Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


NGO, parti politik suarakan tuntutan

Posted:

NGO, parti politik suarakan tuntutan

NGO, parti politik suarakan tuntutan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


Ahli NGO Pahang berkumpul bagi mendesak Anwar Ibrahim tampil memberikan sampel DNA jika benar beliau tidak bersalah di Lurah Semantan, Temerloh, Pahang, semalam.


PETALING JAYA 13 Mac – Desakan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu menyelesai- kan misteri lelaki 'Y' yang dipercayai meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan semakin lantang disuarakan rakyat Malaysia.

Ia terbukti apabila pelbagai organisasi termasuk wakil parti politik berkumpul di beberapa tempat di seluruh negara bagi mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau secara sukarela.

Di Machang, KELANTAN, kira-kira 300 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, menuntut Anwar memberi kerjasama kepada mahkamah selain menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat.

Di MELAKA, sekumpulan orang ramai berhimpun di hadapan Melaka Sentral bagi menyatakan maksud yang sama dengan menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA secara sukarela tanpa rasa takut, jika benar beliau tidak meliwat Mohd. Saiful.

"Kami minta Anwar tunjukkan bukti sebenar. Jika dia tidak melakukannya mengapa mesti takut. Beliau perlu berani menghadapi cabaran. Kalau beliau benar, mengapa mesti berlengah untuk menyerahkan sampel DNA," kata wakil kumpulan tersebut, Yahya Omar.

Di PAHANG, tuntutan sama dibuat melalui Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas), dengan kerjasama Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang dan beberapa pertubuhan belia apabila mereka berdemonstrasi selama 30 minit di Lurah Semantan, Temerloh.

Di PULAU PINANG, demonstrasi diadakan di hadapan Masjid Jamek Jelutong; Masjid Seberang Jaya, Bukit Mertajam; Masjid Simpang Tiga, Tasek Gelugor dan di kawasan lapang berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal.

Di Ipoh, PERAK, Pejabat DAP, Pas dan PKR negeri diserbu lebih 150 orang ramai termasuk NGO yang terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau.

Di Alor Setar, KEDAH, Kira-kira 200 ahli pemuda Barisan Nasional (BN) negeri berhimpun di hadapan Masjid Zahir di sini bagi melakukan desakan yang sama.

Kemuncak kepada desakan tersebut kemudiannya adalah demonstrasi di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, yang disertai hampir 100 aktivis masyarakat bagi mencabar Anwar supaya berani kerana benar.

Dalam demonstrasi itu, mereka membawa pelbagai sepanduk mengecam Anwar kerana dilihat cuba menyorok di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh, bagi mengelak memberi sampel DNA.

Antara bunyi sepanduk tersebut adalah seperti 'kalau tidak salah, kenapa takut hendak bagi DNA', 'DNA Anwar untuk buktikan siapa yang benar', 'bayangkan jika anak kamu yang diliwat' dan 'hanya DNA Anwar boleh tentukan siapa yang bersalah'.

Menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, rakyat menuntut janji Anwar dalam soal keterbukaan kerana mereka sudah jemu menyaksikan 'drama' kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berlanjutan sehingga tiga tahun dengan 50 kali penangguhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga desak Nik Aziz tunai janji

Posted:

Peniaga desak Nik Aziz tunai janji

Peniaga desak Nik Aziz tunai janji

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Abdul Salim Ahmad menunjukkan surat untuk sesi berdialog bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana tidak berpuas hati dengan tawaran kerajaan negeri di Pejabat Pasar MPKB, semalam.


KOTA BHARU 13 Mac – Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan.

Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan.

"Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang? Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyat di Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami.

"Saya tidak akan minta maaf, tiada sebab untuk saya minta maaf. Saya kritik depan ramai, itu adalah curahan hati saya untuk tolong tok guru (Nik Abdul Aziz) dan saya minta tok guru dengar rintihan di bawah, jangan dengar Exco sangat.

"Kalau tok guru suruh saya minta maaf, lebih baik suruh Exco, Datuk Husam Musa minta maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu sebab dia yang katakan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak turun padang sebab takut. Saya ambil cerita ini daripada mulut Husam dalam mesyuarat di sebuah hotel pada 1 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lalu, ketika menyampaikan kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz meminta kedua-dua persatuan tersebut supaya meminta maaf secara terbuka kepada Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri kerana melakukan serangan terbuka ke atas Exco berkenaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan kedua-dua persatuan peniaga terbabit yang melakukan serangan peribadi secara terbuka adalah berdosa dan bertentangan dengan Islam.

Ia ekoran kritikan pedas dan terbuka Abdul Salim terhadap wakil rakyat Pas yang didakwanya tidak turun padang ketika berucap pada Majlis Maulidur Rasul anjuran Urus Setia Penerangan yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan barisan Exconya, di tempat letak kereta Bazar Arked Uda, Khamis lalu.

Abdul Salim berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz perlu menunaikan janji yang dibuatnya iaitu menyediakan ruang niaga yang selesa kepada 415 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.

"Saya bagi pihak peniaga di pasar besar kalau tersinggung, saya mohon maaf kepada tok guru, tetapi saya ingin bertanya kepada tok guru adakah selesai perjanjian dia dengan peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar UDA semasa ucapannya dua hari sebelum pilihan raya.

"Ingat kembali apa yang dia janji kepada peniaga kecil, apakah saya perlu mohon maaf atau tok guru sendiri mohon maaf kerana saya tengok tidak ada jalan penyelesaian (bagi masalah ini)," soalnya.

Katanya, kesemua 415 peniaga di kedua-dua pasar tersebut sebulat suara tidak berpindah ke Bazar Tok Guru selagi isu keluasan ruang niaga di bazar itu tidak diselesaikan biarpun kerajaan negeri memberi notis sehingga 30 Mei ini supaya mereka berbuat demikian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan