Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Mar 2011 01:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki warga Iran dan seorang wanita Thailand yang berselindung di sebalik kehidupan mewah di kondominium yang menjadi pusat pengedaran syabu bernilai RM3.5 juta diberkas, baru-baru ini. Difahamkan, sindiket yang beroperasi sejak tiga bulan lalu aktif mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu di sekitar Lembah Klang dengan bantuan ejen rakyat tempatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan intipan ke atas ahli sindiket terbabit yang rata-rata menyewa di kediaman mewah yang dijadikan pusat kegiatan mereka.
Menurutnya, tiga daripada mereka menggunakan visa pelajar manakala selebihnya pelancong.
"Bekalan syabu berkualiti tinggi pula dibawa dari negara asal untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan kadang kala mereka memasarkan dadah itu ke negara lain untuk mendapat pulangan lumayan," katanya.
|
MPSJ tidak terima aduan kerosakan Posted: 23 Mar 2011 12:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak menerima aduan kerosakan di kawasan Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, berhubung tragedi yang meragut nyawa Muhammad Naqiuddin Mohd Marzuki akibat renjatan elektrik, Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan taman berkenaan.
"Kami akan membuat penyelenggaraan segera apabila menerima aduan penduduk dan pada masa sama kami mengarahkan kontraktor bekerjasama dengan MPSJ untuk teliti masalah lain tanpa mengira ada aduan atau tidak," katanya.
"Kami mempunyai 12 kontraktor yang akan memeriksa dan menjalankan penyelenggaraan merangkumi empat zon iaitu kawasan Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Seri Kembangan. Jumlah kontraktor mencukupi berdasarkan jumlah peruntukan yang kami ada," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan