Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Mar 2011 11:20 AM PST TANJUNG KARANG: Cita-cita seorang mangsa kemalangan untuk bergelar anggota polis tidak kesampaian apabila rentung bersama abangnya, sejurus kereta dinaiki terbakar sebaik bertembung sebuah pacuan empat roda di Kampung Sungai Gulang-Gulang, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Mohd Fauzan Mohd Ayob, 20, dan abangnya, Khairul Amri, 26, yang memandu Proton Wira mati di tempat kejadian selepas tersepit dan gagal keluar dari kereta yang terbakar.
"Pemandu pacuan empat roda berkenaan sempat keluar ketika api mula marak. Bagaimanapun, dua beradik berkenaan gagal menyelamatkan diri," katanya.
"Arwah baru saja menamatkan pelajaran di Pusat Giat Mara dan apabila mendapat tahu ada temuduga polis, dia ingin mencuba. Namun takdir Allah menentukan segalanya...impian arwah tidak tercapai,"katanya.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Anuar berkata, dia yang bekerja di kedai jualan kereta berhampiran tempat kemalangan terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi brek yang sangat kuat. "Saya lihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor ingin mengelak sebuah van dari arah sama sebelum gagal mengawal kenderaannya dan bertembung dengan sebuah Toyota Fortuner.
|
Posted: 07 Mar 2011 11:17 AM PST KUALA LUMPUR: Tiga pekerja kontrak warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras longkang besar sebelum dihanyutkan ke Sungai Segambut berhampiran Kondominium Tiara, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku apabila mereka bersama seorang lagi rakan wanita cuba menyeberangi longkang besar berdekatan sungai berkenaan untuk membeli minuman dari sebuah gerai berhampiran.
Manakala rakan wanita mereka dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing konkrit.
Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi, nasib ketiga-tiga mangsa berusia antara 25 hingga 30 tahun tidak diketahui berikutan operasi mencari dan menyelamat dihentikan ekoran cuaca gelap.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan