Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 14 Mar 2011 10:42 AM PDT KUALA LUMPUR: "Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah," kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu. Anak kedua daripada empat beradik berasal dari Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada jam 6 pagi hari sama. Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu. Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.
"Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya. "Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu," katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam. Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara. "Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini. "Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat," katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah. Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang. Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan. Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga. Roslah berkata, sebelum ini dia tidak boleh tidur malam dan setiap hari berusaha menghubungi Kedutaan Malaysia di Cape Town untuk mengetahui keadaan anak gadisnya itu. "Saya mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan Baby kerana dia masih muda dan masa depannya masih panjang," katanya yang menghabiskan ribuan ringgit untuk membebaskan anaknya dengan pertolongan pelbagai pihak. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.kalau kita berada di tempat baby pown kita mybe akan mengalami situasi yang sama....cz yang menipu adalah kawan baik dia sendiri, kita xakan pernah menaruh negative thinking dekat kawan baik kita...to baby n family, alhamdulillah semua dah selamat n next time hati2....:) imran bersyukur ke kadrat Illahi....jadikan sempadan atas apa yang berlaku....juga kepada remaja lain.... nal nasib baik 7 bulan jer...pikir baik2 sblum pcaya kat sesape pun... lilian saya rasa geram dan sedih dengan keadaan baby yg dikhianati oleh individu berkenaan..bukan sahaja kawan malahan sesiapa sahaja boleh melakukan perkara yg tidak baik ke atas kita kerana kita memberi kepercayaan sepenuhnya.Di harap individu di luar sana lebih berhati-hati dan selidik dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. rash x guna punye kwn...x pe bby..jgn risau..sok kat akhirat dia mmg x lepas punye... mya saya juga tidak pernah terkena jebakan yang diketahui tetapi kita juga haruslah berwaspada samada kawan baik ataupun rakan sepejabat anda. sabrina jefri apa pn yang kita buat kena selidik dahulu. tak salah kalau di periksa terlebih dahulu isi beg yang dibagi.... bukannya budak berumur 2atau3 tahun ..... saida elok hantar anak tuan puan itu ke sekolah ugama pulak supaya dapaat memberi dai kekuatan sebenar dalam menghadapi hidup pancaroba ini. Terima aksih mael klu dah biasa bergaul dan sosial tdk mgkn jadi mcm tu?.... mit Pengalaman Nur Dhiya sebaik mungkin kongsikan dengan rakyat malaysia, supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang masih cetek ilmu kemasyarakatan. aisyah xguna tol kawan cam tu..apapun..alhamdulillah.. semuanya selamat..pada baby.. tabah la menghadapi masa hadapan,..yang pasti awak telah selamat dan kembali ke pangkuan keluarga. azlan sib baik lepas..tp tu la manusia kan...mudah lupa kalau ada mende pree laju ajer...cuba la kita gunakan akal pikiran nothing is free in this world..kalau melancong tu free must be a hidden agenda tu...so beringat la. bard |
Pasukan jejak pelajar Malaysia Posted: 14 Mar 2011 10:14 AM PDT TOKYO: Dua pasukan peninjau dari Kedutaan Malaysia, di sini, sudah dihantar ke empat kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi kuat dan tsunami di timur Jepun, semalam bagi bertemu semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu. Pasukan itu dijangka berada di empat kawasan iaitu Miyagi, Fukushima, Iwate dan Ibaraki.
Kawasan ini menempatkan 253 rakyat Malaysia dan daripada jumlah itu, 149 orang adalah pelajar. Semua mereka ditempatkan di kawasan pemindahan sementara disediakan kerajaan Jepun bersama-sama warga tempatan dan mereka dilaporkan selamat.
"Pada masa itu talian Internet masih boleh digunakan, jadi pegawai kedutaan cuba menghubungi rakyat kita menggunakan laman facebook dan twitter," katanya ketika ditemui di Kedutaan Malaysia di Shibuya, di sini, tengah malam kelmarin. Menurutnya, pasukan berkenaan bertemu pelajar berdasarkan alamat diberikan sebelum ini bagi mengetahui keadaan sebenar dan keperluan mereka sebelum bantuan seterusnya dihulurkan. "Setakat ini, semua pelajar dan rakyat kita berada dalam keadaan selamat, malah sedang berada bersama-sama rakyat tempatan di kawasan pemindahan yang disediakan. "Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan dan kematian berkaitan rakyat kita. "Pasukan berkenaan juga membawa bersama makanan dan minuman yang mungkin diperlukan rakyat kita. Jika penilaian yang dibuat memerlukan kita memindahkan mereka, kita akan berbuat demikian, tetapi semua akan dibuat penilaian. Tempat pemindahan paling sesuai ialah di Tokyo. Kita sudah bersedia untuk berbuat demikian jika keadaan memerlukan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan