Ahad, 13 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia hantar Smart ke Jepun

Posted:

Malaysia hantar Smart ke Jepun

Malaysia hantar Smart ke Jepun

Oleh YUSRI SAHAT
pengarang@utusan.com.my


BANGUNAN-BANGUNAN rumah, kapal dan sampah-sarap berlonggokan setelah dihanyutkan arus tsunami di Minamisanrikucho, semalam. - AP


PEKAN 12 Mac - Kerajaan akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) serta pegawai perubatan ke Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan Smart itu terdiri daripada enam anggota dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.

''Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor bersama pembantu kesihatan itu akan berlepas ke Jepun dengan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi gempa bumi dan tsunami yang paling teruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun semalam.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu mengakibatkan berlaku tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara tersebut sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah, kereta, bangunan, ladang dan bot.

Sehingga petang ini, lebih 1,300 mangsa bencana alam itu ditemui di wilayah terbabit dan ramai lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan setelah sebuah hotel roboh di utara bandar Sendai.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, penghantaran pasukan Smart serta pegawai perubatan yang dijadualkan berlepas 6 petang ini ditangguhkan sementara menunggu lampu hijau negara itu.

Menurutnya, ini adalah ekoran berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (Tepco) Fukushima Daiichi.

"Jepun telah mengarahkan pasukan keselamatannya membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan pasukan menyelamat dari luar negara yang bakal tiba tidak terdedah kepada radiasi hasil letupan yang berlaku itu.

"Bukan sahaja Malaysia, malah kesemua 45 negara yang mahu menghantar pasukan misi menyelamat ke Jepun kini sedang menunggu lampu hijau dari negara itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, misi itu disertai 51 orang kesemuanya dengan diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sempadan Darat MKN, Khairil Hilmi Moktar yang akan berada di Jepun selama 14 hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangani isu air dengan bijak

Posted:

Tangani isu air dengan bijak

Tangani isu air dengan bijak

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ditemani Douglas Uggah Embas dan Peter Chin Fah Kui melakukan gimik pelancaran dengan mengepam air ketika merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang, semalam. Turut sama hadir,Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


PEKAN 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran dan isu berkaitan air perlu ditangani dengan bijak bagi memastikan keperluan untuk generasi akan datang mencukupi.

Menurut Perdana Menteri, walaupun negara mempunyai jumlah taburan hujan yang banyak iaitu purata 3,000 mililiter setahun namun masih terdapat masalah bekalan air yang tidak mencukupi di beberapa tempat.

"Sebab itu kita melakukan pelbagai strategi dan tindakan supaya keperluan air di kawasan bandar dapat diuruskan dengan sebaiknya.

"Kerajaan amat prihatin kepada keperluan generasi akan datang, sebab itu kita perlu ambil langkah-langkah yang serius. Kajian juga sedang dilakukan dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan mandat menerusi peruntukan undang-undang.

"Selain itu, Dasar Sumber Air Negara dan penubuhan institusi air negara dan negeri akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan sumber air dapat dijalankan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Menurut Najib, urus tadbir bekalan air di peringkat persekutuan dan negeri perlu dilaksanakan secara bersepadu untuk menjamin keperluan kepada negara sentiasa mencukupi

"Saya ingin menyarankan supaya program pendidikan mengenai air dapat ditingkatkan supaya rakyat sedar mengenai peranan memelihara sumber air," katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan beberapa pihak yang menjadikan air sebagai isu politik.

"Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana ia merupakan keperluan asas bagi rakyat. Ini merupakan keperluan rakyat untuk kehidupan seharian mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, isu dan cabaran air ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu air yang berlebihan akan mengakibatkan banjir manakala jika berkurangan boleh membawa kepada kemarau selain aspek kualiti air yang tercemar.

"Antara cabaran yang kita hadapi saban tahun adalah banjir dan kemarau. Apabila hujan turun terlalu lebat banjir akan berlaku dan apabila hujan tidak turun dua tiga bulan masalah kemarau pula terpaksa kita tangani.

"Jelas sekali bahawa fenomena ini adalah global akibat daripada perubahan iklim dunia. Ini menunjukkan ancaman banjir dan kemarau tidak lagi mengikut musim dan waktu namun dikaitkan dengan fenomena perubahan cuaca di peringkat global," jelasnya.

Katanya, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Oleh itu, katanya, kerajaan melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara pada tahun lalu yang mengandungi pelbagai strategi dan pelan tindakan strategik bagi mengurangkan impak daripada perubahan iklim ini kepada Malaysia.

"Saya ingin ingatkan semua kementerian dan jabatan terlibat dengan dasar ini memberi perhatian serius dengan apa yang telah berlaku di dunia dan negara ini supaya impak perubahan iklim ini dapat diketahui awal," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

Posted:

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

PEKAN 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua universiti di negara ini mengurangkan 'politiking' dalam perebutan jawatan naib canselor yang dianggap sebagai budaya tidak sihat kepada pendidikan tinggi negara.

Tegas Perdana Menteri, budaya sedemikian tidak sewajarnya berlaku di beberapa universiti tempatan kerana pemilihan jawatan naib canselor ditentukan oleh badan penilai tertentu.

''Soal siapa yang bakal menjadi naib canselor, biarlah proses penilaian menentukan secara objektif kerana kita ada jawatankuasa atau badan penilai untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Najib menegaskan, sebagai pendidik, setiap naib canselor perlu memberi tumpuan pada usaha meningkatkan kualiti pendidikan terhadap penuntut universiti.

''Kita mesti beri tumpuan kepada tugas utama sebagai warga universiti. Apa yang penting sekali adalah mendidik anak-anak kita dengan ilmu secukupnya dengan membuka minda mereka," tegasnya.

Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan politik merebut jawatan naib canselor yang berlaku di beberapa universiti tempatan adalah terkawal.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, masih terdapat jurang kemahiran di kalangan graduan tempatan yang menyebabkan pihak industri sukar mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan.

Sehubungan itu, jelas beliau, kerajaan akan mengkaji semula peranan universiti tempatan selain mengekalkan bilangan siswazah berkemahiran tinggi yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

''Kita akan melihat semula perancangan melalui peranan IPT selain mengekalkan siswazah sedia ada yang telah dijana menerusi sistem pengajian kita," katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, kerajaan tidak bercadang membina universiti baru memandangkan bilangan sedia ada telah mencukupi.

Beliau juga mencadangkan UMP menjadikan Universiti Fachhochschule di Jerman sebagai model yang perlu dicontohi dalam usaha menjadikan universiti berteraskan teknikal dan teknologi.

''Sebenarnya universiti telah cukup. Sebagai universiti baru seperti UMP, saya syorkan ia menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan pada disiplin teknikal melibatkan teknologi.

''Modelnya adalah universiti Fachhochschule di Jerman yang lebih merupakan universiti bersifat 'hands-on' dan praktikal dari segi latihan," katanya.

Selain itu, Najib menjangkakan warga UMP bakal mencecah bilangan seramai 20,000 orang dalam tempoh enam tahun lagi.

''Jika ada komuniti yang sebegitu ramai, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan melimpah kepada masyarakat setempat," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan