Utusan Online - Selatan |
Posted: Belajar menyelamat dalam airOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI RASAH 11 Mac – Mungkin ramai antara kita yang tidak mempunyai pengalaman cukup apatah lagi mempunyai teknik asas keselamatan dalam air apabila berlaku kecemasan. Malah ada juga persepsi di antara kita yang seringkali memandang sebelah mata mengenai aspek keselamatan dalam air memandangkan kes-kes seperti lemas jarang berlaku di kawasan mereka. Pun begitu bagi mereka yang menyedari kepentingan aspek ini, perkara seperti ini harus dijadikan sebagai asas bagi membolehkan segala bentuk bantuan dapat dihulurkan dan ia perlu bermula di peringkat kanak-kanak. Bagi tujuan itu, program Aquakids merupakan salah satu platform terbaik bagi kanak-kanak mendalami serta bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini. Program bersama-sama Yayasan Murad anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-Kwan) di adakan di Kompleks Sukan Seremban 2 dekat sini, melibatkan seramai 20 anak yatim yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun. Presiden i-Kwan, Muhammad Rais Yeop Johari memberitahu, aktiviti amal itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu mengenai teknik asas berenang di samping membina keyakinan diri mereka. ''Seperti mana yang kita ketahui peluang belajar asas renang ini selain memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini dapat mengelak risiko lemas sekali gus menguji tahap kecergasan mereka. ''Pelbagai langkah keselamatan telah dibuat yang mana para pelajar yang mengikuti program ini dilengkapi dengan jaket keselamatan sebelum diajar teknik asas renang dan risiko lemas secara individu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Ditanya mengenai kursus yang diadakan selama dua hari itu, Muhammad Rais menjelaskan kanak-kanak itu turut diberi pendedahan berkenaan risiko semasa berada di dalam air dan teknik-teknik survival sekiranya berlaku kecemasan. Tambahnya, program yang mendapat kerjasama Yayasan Murad dan Dolphin Swimming Academy (DSA) itu juga mampu memupuk minat terhadap aktiviti sukan air seperti renang dan sebagainya. Sementara itu, Pengasas Yayasan Murad, Prof. Datuk Abdul Murad Ahmad melihat penganjuran program amal itu yang disifatkannya amat berlainan berbanding program yang lazimnya dianjurkan untuk anak yatim. ''Kita amat mengalu-alukan program seperti ini kerana ia dilihat mempunyai manfaat yang besar bukan sekadar berseronok akan tetapi ia berguna sekali terutamanya pada waktu kecemasan. ''Malah program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim yang tidak pernah merasai kehidupan yang dilalui oleh anak yang mempunyai keluarga," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Program yang menyeronokkanAbdUL Murad Ahmad (barisan belakang, lima dari kiri) dan Muhamad Rais Yeop Johari (barisan belakang, enam dari kiri) bersama sebahagian anak-anak yatim pada Program Aquakids di Kompleks Sukan Seremban 2, baru-baru ini. RASAH 11 Mac - Perasaan gembira selain ceria nyata menyelubungi hati anak-anak yatim di bawah naungan Yayasan Murad yang menyertai program Aquakids bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini. Bagi mereka peluang ini merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan apatah lagi ia adalah satu manfaat besar apabila berlaku sebarang kecemasan kelak. Bagi Mohd. Hakiman Sudirman, 11, peluang yang diberikan ini amat sukar sekali diperoleh apatah lagi beliau baru sahaja mempelajari teknik untuk berenang di dalam air. ''Memang saya rasa cukup bertuah. Tidak pernah saya terfikir untuk menyertai program seperti ini dan ia cukup menyeronokkan. ''Bagi saya inilah pengalaman cukup berharga dan saya berasa berbangga untuk menyertai program seperti ini," katanya di sini baru-baru ini. Sementara itu, rakannya, Dian Suhailah Abdillah, 12, berkata, inilah kali pertama dia memasuki kolam renang dan lebih menyeronokkan pengalaman itu turut dikongsi oleh rakan-rakannya yang lain. ''Pada masa sama, saya juga diajar bagaimana untuk berenang kerana saya tidak tahu asas mengenainya. Bagi saya ia cukup memberikan manfaat kepada saya. ''Malah tidak semua orang mempunyai peluang seperti apa yang saya perolehi hari ini," katanya. Sementara itu, Mohd. Haziq Abd. Razak pula berkata, peluang seperti ini menimbulkan rasa minatnya untuk menceburi sukan renang dan menyimpan hasrat untuk menjadi perenang terkemuka negara. ''Bukan itu sahaja teknik yang saya perolehi ini juga diharap boleh membantu orang lain dalam kesusahan lebih-lebih lagi ketika ada orang lemas sama ada di laut ataupun sungai. ''Walaupun pada awalnya saya berasa takut untuk terapung di dalam air namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar. ''Tidak mustahil saya juga akan menjadi perenang terbaik satu hari nanti," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rumah penghulu Natar jadi inap desa Posted: Rumah penghulu Natar jadi inap desaOleh NORIZAN ABDUL MUHID
JASIN 11 Mac - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang berusia kira-kira 180 tahun di Merlimau di sini menjadi produk pelancongan inap desa sekali gus membantu menambah pendapatan kepada waris keluarga terbabit. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, keunikan dan populariti rumah tradisional Penghulu Md. Natar wajar dikomersialkan melalui program inap desa selaras dengan imej Melaka sebagai negeri pelancongan. Menurutnya, usaha itu selain meningkatkan pencapaian industri pelancongan negeri, ia turut menyumbang kepada pendapatan negeri dalam sektor berkenaan. ''Amat wajar keunikan dan keistimewaan rumah ini diketengahkan kepada masyarakat luar terutama pelancong asing yang belum pernah melihat sendiri rumah kampung tradisional seperti yang terdapat pada rumah tradisional Penghulu Md. Natar," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Jati Diri Seni Warisan Melaka di Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar, Merlimau di sini baru-baru ini. Rumah tradisional Penghulu Md. Natar dibina sebelum zaman pemerintahan British, direka bukan semata-mata untuk kediaman malah berfungsi sebagai sebuah pusat pengurusan mukim dilengkapi ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan sementara pesalah sebelum dihantar kepada polis. Kata Mohd. Ali, selain keunikan jubin lama dan seni bina yang terdapat pada rumah tersebut, saiz rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang agak besar dianggap sesuai dijadikan produk inap desa. ''Saiz dalam rumah ini agak besar, sesuai menampung kehadiran pelancong yang ramai untuk bermalam di rumah ini nanti," katanya. Malah katanya, rumah tradisional tersebut juga pernah dinaik taraf dan termasuk dalam sebahagian projek pemuliharaan di bawah Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi mengekalkan struktur bangunan rumah berkenaan dengan kos sebanyak RM1.7 juta. Menurut beliau, pihaknya akan mengeluarkan modal perbelanjaan bagi membeli peralatan rumah seperti katil untuk ditempatkan di rumah tersebut. ''Hasil keuntungan daripada peniagaan inap desa ini, kita akan ambil 70 peratus manakala pemilik akan dapat 30 peratus," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan