 itu membantunya untuk menambahkan koleksi buku pembelajaran.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana mendapat baucer ini dan akan menggunakan sebaik mungkin," katanya yang tinggal di DPP BSN.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar INTI terus cemerlang

Posted:

Pelajar INTI terus cemerlang

Pelajar INTI terus cemerlang


PARA pelajar INTI International College Penang gembira apabila tersenarai antara Pelajar Cemerlang 2011 bagi sijil New South Wales Higher School Certificate di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Jan. - Seramai 22 orang pelajar Kolej Antarabangsa INTI (IICP) berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam kursus New South Wales Higher School Certificate (NSW HSC).

Paling menonjol ialah Tania Loke Suat Mei yang cemerlang bagi kelima-lima subjek yang diambilnya dan menerima anugerah perdana bagi Pingat Kecemerlangan Keseluruhan.

Suat Mei mendapat pencapaian terbaik bagi kertas Kimia, Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, Matematik Sambungan 1, Matematik Sambungan 2 dan Fizik.

Pelajar itu turut mendapat markah Australian Tertiary Admission Rank (ATAR) 99.55 dan akan melanjutkan pengajian dalam dua bidang iaitu Fizik dan Sains Politik di University of Western Australia.

Empat pelajar lain yang turut mendapat keputusan cemerlang ialah Lai Yuanrui (Kimia, Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan Matematik Sambungan 1), Darryl Lim Jun Zhi (Kimia, Matematik dan Fizik), Lim Sook Yin (Kimia, Matematik Sambungan 1 dan Matematik Sambungan 2) dan Yap Meng Hui (Kimia, Matematik dan Matematik Sambungan 1).

Naib Presiden Pengajian Pra-Universiti INTI, Mary Ng berkata, sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan pelajar IICP berjaya mendapat skor A bagi semua subjek yang diambil.

"Kelulusan 100 peratus dicatat bagi lapan subjek iaitu Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Biologi, Kimia, Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, Matematik Sambungan 1, Matematik Sambungan 2 dan Fizik).

"Paling membanggakan, pelajar-pelajar di sini telah berjaya mencapai markah kelulusan yang tertinggi di dunia bagi 10 subjek iaitu Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Biologi, Kimia, Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, Proses & Teknologi Maklumat, Fizik, Matematik, Matematik Sambungan 1 dan Matematik Sambungan 2," katanya.

Kursus NSW HSC dianggap kelayakan matrikulasi Australia yang berprestij dengan lebih 66,000 orang calon mengikuti program itu pada tahun ini.

Menurut Ng, menjadi kelaziman apabila menamatkan kursus itu, lebih daripada 25 peratus pelajarnya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti ternama seperti University of Melbourne, University of New South Wales, University of Adelaide, Monash University dan juga di institusi tempatan seperti International Medical University, Penang Medical College, Melaka-Manipal Medical College dan Monash University Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Pensyarah PUO menang cipta tema Hari Inovasi

Posted:

Pensyarah PUO menang cipta tema Hari Inovasi

Pensyarah PUO menang cipta tema Hari Inovasi


AHMAD Sid Hijaz Md. Said (kanan) menerima hadiah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim selepas memenangi tempat pertama pertandingan mencipta tema Hari Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, baru-baru ini.


IPOH 17 Jan. - Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini mencatat kejayaan membanggakan apabila hasil rekaan pensyarahnya terpilih memenangi tempat pertama dalam pertandingan mencipta tema Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak baru-baru ini.

Pertandingan melibatkan 121 penyertaan itu diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Pensyarah Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam PUO, Ahmad Sid Hijaz Md. Said dipilih sebagai pemenang selepas tema ciptaannya, Budaya Inovasi Berjaya Aspirasi menarik perhatian jawatankuasa penilai pertandingan.

Dalam pertandingan itu, Ahmad Sid Hijaz berjaya menewaskan 227 slogan bertemakan inovasi yang dikemukakan peserta lain.

Ahmad Sid Hijaz ketika ditemui berkata, tema yang diciptanya itu membawa maksud membudayakan inovasi di dalam setiap lapangan, agar aspirasi pemodenan negara dan kesepaduan bangsa 1Malaysia berjaya dilaksanakan.

"Idea ini tercetus sewaktu melihat poster Aspirasi 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak ditampal di dewan kuliah dan sekitar kampus," katanya.

Menurutnya, pertandingan tersebut menuntut peserta supaya memfokuskan penggunaan perkataan 'inovasi' dan isu-isu semasa Perkhidmatan Awam.

Panel Penilai Jawatankuasa Kecil Pertandingan telah ditubuhkan bagi memilih pemenang manakala 10 ciptaan tema terbaik menerima hadiah sagu hati.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan