Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


68 calon dapat semua A

Posted:

68 calon dapat semua A

68 calon dapat semua A

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Mohammad Hazraf Hakim Khan dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dijulang oleh rakan-rakannya selepas mendapat 9A+ selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 di Kangar, semalam. - utusan/Faizal Abu Hassan HASSAN


KANGAR 23 Mac - Perlis mencatat pencapaian terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan 68 pelajarnya memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat ketika mengumumkan keputusan tersebut berkata, jumlah itu memperlihatkan peningkatan lima pelajar berbanding 2009 iaitu 63 pelajar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu lima pelajar memperoleh keputusan A+ dalam semua mata pelajaran.

Mereka ialah Muhammad Farhan Mohamad Nadzam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, Arau (11A+); Lee Ze Chen dari SMK Derma (11A+), Loo Chang Zhi dan Tan Jia Ern Chris dari sekolah yang sama dengan keputusan 10A+ serta Mohammad Hazraf Hakim Khan dari SM Sains Tuanku Syed Putra, memperoleh 9A+.

Mansor berkata, Perlis juga merekodkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan catatan 0.07 peratus iaitu daripada 5.56 peratus pada 2009 kepada 5.63 peratus.

"Selain itu, tujuh sekolah mencatat keputusan 100 peratus iaitu kekal seperti 2009," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM 2010 di SM Sains Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Menurut beliau, prestasi sekolah luar bandar turut memberangsangkan apabila lima pelajar dari empat sekolah mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Sekolah-sekolah berkenaan yang belum pernah mencatat keputusan sedemikian ialah SMK Syed Saffi dengan dua pelajar dan masing-masing seorang pelajar di SMK Syed Sirajuddin, SMK Kuala Perlis dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.

Selain itu, kata beliau, tiga mata pelajaran melepasi prestasi pencapaian peringkat kebangsaan iaitu Sejarah (76 peratus), Bahasa Arab Tinggi (92.21 peratus) dan Kimia mencatat 96.7 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+

Posted:

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+


Pasangan kembar, Nor Aini Muhammad (kanan) yang mendapat keputusan 8A,2C dan kembarnya Nor Ain Muhammad 6A,2B dan 1C menunjukkan keputusan SPM yang diperolehi mereka di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 23 Mac - Sembilan pelajar di negeri ini berjaya meraih gred cemerlang tertinggi A+ dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Saad berkata, tiga sekolah berjaya mencatat kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Berasrama Penuh Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

"Sebanyak 59 mata pelajaran mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding 55 mata pelajaran pada 2009.

"Seramai 31,761 orang calon layak mendapat sijil dan peratus pencapaian Kedah ialah 49 peratus serta meningkat 2.91 peratus daripada 46.09 peratus tahun lalu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, 36,548 pelajar menduduki SPM 2010 dan seramai 451 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

Tambahnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 43 orang berbanding 408 pada keputusan SPM 2009.

"Gred purata keseluruhan SPM Negeri Kedah 2010 ialah 5.392 berbanding 5.560 pada tahun 2009.

"Sebanyak 11 buah sekolah berjaya mencapai gred purata antara 0.0 hingga 3.0," katanya.

Jelas Abdullah, sebahagian besar sekolah di Kedah berada dalam kategori sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

"Sekolah berpotensi hanya lima buah sahaja dan ini menggambarkan tahap pencapaian sekolah semakin meningkat ke arah berprestasi tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memperkaya pengetahuan pelajar

Posted:

Memperkaya pengetahuan pelajar

Memperkaya pengetahuan pelajar

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

TAMBUN 23 Mac - Cuti penggal persekolahan sememangnya menjadi saat yang dinantikan dalam kalendar seorang pelajar kerana pada waktu itu pasti pelbagai aktiviti yang direncanakan akan dilaksanakan.

Tidak ketinggalan dalam merancakkan waktu luang yang ditunggu saban tahun itu, Lost World Of Tambun (LWOT) menganjurkan program perkelahan untuk keluarga dinamakan Lost World Junior Ranger baru-baru ini.

Program yang diadakan selepas setahun ia dilancarkan itu disertai oleh kira-kira 100 peserta yang juga dikenali sebagai renjer bersama keluarga masing-masing.

Berlatarbelakangkan Tasik Cermin, semua renjer disajikan dengan pelbagai acara menarik yang disusun sepanjang sehari program itu berlangsung.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho berkata, pihaknya menyarankan ibu bapa terutama yang menetap di kawasan ini supaya tidak melepaskan peluang mendaftarkan anak mereka menyertai program tersebut.

Katanya, menerusi program itu kanak-kanak dan remaja berpeluang mempelajari segala-galanya mengenai asal-usul, makanan, sifat, habitat dan penjagaan haiwan yang terdapat di taman tema air itu.

Jelasnya, sehingga kini 79 kanak-kanak dan remaja menyertai program berkenaan dan pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat tidak lama lagi.

"Keahlian Program Junior Ranger ini terbuka kepada mereka yang berumur antara enam hingga 16 tahun dengan yuran dikenakan RM200 setahun.

"Selain mendapat uniform khas renjer, peserta program ini boleh berkunjung ke mini zoo di sini pada bila-bila masa secara percuma dan mempelajari apa jua yang berkaitan dengan haiwan kesukaan masing-masing," katanya.

Disajikan keindahan panorama gua batu kapur sepanjang program berlangsung, LWOT menyediakan aktiviti seperti cara penjagaan haiwan dengan betul, persembahan ular kapak, rusuk kerbau, kapak tokong dan tedung senduk selain haiwan lain seperti burung kakak tua dan feret.

Menurutnya, program itu menarik kerana ia membantu kanak-kanak mempelajari mengenai haiwan peliharaan dengan lebih mendalam yang tidak dapat dipelajari melalui buku.

"Apabila sudah lama belajar, mereka akan menjadi pakar tentang haiwan. Kemudian mereka akan diberikan ujian dalam bentuk objektif dan pengucapan awam kepada pengunjung.

"Jika lulus, mereka akan dikurniakan lencana. Program ini mempunyai beberapa pangkat iaitu Junior Ranger, Junior Ranger I, Junior Ranger II dan Junior Master Ranger," katanya.

Menurutnya, ibu bapa tidak perlu risau kerana LWOT mempunyai dua renjer utama yang menyelia Junior Ranger sepanjang peserta berada di taman tema air itu.

Eksekutif Pemasaran Hospital Pantai Ipoh, Rashilawati Abdul Latiff, berkata, beliau akan terus memberi galakan kepada dua anaknya yang telah menyertai program tersebut Ogos lalu.

"Banyak perubahan dalam diri dua anak saya selepas menyertai program ini dan jika mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti lain hujung minggu, di sinilah tempat mereka melepak," katanya.

Peserta terawal yang menyertai program tersebut, M. Rishikesh, 10, mengakui semakin berani dan teruja untuk membelai apa jua haiwan yang terdapat di LWOT termasuk ular sawa.

Pelajar tahun empat Sekolah Kebangsaan Lebuh Cator itu berkata, penglibatan dalam program tersebut dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains yang amat diminatinya.

"Di LWOT kami diberi tunjuk ajar mengenali haiwan dengan lebih dekat dan saya mula menyukai dan menyayangi haiwan sejak terlibat dalam program ini.

"Selain itu, menerusi pendedahan yang ditimba sepanjang menjadi renjer ia membantu saya dalam teknik pengucapan awam untuk persediaan berhadapan dengan pengunjung," katanya yang bercita-cita menjadi saintis.

Siti Nur Aqilah Mohammad, 13, yang berasal dari Lenggong pula sanggup mengharungi perjalanan kira-kira dua jam bagi mengikuti program itu.

Katanya, melalui program tersebut dia dapat mengenali ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya mempunyai ramai kenalan setelah menyertai program ini. Selain menambah pengetahuan mengenai haiwan, saya juga dapat mengasah kemahiran menggunakan bahasa Cina dalam pergaulan bersama rakan-rakan di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan