Rabu, 9 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Program francais latih belia

Posted: 09 Mar 2011 02:40 PM PST

Nasional

NAJIB meluangkan masa bersama remaja yang hadir ke program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB meluangkan masa bersama remaja yang hadir ke program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Usahawan patut sedia berubah dalam perniagaan: Najib

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,800 pelajar dari institusi pengajian tinggi, kolej komuniti, pertubuhan belia dan politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), francaisor dan francaisi induk serta institusi kewangan menyertai program Francais Usahawan Muda 1Malaysia, semalam.

Program dua hari anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) itu untuk membangunkan industri francais negara dan memberi kefahaman kepada mereka mengenai perniagaan francais. Program dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata, belia termasuk usahawan perlu berani melakukan perubahan dan adaptasi sesuai dengan perkembangan semasa untuk berjaya dalam perniagaan.

"Kita perlu berani melakukan perubahan kepada keadaan yang boleh memberi keuntungan kepada perniagaan kita. Jika bersedia melakukannya, kita boleh berjaya dalam perniagaan," katanya.

Najib berkata, belia negara bertuah kerana PNS memberikan bantuan padanan perniagaan kepada francaisor dan francaisi serta menyediakan pinjaman serendah RM50,000 hingga RM2 juta untuk mereka yang ingin membabitkan diri dalam perniagaan francais.
Sementara itu, Ismail Sabri menggesa belia dan graduan menjadikan perniagaan francais yang berupaya menjadi pemangkin bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) sebagai kerjaya pilihan selepas menamatkan pengajian.

Beliau berkata, langkah itu mampu menjayakan hasrat kerajaan untuk mentransformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dan seterusnya mencapai taraf negara membangun.

Katanya, perniagaan francais yang diperkenalkan di negara ini pada awal 1990-an adalah salah satu mekanisme paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan tempatan.

Sehingga 22 Februari lalu, seramai 499 francaisor berdaftar dengan Pendaftar Francais membabitkan seramai 6,323 francaisi. Peningkatan membuktikan perniagaan francais mendapat tempat di kalangan usahawan sebagai salah satu cabang keusahawanan berdaya maju.

Ismail Sabri berkata, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Program Pembangunan Francais yang dijalankan antara 2006 hingga 2008 menunjukkan nilai jualan sebanyak RM10.2 bilion.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, 270 usahawan berjaya menjadi francaisi melalui skim pembiayaan yang ditawarkan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) untuk melahirkan usahawan francais.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

farhana

Graduan seharusnya tidak terlalu mengharap pekerjaan makan gaji semata-mata, mereka perlu bijak & kretif mempelbagaikan pendapatan. Berniaga secara kecil/besar bukan pengukur kejayaan ttp kepuasan & keuntungan diutamakan...majulah francais utk negara!!

robyah

Saya bersetuju dengan komen KARAMUDIN agar program ini diperluaskan secara menyeluruh termasuk di Sabah dan Sarawak berdasarkan slogan "1Malaysia". Pihak yang terbabit perlu memberi peluang sama rata kepada pelajar IPT tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak.

Silip, J. J.

Jangan lupa SME peringkat luar bandar, di kampung-kampung. Konsep dan sistem yang sesuai?

iceman

Usaha kerajaan untuk membantu bekas2 IPT adalah baik, tapi berapa ramai yang boleh dibantu. jika 20 ribu orang bekas IPT,maka akan lahir lebih ramai lagi usahawan2 yang muflis, jika kerana ada wang,anda baru nak mula berlajar berniaga.....kami yang dah 15 tahun pengelaman masih lagi ada kekurangan. kami tidak pernah diberi bantuan atau pimjaman dari mana2 pihak hingga kini.janganlah kerana kelulusan yang ada anda kira boleh berniaga,carilah pengalaman dulu.

Karamudin

Usaha yang sangat baik bagi membangun negara,
diharap agar program ini bukan hanya dibangunkan di malaysia barat tetapi hendaklah menyeluruh ke Malaysia timur, "1 MALAYSIA"

mat cikaro

saya sangat kesian kepada pelajar IPT... kamu jangan jadi orang yang terlalu rajin..jadilah oarang yang tekun...sebenarnya dalam masa ini kamu perlu menumpukan pendidikan..jangan memikirkan tentang hal lain..tak usah bebankan fikiran anda selain dari pelajara...sebab apabila anda menghadiri sesuatu program..fikiran anda akan berbelah bagi..pada ketika ini lah anda akan merasakan pelajaran kurang penting sebab program francais ini memerlukan modal yang besar..dan anda usahlah percaya..mereka akan bagi kepada kenalan mereka sahaja....yang pasti kamu tetap lapar...usahawan perlu berani...

Samsudin Bin Oli Oli Mohamed

harapan saya lepasan Institut kemahiran belia Negara juga akan merebut peluang ini.

Samsudin Oli Mohd, Pegawai Komunikasi Korporat Alumni AIKBN, Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia larang sebar Syiah

Posted: 09 Mar 2011 02:39 PM PST

Nasional

Tindakan tegas diambil elak fahaman menular, pengaruhi umat Islam

KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini boleh mengamalkan fahaman itu tetapi tidak dibenar menyebarkannya kepada pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, pengamalan fahaman itu tidak disekat selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa rakyat bebas mengamalkan ajaran agama di negara ini. Beliau berkata, larangan juga dilakukan secara berhati-hati kerana bukan semua ajaran Syiah bertentangan pegangan mazhab ahli sunnah.

"Bagaimanapun, pada masa sama, mereka (pengikut fahaman Syiah) tidak dibenar menyebarkan ajaran ini kepada orang lain," katanya menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Setakat ini, Jamil Khir berkata, enam negeri sudah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah, iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, pengikut fahaman Syiah bukan hanya membabitkan ahli akademik, malah meliputi ahli politik termasuk difahamkan ada yang dari parti pembangkang.
Justeru, beliau berkata, kerajaan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang pertentangan atau pertembungan tanpa disedari.

Terdahulu menjawab soalan asal Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Jamil Khir berkata dalam menjaga keharmonian dan sensitiviti beragama di kalangan rakyat majmuk di negara ini, kerajaan mengambil pendekatan berhemah melalui semangat Perlembagaan di mana pengikut agama Islam dan agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.

"Namun bagi memastikan ajaran selain ahli sunnah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, kerajaan membuat pencegahan awal dengan membendung penyebarannya daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

"Di samping itu, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal-ehwal agama sudah membuat usaha menjaga kesucian ahli sunnah supaya tidak tergugat," katanya.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan ialah menyebarluaskan fatwa mengenai larangan penyebaran fahaman Syiah kepada masyarakat, dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar peruntukan undang-undang, khususnya di negeri yang sudah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan